Menurut Bharian Online , seorang budak lelaki berusia dua tahun yang berada di ruang tamu, maut apabila sebuah kereta merempuh rumahnya di Kampung Rhu Dalam, di sini, kelmarin.
Menurut nenek mangsa, Aisyah Seberang, 55, cucunya Adam Firdaus Syukri ketika itu bermain di ruang tamu kira-kira jam 6.30 petang manakala anaknya Nik Salwani Abdullah, 26, menemankan dua lagi cucunya, Shahrul Yuzi Faizal, 8, dan Syah Ikwaniza Faizal, 5, membuat kerja sekolah. Ketika kejadian saya sedang solat Asar di bilik. Tiba-tiba terdengar bunyi dentuman kuat dan saya melihat sebuah kenderaan merempuh ruang tamu.
Dikatakan mangsa didapati berlumuran darah dengan badannya dalam keadaan tersungkur berhampiran salah sebuah tayar kereta tersebut. Manakala ibunya pula Nik Salwani Abdullah, 26, yang mengandung anak keempat hanya cedera ringan di beberapa bahagian badan.
Punca ? Pemandu kereta Merc itu terlelap ketika memandu ..
Itu je la yang dia tulis kat laman web Bharian dan Kosmo .. Seperti biasa , kena langgan atau beli je la akhbar tu untuk mengetahui cerita seterusnya ..
Hurm .. Dalam rumah sendiri pon dah tak selamat . Kalau dulu , risau rumah terbakar atau dimasuki perompak tapi skang , kereta pon dah leh masuk rumah ! Banjir tu , biasa dah kan ..
Malang tak berbau .. Kat mana mana pon leh kena .. Kalau dah ajal tu tiba ..
Sumber gambar – Kosmo Online