Sesuatu yang aku takut kan !

by - Rabu, September 05, 2012

 

Sian .. Memang sejak kecil lagi aku cukup takut berjalan di kawasan terbuka di kawasan flat atau pangsapuri .. Kenapa ? Baca keratan dari Kosmo ni ..

Seorang kanak-kanak lelaki meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah (HSA) semalam selepas tiga hari bertarung nyawa akibat kecederaan parah di kepala kerana tertusuk buluh penyidai pakaian yang terjatuh dari sebuah rumah di Flat Sri Tanjung, Taman Kempas Permai di Johor.

Sebelum kejadian pada pukul 10.30 malam Ahad lalu, mangsa Muhammad Alias Che Samad, 4, bersama bapanya, Che Samad Che Omar (gambar kecil), 51, turun dari rumahnya di tingkat dua untuk pergi memanggil kakaknya yang berusia lapan tahun yang dikatakan bermain di taman permainan berdekatan rumah supaya pulang.

Bagaimanapun, ketika berada di tempat letak motosikal di tingkat bawah flat setinggi 17 tingkat berkenaan, secara tiba-tiba sebatang buluh penyidai pakaian milik sebuah keluarga yang tinggal di flat itu jatuh menimpa kepala Alias.

Buluh sepanjang dua meter tersebut tertusuk kepala mangsa. Tusukan itu sedalam kira-kira lima sentimeter.

Akibat tusukan itu Alias cedera parah dan koma sebelum anak bongsu daripada empat beradik itu disahkan meninggal dunia pada pukul 3 petang semalam di HSA di sini. “

 

Memang la ajal maut di tangan Tuhan tapi kita sebagai makhluknya juga diwajibkan berhati hati .. Selagi mana boleh elakkan , kita elakkan .. Sian kat adik Alias ( arwah ) ni .. Tak pasal pasal jadi mangsa ..

Apa yang aku risaukan kes kes gini la.. Byk kali dah berlaku .. Setakat buang benda dari tingkat atas tu , jangan cerita laaa .. Tak larat dah nak jerit .. Kalau terlebih jerit , bergaduh pulak ! Haaa ..

Buluh beb ! Buluh pacak kat kepala … Tak leh bayang kesakitannya ..

You May Also Like

14 comments

  1. Innalillah....
    ngerinya, semoga arwah ditempatkan dlm kalangan org2 yg beriman..Amin

    BalasPadam
  2. what the fishh!! =.=" seram jew dengar..nasib la wan duk kat rumah kampung..tk de la bertingkat2 bagai.. :') tk de siapa nak buang benda dari atas..hihi

    BalasPadam
  3. hmmm...
    kesiannya....=(
    takziah kepada keluarga arwah..

    BalasPadam
  4. encik daddy qhaliff... geram betul rasanya... kat kondo saya bukan saje baling ke bawah benda yg membahayakan nyawa malah menjijikkan mata spt 'belon durex'.

    BalasPadam
  5. uish.. bahaya jugak situasi ni.. yelah. bila tinggi, benda yang jatuh tu memberi impak yang sangat kuat.

    BalasPadam
  6. Pokok pangkalnya....disiplin.... Bukan mudah nk menerapkan disiplin dlm diri kita yg dah dewasa ni....

    BalasPadam
  7. takutnya.. kat pv10 takde lagi dengar benda2 macam ni..kekadang ternampak gak spender beterbangan.. kelakar pun ada. kekadang tu baju, stoking dll.

    BalasPadam
  8. uiks, ni kat tempat Jaja mengajar dulu.... berhampiran Hospital Permai...PPR Sri Tanjung ialah blok c... mmg kawasan tu kurang kesedaran sivik penghuninya... ketua blok kurang main peranan... contoh blok A yg bersih dan terjaga (syabas YM Raja Sulaiman)....

    BalasPadam
  9. cuak rase dgr berita mcm ni.. bahaya ada kat mana-mana..

    BalasPadam
  10. rse ngeri baca berita nih....xdpt bayang ksakitan yg budak tu alami..mudah-mudahan rohnya dicucuri rahmat

    BalasPadam
  11. apa2pun Al-fatihah buat arwah... semoga dia tenang disana..
    tak terbayang dek akal bila dia bertarung antara hidup dan mati dengan kesakitan tu..

    BalasPadam
  12. mengerikan . . . . . . tuan yg bertanggungjawab pada buluh tu sepatutnya mengambil iktibar dari tindakannya memasang buluh tersebut, . . . . . pemasangan perlu dengan sehabis baik, bukan sambil lewa ala kadar lebih kurang asal jadi, . . . sedar2 je orang lain yg terima akibatnye, . . . . . kalau tuannye sendiri terime takpe, kurang zalim, kene pada tempatnye . . . .

    income dari kejadian ini :
    lakukan sesuatu sehabis baik seboleh-bolehnya, . . . harap diri yg tulis komen ini pun dapat mengamalkan income ini, insya-Allah :)

    BalasPadam