Rumah Putih sifatkan WikiLeaks 'penjenayah'

by - Selasa, November 30, 2010

 

WASHINGTON: Rumah Putih hari ini berkata laman web pembocor maklumat, WikiLeaks dan mereka bersekongkol dengan membocorkan ratusan ribu maklumat sulit diplomatik adalah 'penjenayah dan ia tidak disenangi Presiden, Barack Obama.

Setiausaha Akhbarnya, Robert Gibbs, berkata mereka yang bertindak membocorkan lebih 250,000 maklumat sulit Jabatan Negara adalah 'penjenayah paling utama' dan terbabit dalam kesalahan yang serius.

“Ini adalah satu pelanggaran undang-undang yang serius, ia satu ancaman kepada individu yang memikul tugas dan menegakkan polisi luar negara," katanya kepada pemberita.

Gibbs bagaimanapun berkata kebocoran maklumat sulit itu bagaimanapun tidak menjejaskan usaha global bagi mencegah kegiatan pengganas atau mempengaruhi polisi luar negara Amerika.
Katanya, beliau difahamkan Obama tidak begitu menggemari tindakan laman web pembocor maklumat itu yang mendedahkan secara terperinci mengenai negara dan pemimpin yang dianggap tumpuan dunia.

Beliau berkata, pegawai Amerika Syarikat kini sedang menjejaki indivisu atau kumpulan yang bertanggungjawab membocorkan maklumat rahsia diplomatik itu.

“Ketika ini memang ada siasatan mengenai kegiatan mencuri dan menyeludup maklumat sensitif dan rahsia,"

 

-BHARIAN-

You May Also Like

5 comments

  1. Humm...bg saya...Wikileaks ni hero...
    dioarang dedahkan maklumat rahsia(slalunya rahsia jahat!!!)....Wikileaks, dedahkan rahsia2 AS!!!!!

    BalasPadam
  2. Serupa dengan orang yang menghina negara di dunia luar.Penjenayah besar juga tu.

    BalasPadam
  3. antaranya tentang maklumat mengenai arab saudi yg mendesak AS menyerang Iran dr membangunkan projek nuklear...

    BalasPadam
  4. tak penah dgr wikileaks ni.. biasa dgr wikipedia jek, takpun wikimap.

    BalasPadam
  5. whaah~~
    seronok nyeh dapat tau pasal2 penjenayah2 ni kan.
    mende yg plh sulit dlm ngre REVEALED!
    gmpak je bunyi.
    pacik pacik. nk tny ni, kn hr tuu post psl teringin nak belaja fotoggragi ni sume kan.
    kan suh msuk TOLAHAH.COM.
    dh msuk tp pase ape ek. dea kua
    TOLAHAH.com je. xde pon dea punye page laen??
    ke sy punye takleh msok?

    BalasPadam