Kul 1 pagi dan dia masih liat nak tidur !! Yang dia buat , masukkan jari dlm mulut pastu calit kt muka aku ...
Nasib baik anak !!
Published with Blogger-droid v2.0.8
Kul 1 pagi dan dia masih liat nak tidur !! Yang dia buat , masukkan jari dlm mulut pastu calit kt muka aku ...
Nasib baik anak !!
Alhamdulillah .. dah selesai checkup untuk bulan ke 5 .. Qhaliff pon dah disuntik dan dia , cool jer .. hehe .. Tak nangis pon .. Best part , senyum la pulak nampak nurse .. Setiap kali nampak nurse mesti senyum .. Tapi pelik nape ngan ‘akak-akak’ kat bawah ni , confirm dia bermuka masam ??
Hahaaha .. pelik kan ? Dah 2 kali jumpa gitu gak .. Ngan nurse , dia ceria .. hehe .. Cuba akak akak ni pakai uniform nurse ! Haaa.. Confirm senyum punya laa ..
OK ok.. berbalik cerita Qhaliff .. Berat dia dari 6.7kg bulan lepas , mendapat teguran dari nurse sbb ‘ kurus’ .. Mungkin sbb SI , jadi berat tak bertambah sangat .. Tinggi dia bulan lepas , 65cm tak silap aku ..
Dan bulan ni , berat Qhaliff dah 7.2kg !! Amik kauuuu .. Patut aku sakit pinggang … Adeh .. Tinggi dia ? Dah 68cm .. Masa lahir dulu 58cm .. Haaa .. Gitulah adanya ..
Yang lain lain , alhamdulillah .. dia sehat .. Ada gak aku suruh wife tanya pasal pernafasan dia cam ada kahak kadang kadang ..Nurse kata tu bukan kahak tapi normal .. Lambat laun akan ilang sendiri .. InsyaAllah .. Aku harap pon takde apa apa la ..
Apa pun , terima kasih la buat rakan rakan yang sudi mendoakan kesejahteraan dia dan juga kami sekeluarga. Semoga Allah merahmati korang semua..
Dalam dia dok tgk kartun , dia terlena dgn sendirinya .. Kesan dari suntikan kah ? Tapi aku tak biarkan dia tidur gitu .. Wife amik dan susukan dia dan kasi terlena waktu menyusu badan tu .. Baru dapat lena skit dia .. huhu ..
Sian .. Memang sejak kecil lagi aku cukup takut berjalan di kawasan terbuka di kawasan flat atau pangsapuri .. Kenapa ? Baca keratan dari Kosmo ni ..
“ Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) semalam selepas tiga hari bertarung nyawa akibat kecederaan parah di kepala kerana tertusuk buluh penyidai pakaian yang terjatuh dari sebuah rumah di Flat Sri Tanjung, Taman Kempas Permai di Johor.
Sebelum kejadian pada pukul 10.30 malam Ahad lalu, mangsa Muhammad Alias Che Samad, 4, bersama bapanya, Che Samad Che Omar (gambar kecil), 51, turun dari rumahnya di tingkat dua untuk pergi memanggil kakaknya yang berusia lapan tahun yang dikatakan bermain di taman permainan berdekatan rumah supaya pulang.
Bagaimanapun, ketika berada di tempat letak motosikal di tingkat bawah flat setinggi 17 tingkat berkenaan, secara tiba-tiba sebatang buluh penyidai pakaian milik sebuah keluarga yang tinggal di flat itu jatuh menimpa kepala Alias.
Buluh sepanjang dua meter tersebut tertusuk kepala mangsa. Tusukan itu sedalam kira-kira lima sentimeter.
Akibat tusukan itu Alias cedera parah dan koma sebelum anak bongsu daripada empat beradik itu disahkan meninggal dunia pada pukul 3 petang semalam di HSA di sini. “
Memang la ajal maut di tangan Tuhan tapi kita sebagai makhluknya juga diwajibkan berhati hati .. Selagi mana boleh elakkan , kita elakkan .. Sian kat adik Alias ( arwah ) ni .. Tak pasal pasal jadi mangsa ..
Apa yang aku risaukan kes kes gini la.. Byk kali dah berlaku .. Setakat buang benda dari tingkat atas tu , jangan cerita laaa .. Tak larat dah nak jerit .. Kalau terlebih jerit , bergaduh pulak ! Haaa ..
Buluh beb ! Buluh pacak kat kepala … Tak leh bayang kesakitannya ..
Takkan kot ? Hahahaha …
Tiba-tiba dia menjerit !! Kenal sangat jeritan tu … Aku ada sebelah dia je pun.. Dia dalam toddle rocker dia dok main.. Saja kasi ‘bersenam’ gitu .. Kang dia boring , baru kasi susu 2nd round punya .. hehe ..
Aku pandnng dan nampak kaki dia dalam tempat pemegang mainan dia tu haa .. Hahahaha … Adoi anak aku nehhhh .. Macam macam laa ..
