Kais pagi , makan pagi ..

by - Khamis, September 20, 2012

 

“ Ben , best la kau kan .. keje kat rumah jer .. Leh jaga anak sekali .. Tak macam aku ni .. Awal pagi dah keluar g kerja ..  “

Hurm .. Sebenarnya , apa saja kerja yang kita buat adalah bergantung pada niat kita . Kenapa dan mengapa kita melakukannya .

Apa saja kerja sama jer . Kita je nampak berbeza dari orang lain sedangkan , sama saja bebanannya..

Kerja dengan orang , kita asyik kena maki .. Kena sendiri , kita asik maki orang ! Ingat seronok ke kena maki dan dimaki ? Tapi bayangkan kalau kita buat kerja sungguh sungguh dan penuh ikhlas .. Rasa rasa kena maki dek bos atau bos pun sibuk sangat ke nak maki kita ? Tak kan ?

Macam aku .. orang nampak aku boleh bangun lewat .. Leh sambung tidur .. Atau rileks di rumah .. Perghhh .. Tak beb ! Takde makna .. Aku bangun seawal subuh . Selepas solat , bukak laptop dan tengok apa info info terkini yang boleh aku kongsi bersama .

Lepas update dan standby entri terkini , jengok anak lak .. Kalau tidur , aku boleh la buat keje lain sekejap seperti jemur baju , mandi atau sambung cari info di internet.

Jika aku tidur , aku kerugian masa. Curik curik tidur dalam 5-10 minit tu mmg la ada ..Tu pun time Qhaliff tidur .. Skang ni , dia dah susah nak tidur sbb nak main .. Maka tugas aku seterusnya ialah bermain dengan dia .. Pastu nak mandi .. susukan dia dan skang ni dah mula makan .. Tu semua tugas aku di rumah yang tak dibyr . Tugas yang dibayar ialah update blog ..

Aku ceritakan ni sbb nak bagitau , kita sama jer .. Kerja di pejabat atau di rumah , punya tekanan tersendiri. Jadi kita patut bersyukur dengan apa yang ada di tangan kita. Jika nak tingkatkan , usaha la lebih . Mintak pada DIA .. tak guna mengeluh ..

Jangan kita lupa, kita di dunia ini adalah untuk mengharungi cabaran dan dugaan dari ALLAH untuk menentukan di mana tempat kita nanti di akhirat ..

You May Also Like

6 comments

  1. betul 2 semua keja ni xda yg rilek..jaga anak lebih penat dr keja kat ofis..

    BalasPadam
  2. setuju dengan Ben, semuanya da pro dan kontra tersendiri..

    dari blog NUR

    BalasPadam
  3. ye kita semua sama je...jgn kata tugas org senang kita susah. nak hepi buatlah dgn ikhlas dan berlapang dada

    BalasPadam
  4. nampak mudah tapi sebenarnya sama je penatnya.. ;)
    dok umah timetable ikut kite, kalau kat office, ada 'death' line nye.. nak tak nak kena ikut..
    kalau nak berjaya kenalah usaha ye dak.. ;)

    BalasPadam
  5. nampak macam mudah jer kan duduk rumah ni tapi bebannya memang sama dengan orang yang bekerja.. apa2pun setuju dengan kata2 abg ben

    BalasPadam