Terima kasih buat Nurul Nadiah Mamat dan Alya Esprezzo .. hehe .. Sudi diorang hantar kad kat aku ni haaa .. Semoga Allah berkati kalian sekeluarga dan juga rakan rakan pembaca di blog ini ..
Terima kasih buat Nurul Nadiah Mamat dan Alya Esprezzo .. hehe .. Sudi diorang hantar kad kat aku ni haaa .. Semoga Allah berkati kalian sekeluarga dan juga rakan rakan pembaca di blog ini ..
Seramai 183 penumpang KL Monorel terperangkap lebih satu jam selepas dua gerabak yang dalam perjalanan dari Stesen KL Sentral menuju ke pusat bandaraya mengalami masalah teknikal.
Perkhidmatan monorel RapidKL terkandas secara tiba-tiba pada pukul 2 petang apabila sebuah gerabak berhenti di depan flat di Brickfields. Para penumpang terpaksa dikeluarkan daripada gerabak lain dengan menggunakan skylift.
Lanjut boleh baca kat MSTAR ONLINE dan BHARIAN ONLINE
BEN : Kalau aku naik monorel , selalu aku terbayangkan jika monorel tu mengalami masalah teknikal. Apakah tindakan aku ? Semua watak hero termasuk superhero muncul dalam benak aku . Perghh .. kuat benar pengaruh filem pada aku ..
Tapi tak salah berfikir gitu sbb bila berlaku , kita dah set mind kita awal awal untuk bertenang .Walaupun peratus nak berlaku kemalangan adalah terlalu kecil namun , jika berlaku kita perlu tau apa yang perlu dibuat seperti call pihak bertanggungjawab dan jangan nak berlagak hero !
Adoi .. camana ni ? Camana aku , Qhaliff dan mak dia nak balik ke Kelantan beraya tahun ni ? Confirm wife mengamuk giler sbb aku tak beli tiket awal awal .. Tiket kapal terbang confirm mahai giler kan ? Jadi , camana kitorang nak balik raya .. Hurmm ..
Pikir Ben , pikir !!
Aku tanya kat wife .. Nak tak nak , terpaksa beraya kat KL je la kita semua .. Hehe ..
“ Abang , jangan mengada ngada .. Abis kereta kita tu , nak buat apa ? Saja wat pameran kat depan rumah ke ??? Jangan cari alasan nak beraya kat KL yer .. “
“ Chesss … tak menjadi jugak ! “
Alhamdulillah .. Terima kasih pada jabatan agama kerana memudahkan umat Islam di Malaysia membayar zakat fitrah.
Kat KLCC .. ternampak ada kaunter zakat dan memandangkan minggu depan dah nak Aidilfitri, selesaikan terus.Malas nak bertangguh ..
Selesai..
Dah jadi Mr.Mama ni , tak dgr dah lagu lagu raya yg sering aku pasang pada 1st Ramadhan kat opis .. hahaha..
Skang , nak terasa bahang , ke g mall .. huhu.. Baru terasa meriahnya ..
Cari baju raya Qhaliff jap ..
Telinga dimasuki labah labah ! Inilah kenyataannya yang dilalui oleh seorang wanita di China yang mana dia pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan setelah mengalami kegatalan di bahagian dalam telinganya .
Walaupun berjaya masuk ke dalam lubang telinga wanita tu ,doktor berjaya juga mengeluarkannya tanpa perlu potong telinganya .. Heheh..
Menurut sumber yang boleh percayai itu , labah labah tu masuk ketika dia tidur .. Nasib baik labah labah tu tak gigit dia .. Kalau tak mesti dia jadi Spiderwoman.. kan ?
Hargai telinga anda sebelum dimasuki labah labah !
Mula mula aku ternampak image status dia kat laman sosial FACEBOOK yang entah makhluk mana printscreen dengan niat tertentu ( pasni jawab sendiri la kat akhirat ) tapi aku tak endahkan sangat sbb bagi aku , ni cabaran yang mengarut .. Tak perlu nak dibuat pon dan tak perlu nak digembar gemburkan .. Biasa sangat kita dengar cabaran sebegini rupa.. Itu pendapat aku laa ..
Tapi bila dah sampai masuk akhbar online , tu lagi mengarut ! Malah siap ada fan page lagi .. Apa ni ? Takkan la benda sekecik ni nak diperbesarkan ? Dia bukannya caci maki sapa sapa pon. Sekadar buat status gurauan tak berakal jer .. Atau lebih tepat lagi , jari dia lebih pantas dari akal dia .. Dan dia dh pun minta maaf ..
Namun seperti yang kita tau , masyarakat kita ni mmg gemar besarkan perkara yang kecil .. Kan lebih baik cerita mengenai kejayaan Pandelela Rinong tu dari cerita si Johari Pain tu ..
Aku pasti laaa , sapa tak pernah buat ‘cabaran tak berakal ‘ tu pada rakan kita kan ?
“ Aku bogel laa kalau ko score goal ! “
Atau ..