Aku nak tengok camana dia nak keluarkan .. Dia cool jer .. Aku lak cuak .. Perlukah aku membantunya ?
Tadaaaaa .. Ler .. saja nak mengatal ngan daddy dia .. Maklumlah , dia tengok daddy dia dok ketuk ultrabook dia jeeeer .. hehe ..
Jeles le tuhh ..
Itulah yang aku baca di artikal Yahoo Malaysia tadi .. Menurut artikal tu pengacara dan juga personaliti TV, Julie Woon telah dirompak ketika sedang berhenti di lampu isyarat selepas keluar dari pusat membeli-belah, One Utama. Kejadian yang berlaku dalam sekelip mata itu telah menyebabkan Julie Woon panik dan tidak sempat berbuat apa-apa tindakan.
Dalam kejadian itu, seorang penunggang motorsikal dan pembonceng telah memecahkan cermin tingkap sebelah penumpang hadapan Julie Woon dan mengambil beg tangan yang mengandungi sebuah Ipad didalamnya. Mujur bagi Julie, telefon bimbit dan dompetnya tidak diletakkan didalam beg tangannya ketika itu.
Haa .. tu dari Yahoo laa.. Ayat tu pon dari mereka . Malas nak olah .. Takut gak kot salah cerita , masalah gak kan ? Hehehe .. Ok ok.. tu bukan isunya .. Isunya , kes begini banyak dah .. Abang aku pun pernah cerita gak .. Satu kejadian yang terjadi di depan mata dia .. Tapi dia tak boleh buat apa apa sebab dia dalam kereta waktu tu dan kejadian tu terlalu pantas berlaku ..
Jadi apa kita yang patut kita buat ? Haaa .. Mangsa kebanyakkannya adalah perempuan kerana mereka gemar meletakkan beg tangan atas kerusi di sebelah tingkap .. Lelaki tak ke ? Kebanyakkan lelaki lak , kesnya lain .. Kang aku tulis , ada yang tanya fakta dari mana lak .. haha ..
Tak kira lelaki atau perempuan , kita amik pengajaran dari segala kejadian yang kita tau , dengar dan baca .. Jangan sekadar ‘ OOOOOOO , KESIANNN .. ‘ atau ‘ PADAN LA MUKA DIA .. SAPA SURUH .. “ .. haaaa .. tamo tamooo ..
Alhamdulillah … merah kat punggung Qhaliff dah hilang .. Selepas kesan merah kat punggung dia tu , drypers dia ditukar dengan lebih kerap .. Mmg punca dari cirit birit tu ..
Selepas tu , baru nampak dia lena tidur sampai kul 10 lebih pagi .. hehe… ngan aku aku join sama .. Cukup tidur anak beranak ari ni .. hehe .. Tapi selesaikan keje dulu cam jemur baju , update blog gitu .. baru tidur balik sblh Qhaliff ..
Syok jugak keje sendiri ni kan ? Hehehe .. jap lagi nak bawak Qhaliff check up untuk bulan ke 5 ..
Daddy balas dendam sbb semalam punya kes .. huhu .. Sampai hati daddy buat gini !! Huwaaa …
Opss .. sebelum nak komen , aku jelaskan yer .. Aku saja nak test kemampuan dia .. Semangat dia nak capai botol tu .. Camana dia nak amik atau apa dia nak buat dengan botol tu.. Tapi paling penting , semangat dia nak dapatkan botol tu haaa ..
Berjayakah ? Hahahaha … adoiyaii .. Qhaliff , Qhaliff ..
Baru aku dan wife perasan .. Sepanjang usia Qhaliff yang dah masuk 5 bulan ni , kitorang ke hulu ke hilir dengan perjalanan yang makan beratus kilometer dan ada yang pergi balik dengan keadaan cuaca yang panas , alhamdulillah .. Qhaliff tak pernah meragam atau demam..
Kalau nak diikutkan anak buah aku atau anak buah wife , pasti akan demam sejurus pulang dari perjalanan yang jauh . Tapi Qhaliff tak langsung .. Syukur pada Allah ..
Malam ni , entah mengapa .. liat benar Qhaliff nak tidur .. Puas mak dia nak tidurkan dia .. Tak nak juga.. Berkali kali tukar syif untuk cuba tidurkan dia .. Abis idea dah nak ajak main apa .. Ajak main wau kang , kata giler..
Akhirnya , aku amik alih .. Padahal aku nak sangat layan movie Snow White yang baru tu tapi bila tengok wife pon dah tak larat sangat , aku bawak Qhaliff ke ruang tamu dan ke port biasa dia ..
Selawat sambil pandang tepat mata dia .. tak smpai 5 minit ..
Dah lena atas ni .. camana nak bawak masuk bilik lak ? Hehehe .. kang jaga , tamo tidur balik dah .. huhu ..
Tinggalkan dia kat luar ? HAHAHAHHAHAHAH … HAHAHAHAHHA … kejam giler punya bapak !