Aku nak beli baby walker untuk Qhaliff ..

by - Selasa, September 25, 2012

 

Gambar Hiasan

Aku plan petang ni nak ke Alamanda je untuk belikan Qhaliff baby walker sbb kesian sangat tengok dia asik terbaring meniarap gitu dengan kedua tangan sertakakinya diangkat ke atas dan seolah berkata pada aku ..

“ Daddy ku sayang .. tak reti reti nak dukung ke ??? “

Aduh .. sakit pinggang dah aku neh .. Bukan nak manjakan dia sbb dukung dia tapi dia dah macam malas dalam keadaan gitu. Hehe.. memandai je aku ni kan ? Hehe ..

Tapi aku google dulu untuk mendapatkan khidmat nasihat pakar ! Tadaaa …  Antara jawapan yang aku dapat ialah ..

KAJIAN sekumpulan penyelidik Ireland yang dilaporkan British Medical Journal, bayi yang menggunakan walker didapati merangkak, berdiri dan berjalan dalam usia yang agak lewat berbanding bayi tidak menggunakannya.

Kajian sekumpulan penyelidik dari Sekolah Psioterapi, Universiti Kolej Dublin terhadap 190 bayi mendapati dalam tempoh 24 jam, bayi yang sentiasa bergantung kepada walker lewat bergerak secara sendiri lebih tiga hari. “.

Err .. alamak .. nasib baik aku tak beli lagi.. Kalau tak , confirm aku yang kena guna ! Dan satu lagi infomasi yang aku dapat … Tadaaa ..

Dari BabyCenter Malaysia. Mari kita sama sama membaca dengan kuat.

 

“ Meletakkan bayi dalam walker sama seperti membeli seorang remaja Ferrari - risiko bahaya. Inilah sebabnya, bermula April 2007, Canada telah mengharamkan penjualan walker bayi.

Data UK juga mencadangkan bahawa lebih banyak kemalangan dan kecederaan berlaku berhubung walker bayi daripada peralatan bayi yang lain. Ini sebab walker membolehkan bayi bergerak lebih laju (bayi boleh mencapai kelajuan satu meter setiap saat dengan satu lonjakan), mencapai ke tempat lebih tinggi dan memudahkan akses kepada pelbagai bahaya.

Kebanyakan kecederaan disebabkan kejatuhan apabila walker tertonggeng dan bayi terpelanting jatuh ke bawah tangga atau merempuh perabot, alat pemanas elektrik atau ketuhar. Terdapat juga kemungkinan risiko bertambah di mana bayi anda akan mengalami kebakaran dari objek-objek seperti lilin dan minuman teh yang panas. Ketiga, walker membolehkan bayi menjangkau racun-racun domestik, seperti minyak wangi, ubat cuci mulut, atau alkohol, yang dahulunya tidak dapat dicapai olehnya.

Ramai orang menyangkakan yang apabila bayi ralit dengan 'kereta' kecilnya, dia adalah selamat dan boleh dibiarkan tanpa jagaan untuk jangka masa yang pendek. Sebenarnya, kawalan berlebihan diperlukan apabila bayi anda berada dalam walker dan bayi lebih selamat jika ditinggalkan atas lantai sahaja dalam bilik yang bebas dari bahaya. (Baca tip-tip tentang memastikan rumah anda selamat untuk bayi.)

Walker tidak membantu bayi belajar berjalan. Sebaliknya, menggunakannya dengan berlebihan mungkin akan merencatkan sedikit perkembangan bayi. Bayi perlu meniarap, merangkak, duduk dan bermain atas lantai, untuk membolehkan dia mencapai tahap-tahap utama dalam perkembangannya.

Meskipun statistik-statistik yang ada membimbangkan, pelarangan penggunaan walker sama sekali mungkin tidak realistik. Sebilangan pakar merasakan bahawa walker sepatutunya direka bentuk untuk bayi berusia lebih daripada sembilan bulan yang sudah pandai duduk dan merangkak, dan dipasangkan sekatan kelajuan.

Jika ada sesiapa mencadangkan walker untuk bayi anda, pertimbangkanlah alternatif lain atau lebih baik, biarkan dia bersenam dengan baik atas lantai seperti berlaku di masa-masa dahulu. “.

Ok .. kensel beli  ! Selamat 500 ! Psst.. Itu gunanya internet .. heehe ..

