Suka suka tekak bakar anak orang ! Apa dia pikir dia punya baran jer ? Tunggu ler masuk penjara nanti haa ..
Dari Hmetro Online melaporkan kejadian jam 3.15 pagi itu, mangsa yang keluar bersama teman lelakinya berusia 19 tahun itu disimbah petrol sebelum dibakar menyebabkan terbakar lebih 25 peratus dari muka hingga ke pusatnya dan dilaporkan kritikal.
Bapa mangsa, Mat Zaki Mat Hussin, 45, berkata, anaknya, Nurul Firzanah yang masih bersekolah dalam tingkatan empat itu pergi ke rumah ibu angkatnya dan selepas tiba di sana, dengan kebenaran ibu angkatnya itu dia keluar untuk berjumpa teman lelakinya dipercayai untuk bersahur.
Menurut Mat Zaki, mereka yang sudah mengenali teman lelaki mangsa dan keluarganya tidak berasa syak untuk membenarkan mereka keluar bersama.
Bagaimanapun, katanya, jam 3 pagi, dia menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali memberitahu Nurul Firzanah dibakar berdekatan Flat Wangsa Sari di kawasan terbabit.
Selebihnya , baca sendiri yer di Hmetro Online..
Hurm .. aku nak kata lelebih , kang takut ada lak ahli keluarga google baca .. Terasa hati lak kang … Tak pe la .. Nasihat untuk kita kita ni , anak masih sekolah tak perlu la beria bercinta dan kasi keluar dengan lelaki. Anak anak pon silalah fikir … Janganlah beria sangat. Abiskanlah sekolah dulu. Nak sangat menikah , dptkan persetujuan mak bapak .. Bila dah jadi macam ni, apa pon tak guna kan ?
Yang lelaki lak , jgn baran ngan perempuan jer .. Kalau nak baran , g Myanmar , Syria atau Palestine .. Kat sana baran anda diperlukan untuk membantu saudara seagama ..
Huh !