Asal tengkuk aku lepas , dah la ..

by - Sabtu, September 29, 2012

 

Alhamdulillah .. ramai tepuk tangan dan lap peluh di dahi selepas dengar perbentangan bajet 2013 dari PM kita .. Legaaa .. macam macam dapat aih ..

Semalam , orang tua aku ke satu mesyuarat yang mana setahu aku berkenaan rumah flat yang aku membesar , akan diruntuhkan kemudian dibina kondominium mewah ..

Seingat aku dulu , pelbagai janji manis ditaburkan oleh pihak wakil rakyat situ yang mana jika mereka menang , flat itu akan dijual pada mereka dengan harga berpatutan.

Dan , hingga kini aku berusia 36 tahun ( tinggal kat situ pada umur 8 tahun ), rumah flat tu masih belum dijual… Dan terkini , nak diruntuhkan dan dibina kondominium. Sapa mampu beli ?

Dan ke semua penghuni flat tersebut akan dipindahkan sementara ke kawasan kawasan baru , sementara menanti apartmen berpuluh tingkat siap dan mereka dipindahkan ke situ semula. Berpuluh tingkat ! Yang nak duduk semua dah tua tua belaka termasuk orang tua aku .. hehehe ..

Aku , sebagai individu .. tengkuk aku mmg lepas laa .. legaaa .. Camana dengan orang lain ? Mereka kata , rezeki masing masing .. Hehehe .. Benar , hari ni kita kata begitu . Tapi lambat laun tsunami tu akan sampai pada kita dan kita akan merasainya sama ..

Apakah mereka akan turut rasa sama ? Korang rasa ? Maaf .. aku tak suruh korang sokong pembangkang atau sapa sapa .. cuma fikirkan .. Hari ni tengkuk kita lepas ..

Apakah kita terdiri dari manusia yang hanya pentingkan diri kita saja ? Janji kita lepas , dah ..

* Part bas sekolah telah diedit kerana salah faham .Terima kasih kerana membetulkan.

You May Also Like

6 comments

  1. Tak terkata..senang jer bubar tu buat ni aik... Ni ke yg dikatakan 'Rakyat diutamakan'?...

    BalasPadam
  2. kalau tgk pada sudut positif adalah keselamatan pelajar.

    BalasPadam
  3. mana ada kena lupuskan bas lama kalau baca balik ni

    Meringankan Beban Pengusaha Bas Sekolah

    Tuan Yang di-Pertua,

    147. Kerajaan mengambil berat akan keselamatan anak-anak yang menaiki bas ke sekolah dan pemandu-pemandu bas berikutan kualiti segelintir bas sekolah yang kurang memuaskan. Keadaan ini disebabkan pengusaha bas sekolah tidak dapat menampung beban kos penyelenggaraan yang semakin meningkat sedangkan sebahagian besar bas yang dimiliki telah melebihi jangka hayat ekonomi. Untuk itu, Kerajaan mencadangkan pengusaha bas sekolah diberi pertamanya, pemberian rebat tunai 10 ribu ringgit dan subsidi kadar faedah 2 peratus ke atas pinjaman penuh untuk menggantikan bas sekolah lama berusia melebihi 25 tahun kepada bas baru yang berkapasiti 12 hingga 18 tempat duduk. Skim pinjaman ini diuruskan oleh BSN ditawarkan untuk tempoh permohonan 2 tahun bermula 1 Januari 2013.

    148. Keduanya, penyediaan Skim Perlindungan Insurans Kemalangan Diri, hilang upaya kekal dan kematian kepada semua murid sekolah yang menggunakan perkhidmatan bas sekolah berpermit. Usaha ini akan memanfaatkan seramai 2 juta pelajar dengan perlindungan maksimum sebanyak 100 ribu ringgit dan kos premium sebanyak 40 juta ringgit untuk tempoh 2 tahun yang akan diselia oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat.

    Sumber: http://ahmadzikron-zikron.blogspot.com Teks Ucapan Bajet 2013 | ahmad zikron

    BalasPadam
  4. assalam, kepentingan pemaju dan pengusaha lebih diutamakan dari penduduk yang lebih memerlukan perhatian sesuai dgn keadaan semasa mereka.

    BalasPadam
  5. ingtkn lepas utk ap la td

    BalasPadam
  6. takder pun "RAKYAT DIUTAMAKAN".. sepatutnya mereka pentingkan keselamatan rakyat dan kata2 rakyat..

    BalasPadam