“ Aku bagi 10 juta kalau ko dapat 10A dalam SPM nanti .. “
Secara tak langsung , ada semangat membuak untuk membuktikan kita mampu . Bukan sebab duit atau cabaran tetapi membuktikan kita mampu buat ..
Perkara begini , tak perlulah nak dikecohkan .. Banyak benda lagi boleh kita cerita kat FB atau media ..
Pandelela Rinong pon confirm gelak jer tengok semua ni .. Yang penting , dia dah buktikan pada rakyat Malaysia yang dia mampu bawa balik satu pingat .. THE END ! Tak yah nak kerat apa apa pon ..
Kita ni sama je.. Tak perlu nak aibkan orang lain . Masing masing punya akal. Kalau kita dok kecoh sana sini , kita sama dengan Johari Pain tu. Sekurangnya dia sedar kesilapan dia.. Yang dok kecoh tu ?
Perlu sampai nak mintak maaf kat tv ? Adoi ..
Huhu… Kalau dulu kan , aku kerap tolong makan biskut raya buatan tangan mak setiap kali menjelang raya . Antara biskut yang menjadi kenangan aku setiap kali bila aku tengok ialah biskut kat bawah ni haa ..
Nama biskut ni Biskut Tapak Kuda . Resepi ni boleh amik kat blog MamaFami .. Haaa ..
Kenapa aku suka biskut ni dulu ? Yang pertama sebab ada guna planta .. Pastu ada kacang. Mana mana biskut ada berteraskan kacang , confirm aku abiskan . Jadi , buat mereka yang nak jemput aku ke rumah nanti , pastikan sorok biskut kacang yer .. Kang abis semua tu haa ..
Skang tu dh jadi kenangan. Mak aku tak sempat dah nak buat semua tu .. Wife ? Huhu .. Susah ada si kecil ni haa .. Asyik nak melekat ala ala spiderman jer .. huhu ..
Apa pon , biskut tapak kuda ni mmg sedap ! Tak tau la skang ni senang nak jumpa atau tak .. Kalau rajin buat , ada la tu..
Alhamdulillah .. Segalanya semakin berubah . Tak macam mula mula dulu. Benar kata kawan kawan , baby ni masa dalam pantang je dia banyak nak ‘bermanja’ dengan ibu bapa dia . Pastu , dia punya manja , lain pulak.
Qhaliff .. skang semakin bagi ruang untuk aku settlekan kerja terutama sebelah awal pagi .Dia akan bangun dalam kul 7 pagi untuk menyusu dengan ibu dia . Pastu tidur semula hinggalah kul 10 pagi. Kiranya sebelum dia bangun tu , aku bolehlah lelap jap sbb aku tidur lewat tiap malam ..
Bila dah dia bangun , baru aku siapkan mandian dia , susu dia dan sebagainya. Tapi aku tak mandikan dia terus . Kasi dia cool dulu .. Dia pon mmg cool sangat .. Tak de nak merenget nak kacau daddy dia sangat ..
Ada satu sign yg menunjukkan dia dah ready nak mandi . Masa tu baru aku mandikan dia .. Pastu siapkan dia .. Susu timeee .. Yang ni , aku kena standby dua botol untuk dia .. Maklumlah , semakin besar.. Lagi pun , sekadar air je kan ? Bukan nak ajar dia jadi pelahap tapi dia byk perlukan zat untuk membesar .. Haaa.. Tak abis pon dua botol tu .. Pastu dia main jap ngan daddy dia dan bila kelopak mata dia dh merah , tu tandanya nak tidurr ! Legaaa .. Leh rehat skit ..
Ni la rutin aku seawal pagi skg ni .. Petang , karenah dia lain skit .. ehehe .. Tang ni mmg peluh skit terutama bila dia tamo tidur ..
Baru nak tidur .. Tengok jam dah hampir 3 pagi. Sebelum tu ada urusan dunia yang aku kena selesaikan . Selesai , baru nak lelapkan mata. Tapi mata tak boleh lelap lagi .. Aku belek FB sat membawa status kengkawan .
Terpandang satu status kawan aku yang jarang benar dia nak memuji sesuatu perkara yang takde kaitan dengan dia di wall dia . Aku klik dan bukak .. Hurm.. Video Youtube … Aku layan jap sbb 7 minit lebih jer ..
Entah tiba-tiba hati aku terasa sebak. Bukan sedih tapi tersentuh melihat mereka mandi di pagi raya Aidilfitri di sebuah kolah masjid dan mereka saling membantu menyiapkan pakaian raya mereka untuk menyempurnakan misi utama mereka .. Tang ni buat aku sebak dan mengalirkan air mata tanpa aku sedari ..
Mereka yang aku maksudkan ialah dua orang budak anak yatim piatu yang kurang upaya tetapi mereka punya hati yang sangat menakjubkan !
Aku pandang Qhaliff yang dah jaga dan turut sama tonton video tu lalu cium pipi dia .. Huhu ..
“ Daddy nangis la Qhaliff .. “
Tengok la sendiri eh .. Klik BERNAS | Hari Raya 2012 (The Journey) TV Commercial atau .. hurmm .. layan je la kat bawah ni ..
Jangan lupa baca komen kat video tu nanti .. huhu ..