Entah sejak kebelakangan ni , aku rasa aku seperti berjiran dengan keluarga nyamuk . Bila masuk waktu sarapan , aku jadi mangsa. Bila masuk waktu makan tengahari , aku jugak jadi mangsa. Kalau malam , jangan cerita laa , serupa kena bbq dah aku !
Ha ? Guna racun serangga ? Dah akak oiiiii ! Sama gakkk … Yang jenis karen tu pun sama gak ! Tau tau birat je kaki dan tangan .. Menariknya , wife aku tak kena la pulak ! Nasib baik Qhaliff ada gak la sebutir dua sebagai tanda bukti kewujudan keluarga nyamuk tu !
Dan kegelisahan aku ni , aku kongsikan bersama rakan Twitter aku .. Maklumlah , susah senang kita ni hendaklah dikongsikan bersama rakan rakan yang lain .. Hehehe.. Poyos..
Tiba-tiba ada awek comel bagi tips kat aku ..
Kat rumah aku takde la spesis tiger balm ni haa ..
Yang ada balm gamat .. Aku try , dan aku lena weh ! Alhamdulillah .. Tapi lena aku setakat sampai kul 6 pagi sebab tau tau Qhaliff ada kat sebelah sambil dok bermain !
“ Dari tadi dia tak nak tidur .. Asik nak main jer .. “
Wife bagitau aku .. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa .. Baru nak lenaaaa !!