Sila beli Hmetro .. Wah , promosi percuma ..
Perghhh .. dasat giler ! Macam dalam filem filem samseng lak gayanya .. Kekadang aku tertanya , sapa yang ‘cipta ‘ dulu aksi ganas berani mati ni ? Yelah , sampai tak hirau jika ada anggota keselamatan kat hospital tu haa .. Sekali kena ‘bang’ , baru nak tersedar .. hehe ..
Kegilaan manusia sekarang ni akibat pengaruh filem atau filem yang terpengaruh dengan manusia ? Eh ,camana tu eh ? Macam kes letupkan mesin ATM , sembur cat kat kamera tu haaaa .. Dulu tak pernah dengar kes kes gitu .. tapi sejak filem aksi ada keluarkan pelbagai ‘idea idea ‘ merompak bank , maka tak sukar la nak ikut pon , kan ?
Salah sapa ? Kita jugak kan ? Sapa suruh ikut .. kan kan ? Kita jugak dipersalahkan .. Sedangkan filem secara tak langsung mendidik penonton atau bagi idea untuk melakukan jenayah ..
Hurm .. entahlaah .. cakap panjang pon tak guna .. nanti kata , aku ni kolot pulak .. hehehe .. Asal masyuk dh la nooo .. Dapat berjuta , apa nak jadi pada penonton , apadahallll .. Janji aku kayaaa…