You May Also Like

29 comments

  1. haah... Sangat bahaya sebenarnya.. Mak saya suruh belikan, kononnya bagi cepat berjalan.. Dan minta pendapat dengan orang lain, diorang pon setuju.. dan hasilnya, baru sekali bagi dia pakai, pasni takde dah nak pakai.. Pandai pegang soket.. bahaya.. Biar la dia nangis nak benda yang bahaya, janji saya tak menangis sebab kesilapan tak google dulu... Baru tadi buat entry pasal Walker ni..


    http://azmengs.blogspot.com/2012/09/bahaya-main-kat-bawah.html

    BalasPadam
  2. betul tu abg ben. elakkan penggunaan walker ni. sedikit pun x membantu. malah bnyk keburukannya. nak2 bagi baby yg tulangnya msh belum kuat lg dah diletakkan dlm walker ni. saya ni belikan walker dulu pun sbb mak mertua la yg beria soh belikan (klau x ikutkan, kecik ati pulak). tapi pakai pun x lama. dlm 2 bln je.

    BalasPadam
  3. naseb xbeli lagi kan? mmg xbagus bagi walker kat baby ni..kaki die xkuat nanti..& lambat jalan..

    BalasPadam
  4. ouh..cmtu rupanya.ferrari..ala nk ferrari!!.untung la qhaliff biar bapak die y pth pinggg mendukung.kn lebih sihat,..hahaha..

    BalasPadam
  5. saya cadangkan beli bumbo seat!.. boleh guna sampai umur 2 tahun.

    BalasPadam
  6. memang sngat2 bahaya guna baby walker ni.. tapi akibat saya ni hanya mendengar kata husband dan mentua terpaksa la.. kalau ikutkan saya sendiri tak nak pakaikan anak saya baby walker dulu.. syukur alhamdulillah anak saya cepat jer proses2 merangkak, berjalan dan sebagainya..

    BalasPadam
  7. dah beli dah utk naila...haha~ :p

    BalasPadam
  8. dayah guna walker..

    sekejap je ...

    tapi sepanjang penggunaan walker dulu ,alhamdulillah takde la berlaku apa apa yang tak diingini....

    dayah letak dalam walker tu , dan pastikan masa tu anak depan mata.. biasa la budak tgh nak besar , sumer benda nak diusik. bila kaki dia dah kuat sikit , dayah kasik duduk dalam walker... perlahan-lahan kaki dia gerak.. yg dayah nampak walker tu membantu la..mungkin bergantung pada cara pemantauan kot.. jgn letak anak dlm walker lepas tu leka .. dan jenis walker pun penting... mmg tak lama guna sbb bila dia mula pandai memanjat , mmg xdpt la nak guna walker..bahaya..
    :)

    lepas dia dah mula memanjat dari walker..kitorang mula cari babycourt..

    luas..senang dia main kat dalam,selamat pun selamat..

    BalasPadam
  9. dayah guna walker..

    sekejap je ...

    tapi sepanjang penggunaan walker dulu ,alhamdulillah takde la berlaku apa apa yang tak diingini....

    dayah letak dalam walker tu , dan pastikan masa tu anak depan mata.. biasa la budak tgh nak besar , sumer benda nak diusik. bila kaki dia dah kuat sikit , dayah kasik duduk dalam walker... perlahan-lahan kaki dia gerak.. yg dayah nampak walker tu membantu la..mungkin bergantung pada cara pemantauan kot.. jgn letak anak dlm walker lepas tu leka .. dan jenis walker pun penting... mmg tak lama guna sbb bila dia mula pandai memanjat , mmg xdpt la nak guna walker..bahaya..
    :)

    lepas dia dah mula memanjat dari walker..kitorang mula cari babycourt..

    luas..senang dia main kat dalam,selamat pun selamat..

    BalasPadam
  10. Klo tak nak qhaliff boring, belikan play gym. Mesti leka dia main.

    Ada pro and con bila pakai walker ni daddy ben. Mcm saya memang tak ajar anak pakai walker. Biar dia belajar berjalan atas usaha dia sendiri. Anak saya main tolak2 kerusi jer >_<.

    Selain walker, ada juga product yg boleh merangsang anak berjalan. Antaranya Playskool (Step, start, walk n ride) & Fisher Price Stride-to-Ride Walker.

    BalasPadam
  11. Beberapa thn lepas, kat buletin utama ada keluar satu berita yg rakyat malaysia tak ramai tahu berlari dgn betul. salah satu faktor yg diorg interview doctor ialah penggunaan walker time bayi. sbb permukaan tapak kaki tak letak betul dgn lantai. lebih kurang mcm tu la. sy pun igt2 lupe. tp input penting yg sy igt, penggunaan walker tak elok utk baby.. hehehehe.

    BalasPadam
  12. anak sy guna baby walker jugak.. sgt2 suka dgn walker die tu... last2 umur 17 bulan baru bleh jalan... sbb dah terbiasa dgn walker...

    BalasPadam
  13. http://pediatrics.about.com/od/yourbabyweekbyweek/ss/baby_wk_eight_4.htm
    salam en ben beli Bumbo Baby Seat sgt comel !!!

