Perantau Hill , Sg Merab , Bangi

by - Jumaat, September 21, 2012

 

Nak makan mana malam ni ? Tergaru garu kepala .. Mana eh ? Mana eh ? Kebetulan dari kedai elektrik di Bangi dan plan nak menuju ke Cheras.

Lalu depan satu restoran yang mana sebelah siangnya pasti menjadi kegemaran aku kerana terdapat pelbagai jenis juadah untuk dimakan bila dibayar ..

Perantau Hill .. Restoran ni mmg selesa giler. Siap dapat anugerah kedai harga patut .. Dan ramai gak yang singgah malam ni termasuk aku dan keluarga aku ..

Lapar sangat .. Aku order keow teow kungfu dan wife nasi goreng ikan masin .. Dan satu burger special .. Hehe .. Lapar benar tu eh ..

IMAG3665

IMAG3664_BURST002

Layanan ok .. Mesra gitu .Takde masalah dengan mereka . Sayangnya .. inilah yang buat spoil ! Wife mmg tak nak makan sini sbb dia kata dh tak sedap .. Tapi aku degil nak lepak makan sini ..

Keow teow kungfu dia … mmg lain dari kebiasaannya. Setau aku la kan , dibalut dengan telur.. Tu yang biasa aku makan laa.. Tak tau la kot sini lain dia punya kungfu .. Sedap ? Terlalu biasa .. untuk kenyang , boleh laa.. Untuk order lagi , tak mungkin laa..

Aku rasa nasi goreng ikan masin .. Aku yang ada darah tinggi ni , nak gak try .. hehe .. Hurm… mmg masin la.. Tapi ok la berbanding keow teow kungfu aku tu ..

Burger ? Hehehe .. Terlalu biasa laa .. Kira aku pun leh buat kat rumah .. Haa .. Tiada keistimewaan gitu ..

Dan air ? Teh o .. opkos laa rasa teh .. hehehe .. Dan benarlah kata wife , masakan sini biasa jer .. Kira ni last la aku makan malam sini. Kalau nak minum minum atau pekena ABC , ok la kot ..

Harga .. murah gak la ..

You May Also Like

9 comments

  1. Saya pernah juga makan di sini dan mmg akan boikot tempat ni. Huhu. Dahla first time dtg sini dah spoil., sy sefamily dpt makanan plg lewat sdgkn org yg dtg lagi lambat dah dpt dulu. Adik sy order nasi goreng ayam tak sampai2. Last2 bila tanya, dia kata ayam dah habis! Adoyai punya lama tggu itu jwpn dia. Mmg takkan dtg lagi ler wlpn slalu lalu situ. Huhu

    BalasPadam
  2. assalam, nama restoran kira mcm ada klass, tapi bila Ben dah cuba masakannya...tak de le rasanya nak cuba.

    BalasPadam
  3. Sedapnya...mahal ke mkanannya..nampak menarik..

    BalasPadam
  4. sedap??

    saya sendiri pernah ada pengalaman seperti...
    banyak kali makan di suatu kedai tu... sedap dan dah jadi macam dapur... tup-tup terkena sekali tak sedap, terus serik. kategori seperti jenis mudah sentap/trauma bila kena sesuatu...
    haaaa.. ada sesiapa spt sy??

    BalasPadam
  5. kuasa pelanggan .. doa lah pemilik restauran agar blogger tak buat review pelik-pelik .. kan kan kan .. kan dah kena sapa bagi servis tak memuaskan ..

    BalasPadam
  6. sekali sekala ada gak lunch kat sini. boleh tahan gak lauk pauk waktu t/hari. biasanya sy amik ayam kampung goreng. mlm pernah la pegi dulu masa bangunan lama. bangunan baru nie dah ada member cakap tak sedap makanan goreng2 kat sini. so tak teringin pun nak pegi try.

    BalasPadam
  7. kak liza lebih suka dtg sini masa lunch. ada byk pilihan lauk. waktu lain cam biasa je.

    BalasPadam
  8. setahu saya kue tiaw kungfu memang tak salut telur...

    kue tiaw hongkong yang ada telur tu..

    slalu jugak order menu ni..kekadang konpius..hoho

    BalasPadam
  9. agaknya dia dah tukar tukang masak kot..

    BalasPadam