Siapa ada bayi dan bakal ada bayi ?

by - Khamis, September 20, 2012

 

Haaa .. Dulu aku tak kisah sangat la .. Tapi sejak kehadiran Qhaliff , segalanya berubah ! Dari tak tau apa apa , aku kena amik tau ! Dari malas amik tau ke terpaksa rajin amik tau ! Segalanya kerana inginkan yang terbaik buat Qhaliff dan juga adiknya nanti ! Eceh ..

Dulu , aku ingat susu ibu ni sama je cam susu susu yang ada dijual sana. Yelah , mcm mcm brand ada kan .. Tetapi setelah mengetahui kelebihan susu ibu , aku up dalam blog aku untuk perkongsian bersama ! Bacalah ..

Dan ada banyak lagi berkenaan susu ibu ni haa .. Tapi apa masalahnya ??

Hurm .. bila g ke mana mana mall atau tempat awam , memang wujud  masalah nak menyusukan Qhaliff ni ! Kalau stok berlambak , boleh la jugak bawak dalam botol . Tapi ni , susu ibarat kais pagi makan pagi ! Tak dinafikan ramai ibu begitu jugak . Macam macam dah dibeli dan makan  . Petua pon ikut dah !

Jadi , nak tak nak kena la  menyusu di tempat tempat yang disediakan tetapi amatlah sukar nak cari atau terpaksa sorok sorok menyusu di celah celah tempat terpencil atau terus balik ke rumah . Hurm ..Ini kes terpaksa bila Qhaliff mula menangis terutama bila dah lama berjalan. Frust bila ni berlaku. Yelah , bayangkan nak ke situ saja dah makan masa. Bila dah sampai , kena balik .. huhu…

Ada yang lagi tak berhati perut bagi cadangan , jangan bawak anak ke mall atau tempat awam ! Tinggalkan je kat rumah dengan maid atau bagi je pada saudara terapat utk jaga mereka. Dah tu nak bagi susu apa ? Susu formula ? Senang cakap la sbb tak tau kelebihan susu ibu ni haa .. Kalau tau kenikmatan dan keistimewaan susu ibu ni , confirm laaa takkan cari susu formula ( melainkan benar benar terpaksa ).

Haa .. ok ok .. Panjang pulak ulasan aku ni .. Harap-harap  mereka yang tak de anak lagi ni , berfikir panjang sebelum nak tinggalkan komen atau cadangan ..  Yang ada anak , sila sila la panjangkan yer..

Disini ada satu petition untuk ibu bapa atau  bakal bergelar ayah dan ibu ,  menurunkan tandatangan  sebagai tanda sokongan agar lebih banyak bilik khas untuk bayi anda..Boleh menyusu dan menukar lampin dengan lebih selesa .. kan ?

Jika anda prihatin , marilah sama sama kita berkongsi di FB , BLOG , TWITTER atau mana mana laman sosial yang korang tau .. Klik SINI untuk menurunkan tandangan sokongan ..

You May Also Like

22 comments

  1. tq bagi tips yang bernas..Insyaallah, bakal anak lakiku akan dilahirkan ke dunia bulan 11 ini...

    BalasPadam
  2. saya akan menyokong penuh usul ini,hahaha

    BalasPadam
  3. jom join flashmop brestfeeding y akan d adakan d KLCC lg untuk tahun ini pada 24-09-2012

    masih mermerlukan 200 ibu y menykong bfeed

    BalasPadam
  4. susu ibu memang tiada tandingannya.. kasihnya tertumpah ketika tu.. huhu mak cakap my adik bongsu dulu sampai umur 2tahun pun masih bergayut isap susu mak =)

    BalasPadam
  5. walaupun blm dikurniakan rezeki tapi selalu google pasal ilmu2 camni. Nanti bila dah ada anak takde la zero sangat.

    BalasPadam
  6. huhuhu.. x dak bayi lagi.. n x ada isteri lagi... bakal pon blom ada.. haha

    BalasPadam
  7. tapi kalau stok tak mencukupi memang kena campur susu lembu la jawabnya.kalau tak, ksian si baby.tak cukup khasiat.sekarang anak sy dah 2 tahun lebih masih lagi breast feeding.susah pulak.tak tau macam mn nak pisahkan.kekadang badan rasa lemah kalau asyik brest je.

    BalasPadam
  8. sy sokong sgt...anak pernah tukar pampers tepi kaki lima je sbb takde bb room. sgt leceh!

