Lebuh raya Ayer Keroh sesak, nahas lori tangki asid

by - November 29, 2010

 

image

KEMALANGAN yang membabitkan tiga kereta dan sebuah lori tangki membawa asid dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru di KM198, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Ayer Keroh, pagi ini menyebabkan laluan sesak sepanjang tiga kilometer. Setakat ini, beberapa pengguna cedera termasuk pemandu lori tangki yang dikatakan sesak nafas akibat terhidu asid yang tumpah dan mereka kini dirawat di Hospital Alor Gajah.

BERITA LANJUT -

MELAKA: Satu kemalangan membabitkan tiga kereta dan sebuah lori tangki membawa asid dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru di KM198, Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran plaza tol Ayer Keroh, pagi ini menyebabkan laluan sesak sepanjang tiga kilometer.
Lori tangki asid itu dikatakan hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan, kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Ia menyebabkan tangki lori berkenaan terhumban ke seberang jalan arah ke Kuala Lumpur dengan asid yang dibawa tertumpah di atas lebuh raya.

Saksi memberitahu, tiga kereta cuba mengelak tangki yang terhumpan itu dan melanggarnya.
Setakat ini, beberapa pengguna cedera termasuk pemandu lori tangki yang dikatakan sesak nafas akibat terhidu asid yang tumpah dan mereka kini dirawat di Hospital Alor Gajah.

-BHARIAN-

You May Also Like

11 comments

  1. ...oh...biasa saja...sudah terhantuk baru terngadah...

    ..oh..dan biasa saja... kemungkinan untuk asid itu menjadi minuman berkarbonat apakah ada??

    ..oh biasa...kita takkan tahu apa rahsia..

    ..oh..biasa saja..ayuh cari kebenarannya...

    BalasPadam
  2. bahaya betul.. dah la bawak asid.. kalau terkena badan, seksa la hidup

    BalasPadam
  3. hati2 di jalanraya especially time hujan ni..

    BalasPadam
  4. datin stuck on the road smlm . nasib simpang masuk seremban brapa kilometre je. rupenye accident. siannye

    BalasPadam
  5. salam ziarah..

    hopefully takde kecederaan serius yang berlaku.

    BalasPadam
  6. harap2 takde yg terpercik asid tu

    BalasPadam
  7. huwawa~ melaka tuu. kampong nisa . :(

    BalasPadam
  8. Sentiasa berwaspada di jalan raya kerana malang tak berbau.

    BalasPadam
  9. subhanallah..macam2 malepetake sekarang..:(

    BalasPadam
  10. baru je tgk dlm buletin td tp xsempat tgk btl2.. bila baca baru faham.. thanks anyway..
    ALL IN ONE

    BalasPadam
  11. mmg ditggu² berita nie dr BEN..hehhe...sbb mr.BEN sentiase up to date...keep it..hoyee..

    BalasPadam