Lepak ngan wakil ZALORA

by - Ahad, September 23, 2012

 

Hehe .. Bila dengar je ZALORA , pasti dalam kepala yang muncul adalah komen komen negatif kan ? Hehehe .. Aku pun begitu gak .. Event pagi tadi yang dianjurkan oleh MBE dan ZALORA di Alamanda mmg membuat aku tak sabar nak bertemu muka dengan wakil dari ZALORA ..

Kenapa lak ? Hehehe.. Aku nak tanya pelbagai soalan pada mereka sebelum aku nak update mengenai mereka dalam blog.. Hehehe .. Syiok wooo ..

Lunch di Black Canyon menjadi saksi segala Q and A aku .. Soalan pertama aku pada mereka , apa pendapat mereka mengenai komen komen negatif yang terdapat di forum internet atau di Facebook ?

Jawapan yang mereka bagi sangatlah memuaskan hati aku .. Mereka akui segala kelemahan yang ada dan mereka berusaha memperbaikinya termasuk mengupgrade sistem yang sedia ada kepada yang lebih terkini agar segala pembelian secara online berjalan dengan sempurna.

Seperkara lagi , kebanyakkan pelanggan tidak membaca Q and A yang terdapat di laman web mereka untuk mereka fahami apa yang harus mereka lakukan sekiranya terdapat masalah .

Memang betul pon kata mereka . Tak dinafikan kita jarang nak baca semua tu . Yang kita tau , beli je terus . Bila jadi masalah , baru nak pening kepala .

Aku bukan nak sebelahkan mana mana pihak . Mereka pun baru lagi dalam dunia online ni ( 5 bulan ) dan masa diperlukan untuk menjadikan mereka ‘sempurna’ sebaik mungkin .. Tu pun kalau korang nak beli barang di internet dengan harga patut .. hehe .. Tak nak , jangan paksa diri ..

Sebarang pertanyaan , korang boleh rujuk terus dengan bahagian customer service yang ada di Facebook dan juga Twitter .. hehehe ..

Tunggu la kot kot ada invitation dari ZALORA sendiri untuk ke pejabat mereka bagi menyaksikan sendiri perjalanan perniagaan online mereka .. Aku dah suggestkan pada mereka ..

Makan tengahari tu berakhir dengan baik sekali dan aku sambung makan kat rumah lak .. lalalala ..

You May Also Like

4 comments

  1. Huhu.. Saya pun pernah terbaca dan buat entry tentang komen negatif terhadap Zalora ni.. ;) Jom support saya dalam entry modelling competition ini.. http://www.aimisyahirah.com/2012/09/rugi-tak-view-entri-tentang-gadis.html

    BalasPadam
  2. a'ahh pernah kwn share link blog berkenaan negative feedback dari zalora,, kesian jugak..maybe sebab baru and ramai permintaan,,so tak menang tangan..and one thing, org tak faham tentang online shopping, dia fikir bayar harini esok terus dapat kot huhu so, kalau fussy buyer better jangan beli online.. peace :)

    BalasPadam
  3. tak pernah try lagi beli dengan zalora ni...sbb pernah terbaca negatif feedback...tapi mungkin baru dalam perniagaan & belum dapat manage permintaan yang banyak lagi kot..

    BalasPadam
  4. rse tkut nk try beli kt zalora..sbb byk sgt negatif psl zalora...& 1 lg mahal2..hihi

    BalasPadam