    BalasPadam
  9. Jangan putus asa utk BF anak kita, pengalaman akak anak 1 hingga 3 minum susu formula sbb masa tu takde kesedaran fasa kebaikan susu ibu. Utk anak ke4 (dlm usia akak 39thn) alhamdulillah akak dpt BF anak yg ke4 ni(kira ni anak yg last) hingga usianya 3 thn 3 bln. yg penting kena sabar sbb ada kala kita stress sbb susu cam sikit je masa pum. tapi teruskan usaha.

    BalasPadam
  10. tak taulah nak kata macam mana... cuma tersinggung jugak... tapi tak perlu kata apa-apa kerana lain orang lain nasibnya... boleh le nak kata apa pun tapi tak perlu lah rasanya nak jawab :(

    BalasPadam
  11. Alhamdulillah.. Anak saya 6 bulan full bf.. Masih diteruskn smpi 9 bulan skrg.. Mmg mslh kalau nk kuar jalan.. Tp ade setgh shopping kompleks ade tmpt baby.. Sng la skit

    BalasPadam
  12. Info yg bagus.. My WiFe da pregnant..

    BalasPadam
  13. insyaALLAH.. saya akan bf baby bila dia dah kuar nanti.. walaupun saya bekerja.. :)

    BalasPadam
  14. sya sokong,,sebab sya pun BF kan anak skg..umur dh 2 thn

    BalasPadam
  15. Yup..susu ibu mmg tiada galang gantinya. susukan bayi sekiranya mencukupi...

    BalasPadam
  16. mmg ada byk kelebihan susu ibu ni. tapi bukan semua orang dikurniakan kelebihan untuk menyusu. mcm nuri, anak sulung, alhamdulillah, breastfeed sampai umur 3 tahun lebih. anak yg kedua, dpt susukan sampai 3 bulan je. itupun kena pam dan bg guna syringe atau cawan. sbbnya, anak ada cleft palate, so, dia tak pandai nak menghisap, dah susu pun tak boleh nak produce.

    cadangan utk buat byk baby room nie mmg bagus. mmg nuri pun cam rasa payah, bukan nak breastfeed je, nak change diapers pun payah. nak2 kalau yg buat skali dlm toilet perempuan, bila kita tukar diapers anak, perempuan2 lain tu tgk kita cam jijik je. yela, maybe tgk tukar anak yg baru buang air besar ke kan. seelok2nya buat cam asing mcm kat ikea, the curve atau jusco.

    lg satu pasal susu badan nie, daripada pengalaman tgk kakak2 nuri bersalin di private hospital, anak2 yg baru lahir duk dlm nursery, bila nak susukan baru nurse hantar. tak mcm hospital kerajaan, 24 hours anak kat mak dia. mmglah baru bersalin tu letih, tp bonding between mother and baby pun penting. kadang2 punca baby susah nak susu badan sebab asyik away drpd emak dia.

    BalasPadam
  17. sy sokong!! (wlupun belom kawen...hihi..snang utk mse depan nnti)

    BalasPadam
  18. alhamdulillah anak aku dah hampir 10 bulan masih bertahan susu badan.. walaupun kena pump baru masuk botol.. stok dalam peti sejuk pun cukup rasanya untuk 6 bulan.. alhamdulillah kesungguhan si isteri sangat dihargai sebab bersungguh2 pump susu di tempat kerja.. tu bukan suatu perkara mudah

    BalasPadam
  19. Saya mmg fully bf anak ke 2 saya....kalau ke shopping complex yg susah nk jumpa baby room, saya hentam je breastfeed di tempat yg agak2 sesuai la kan...peduli apa saya org nk kata apa...cuma cara n pemakainan kita utk susukan ank biarla sesuai...jgn plak nampak yg tak sepatutnya....jgn malu n segan la susukn ank di tempat awam....tak perluka smp balik rumah...pandai2 la kan..

    BalasPadam
  20. Me too,fully support bf.so far dh 5bln.cadangkn kpd ur wife,pakai nursing cover n usah malu susukn d tmpat awam.bak kata akak kat ats tu,pakaian kna ssuai la, so xde aurat tdedah pun.

    nape org bley pakai seksi,selamba j jln2 tmpt tbuka.tp kalau ibu susukn anak org pandang semacam...hmmm...

    BalasPadam
  21. yang sedang mengandung tanamkan niat berdoa pada Allah dan selalu usap perut pesan kat baby nanti minum susu mommy je tau....takmo susu dalam tin tu..hehehe..

    itu yang berlaku pada saya dan hasilnya Aqiff Umar menyusu sepenuhnya dengan mommy dan Allah berikan dia 'hadiah' .... dia allergic dengan sebarang produk susu haiwan....jadi mommy tetap kena tabahkan hati menyusukan Umar dan the bonding and love grow stronger everybody. Mom is the best!!hehe

    BalasPadam