Denda RM35 ribu jika enggan menyusu bayi !!

by - Khamis, November 04, 2010

 

Jakarta wajib ibu susu bayi hingga 6 bulan

 

JAKARTA: Indonesia meluluskan undang-undang baru yang mewajibkan semua ibu menyusui bayi mereka sepenuhnya bagi tempoh sekurang-kurangnya enam bulan pertama selepas bayi dilahirkan.

Undang-undang yang akan berkuat kuasa awal tahun depan itu menetapkan mana-mana ibu yang enggan berbuat demikian akan didenda hingga 100 juta rupiah (RM35,200) dan setahun penjara.

Pegawai Kanan Kementerian Kesihatan, Tari Tritarayati, berkata undang-undang akan memperincikan bagi syarikat yang mempunyai kakitangan daripada ibu yang menyusui bayi perlu menyediakan kemudahan untuk menyusui anak mereka, memerah dan menyimpan susu.

Katanya, ini penting kerana Indonesia kerap dikritik dan didakwa tidak mengambil langkah sewajarnya untuk melindungi hak ibu menyusu yang bekerja. – Agensi

-BHARIAN-

You May Also Like

13 comments

  1. kalau undang-undang macam gini buat kat malaysia apa reaksinya ye?

    BalasPadam
  2. Susu awal ibu amat baik untuk bayi...kenapalah payah sangat nak bagi kat baby tu..

    BalasPadam
  3. susukanlah bayi anda sebelum anda didenda..hehe
    eh, patutla blog ben ashaari popular..slalu je tengok ada entri baru dlm masa 24jam..

    BalasPadam
  4. kalau malaysia buat camni pun ok..haha..tapi xperlu la denda..cuma sediakan tempat menyusu, facilities segala benda..saya kesian tgk baby2 yang ibunya sendiri tak nak berusaha untuk menyusukan anak.Mereka lebih sanggup bagi susu lembu instead of giving the best milk for their babies..

    BalasPadam
  5. susu ibu tu kan....zat yg paling utama utk bayi....xkan itu pun xnak bg....xsuka ke kal0 baby tu sihat....pelik tuk manusia skng...

    BalasPadam
  6. eh, tajuknya kemain lagik
    ... kalo kenakan denda kat majikan ok le, kalo kat ibu... kena faham gak tak semua ibu2 boleh nyusukan anak.... erk... paham ker?

    BalasPadam
  7. susu ibu baik untuk anak...cuma ibu2 yg tak prihatin je yg tak suka susu kan anak...nak amik jalan mudah bagi je susu lembu..

    BalasPadam
  8. sokong 100% setiap ibu pasti boleh menyusukan anaknya, lain lah kalau doctor sdiri nasihatkan yang ibu tu x leh susukan anak-dikhuatiri memudaratkan (tp kes ni hanya sebilangan kecil sahaja) X de alasan x mo susukan anak-kecuali MALAS! Tambah2 lagi kalau suri rumah..huhuu..kalau org yg bekerjaya pon buleh, xde alasan org lain x bleh buat. Need motivation for breastfeeding --> http://gallerymuslimah.com
    Even sy punya kelengkapan mengepam x secanggih ibu2 lain, storage EBM yg kecil-tapi sy yakin boleh 100% breastfeeding :)

    BalasPadam
  9. ibu yg xbuleh menyusukan ank adelah mereka yg sememangnya tiada payudara dan juga mereka yg mempunyai penyakit dimana doktor tidak menasihatkan dia menyusui bayinya..selain tu takde alasan tuk anda katakan anda tak blh susukan ank sbb ALLAH tidak jadikan payudara wanita sbg organ seks semata2 spt anggapan sstengah org ttp kegunaannya tuk menyusukan bayi..berusahalah dan rajin mencari info mengenai penyusuan bayi serta tanamkan keazaman yg tinggi anda pasti blh lakukannya..menyusukan bayi adalah fitrah semulajadi..

    BalasPadam
  10. alhamdulillah akhirnya di perakui jugak kebaikan susu ibu ni..harap2 nnt malaysia pun akan laksanakan semua ibu wajib menyusu anak2 mereka dan company patut sediakan temp utk menyimpn dn mengepam susu...jgn kita nafikan susu ibu HAK anak2..

    BalasPadam