Lagi penghinaan terhadap umat Islam ..

by - Khamis, September 20, 2012

 

Sengaja je diorang nak hina orang Islam dengan membuat provokasi secara terang-terangan .. haih .. Pelik tul laaa .. Kalau kita diam , naik lemak.. Kalau kita melenting kata hak kebebasan bersuara . Yang ni mmg patut kena HAK TUIIII kepada kebebasan suara mereka !

Sebuah majalah di Perancis telah menerbitkan karikatur Nabi Muhammad SAW semalam dan tindakan mereka itu membawa kepada kritikan pihak berkuasa negara itu dan menambah kemarahan umat Islam. Tak pasal pasal polis rusuhan terpaksa dikerah untuk melindungi pejabat majalah tersebut.

Dalam satu petikan di akhbar online yang aku baca iaitu SINAR HARIAN  , ada menyebut , Ketua Editor Charlie Hebdo yang dikenali sebagai Charb memberitahu bahawa Nabi Muhammad bukan suci buat dia dan dia  hidup di bawah undang-undang Perancis dan bukan undang-undang al-Quran jadi dia ada hak untuk buat demikian ..

Muka depan majalah terbabit yang menunjukkan Yahudi Ortodoks menolak serban seorang individu  yang digambarkan sebagai Nabi Muhammad, malah beberapa gambar didalam majalah tersebut turut diletakkan termasuk gambar bogel.

Dengan bangga dia tunjuk akhbar yang mengandungi gambar tersebut .. Hehehe .. Kalau korang google tengok gambar tu , mmg ternyata diorang ni spesis ‘ takde kerja’ .. Dah tak laku agaknya akhbar mereka.. Tu yang buat gitu tu ..

You May Also Like

4 comments

  1. diorang makin gila provoke nampaknya sekarang.

    BalasPadam
  2. xsuka dengan cara kebebasan bersuara mereka..dah mengganggu sensitiviti agama lain...

    BalasPadam
  3. jika copy paste sila nyatakan source ya. jangan sampai kami saman blog anda. TQ

    BalasPadam
  4. pagi tadi dengar berita ni kat radio memang tak habis2 dorang nak hina.. kononnya dorang ni menggunakan perkataan lucah untuk menghina Nabi kita.. Nauzubillah..semoga mereka mendapat azab dari Allah SWT

    BalasPadam