    BalasPadam
  14. adehhh...boleh pulok cancel last time..jahhahaha...pinggang kena jaga broooo..hahaha

    BalasPadam
  15. sebenarnya depends pada pemerhatian jugak bila anak berwalker nih..dan tgk pada keadaan rumah tu bila ank dlm walker..anak saya Syahmi berwalker jugak..alhamdulilah membantu dia cepat jalan dan dia tak boring.. plus tak de perkara yg tak diingini mcm cedera sana sini..alhamdulillah.. tpi mcm saya ckp kan...masa dia berwalker...mak bapak alert la jgk..so sgt tak adil la klu condem walker tu ..bukan salah walker 100%..alat tu tak salah pon...yg penting pemerhatian ibu bapa..

    BalasPadam
  16. baru je nak bagi nasihat :Lebih baik jangan beli..
    tapi dah buat keputusan, baguslah..=)
    biarlah Qhaliff membesar sendiri tanpa bantuan walker tu..
    kita dulu2 pun takda juga guna walker tu..=p

    BalasPadam
  17. boleh je beli sebenarnya.
    seelok-eloknya beli bila dia dah mula merangkak.
    biar dia merangkak lama sikit, sebab masa merangkak otak kembang dengan pesat. bila dia dah boring, bagi aje la dia main2 dalam walker.

    again, terpulang pada individu juga.
    tapi kalau dah pakar pun kata macam tu, then sendiri leh pikir la kan ngeee..

    by the way, anak saya pun pakai walker...

    cepat aje dia berjalan..

    sebelum setahun dah berjalan.

    wallahualam.

    BalasPadam
  18. 500? huhu..walker mahal tu...anak sulung sy punya tersimpan jadi tukun kat rumah mak lepas abg long banyak kemalangan dgn walker tu..sampai anak ketiga ni serik nak guna..

    BalasPadam
  19. ni dr pengalaman sya...sya bagi baby sya pakai masa umur 3-6 bulan..tapi bila dia dh boleh duduk sya stop kan..anak sya semua pakai walker ni..tak jugalah yg lambat jalan...anak perempuan sya 11 bulan dh lari dah..yang lelaki 1 tahun dh jalan...

    BalasPadam
  20. Bahaya terjadi kalau kita biarkan saja anak dalam walker kononnya dah selamat, lagi satu tips, kalau beli walker beli yang tayar banyak, bagi stabil. Jangan walker murah yang ada 4 tayar ja.

    Anak aku yang sulong pakai walker ok ja..9 bulan dah boleh berjalan.. Tapi jgn terlampau biasakan dalam walker.

    Semua based on my experience..
    1st time komen panjang kat sini...ha ha ha... aku pun bapa cam bro...

    BalasPadam
  21. Sama...xbilkan raid walker...6 bulan sengah dah merangkak..7 bulan dah mula memanjat...means lg sebulan dua berjalan kot..sapa kata guna walker anak lambat jalan..anak lagi cerdik kalau kita biar dia explore rumah sndri tanpa bantuan..jatuh sesikit tu biasalah...selagi xterhantuk kepala, biarkan dia bgn sndri...hehehe

    BalasPadam
  22. Abg sy pulak tak beli walker baby sbb takut org laen yg naik... >_<
    Budak bru nk blajar bjalan ok la. Ni yg da boleh berlari dn panjat pokok~

    BalasPadam
  23. how about baby jumper? 12 tahun dulu akak belikan baby jumper untuk anak akak......

    BalasPadam
  24. sebenarnye depend pada baby tu..sbb akak iffah beli wlker xpakai pon. still ank die lmbt jalan. berbnding ngn ank akk sorng lagi y sebaya

    perkembangan kanak2 tu berbeza...so kalau qhaliff tu macam nak duduk, why not beli walker y boleh lipat rodanya. so utk duduk je. then abg ben kene la jugak peratikan. jgn biarkan dia main sensorng

    BalasPadam
  25. seriusly.. 1st time Nurul tahu walker ni merbahaya kepada baby.. Ilmu pengetahuan bertambah lg.. tq abg Ben.. :)

    BalasPadam
  26. jgn guna walker en. ben tp guna ni...refer to this:

    http://cikd2020.blogspot.com/search?updated-max=2011-12-18T02:45:00%2B08:00&max-results=7&start=7&by-date=false

    exersaucer - lebih kurang mcm walker tp dia x bergerak...

    http://www.evenflo.com/exersaucer.aspx

    BalasPadam
  27. Kalau beli pun x salah.. Seeloknya guna bila perlu je.. Anak saya dah start jln pun sumtime I ltak dlm walkr gak.. Tuk safety.. N fun jgk. Semua prkara pun ada baik buruknya..!!

    BalasPadam
  28. mt twins kadang2 je naik walker itu pun bila dia dah start guling2 n mula merangkak.Alhamdulillah 11 bulan dah mula jalan.tapi make sure kene ikat betul2 kalau tak boleh jatuh

    BalasPadam
  29. rm500?mahainye walker..tp dah beli pon utk anak :)

    BalasPadam