Lain kali jangan sombong !

by - November 30, 2010

 

Hahahaha... lawak lawak !! 5 -0  !! Kena belasah gitu !! Walaupun aku tak tengok tapi mmg satu yang melucukan.. pasukan yang mana pengurusnya banyak mulut dan sering cakap besar akhirnya kecundang dengan bilangan gol yang besar !

Aku peminat REAL MADRID di zaman RONALDO dan ZIDANE .. sejak diorang takde , minat aku terhadap bolasepak terus hilang .. hehehe... Fanatik ? Bagi aku dua dua tu mempunyai aura yang cukup dasat dalam dunia bolasepak .. LEGENDA !

Berbalik pada REAL MADRID, si Mourinho tu suka banget gaduh ngan pengurus lain.. pandang rendah terhadap pasukan lain .. Ingat lagi kata kata dia , PIALA DUNIA tiada memberi sebarang makna pada dia dan ari tu baru je dia cakap ..er..dia ke RONALDO eh ? kata yang diorng nak belasah BARCELONA .. Skang , cuba baca artikal ni ..

image

MADRID: Jose Mourinho menghadapi mimpi buruk apabila skuad bimbingannya Real Madrid dibelasah 5-0 oleh Barcelona di Camp Nou, awal pagi tadi, sekali gus kekalahannya pertama sejak menjadi jurulatih kelab itu musim ini.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Barcelona melonjak ke kedudukan pendahulu Liga Sepanyol.

Wira Sepanyol ketika final Piala Dunia Afrika Selatan, Xavi dan Pedro Rodriguez meletakkan Barcelona di depan sebaik perlawanan memasuki minit ke-17.

Penyerang Sepanyol David Villa menambah derita Real dengan melakukan dua jaringan pada minit ke-54 dan minit ke-56.
Pemain gantian Jeffren Suarez kemudian menjadikan gol kelima Barca pada minit-minit terakhir permainan.

Ia adalah kemenangan kelima berturut-turut Barcelona dengan jurulatihnya, Pep Guardiola mempertahankan rekod tanpa kalah musim ini.

Mourinho pula nyata tidak mampu mengulangi kejayaannya ketika membimbing Inter Milan musim lalu yang berjaya mengalahkan Barcelona pada peringkat separuh akhir saingan Liga Juara-Juara Eropah. - AFP

-BHARIAN-

You May Also Like

18 comments

  1. ronaldo & zidane = mmg setuju! lepas diorg takde rasa malap semacam je

    BalasPadam
  2. huhu...ingat kan sape lah sombong tadi...

    BalasPadam
  3. itu la bila tak hingat dunia...
    5-0... banyak gila tu... :D
    aku follow Barca ajer.. itu pun bukan fanatik pun... :D

    kuman "MH-60K Blackhawk SOAR pulak!!" Entry

    BalasPadam
  4. jgnkan dlm sukan, dalam dunia blogging pun ada juga yg sombong.Rugi jadi org sombong ni.

    BalasPadam
  5. Salam Tuan Ben belasah aje aku pun minat gak kat bola nie :)

    Entri Terbaru "Aku Menulis Ikut Cara Aku"

    BalasPadam
  6. ngeh3~~ sonok tgk real kalah..hahaha..meh tgk kt cini...

    http://www.matchhighlight.com/spanish-la-liga/barcelona-v-real-madrid/

    BalasPadam
  7. salam Ben.

    part2 ni kita lomah skit..
    tak ikuti perkembanganlah..hehe

    BalasPadam
  8. Abg Ben - pasal kekalahan real marid ini memang kecoh.. 5-0 tu..xpenah dalam sejarah kedua pasukan menang sebesar ini...Keangkuhan mourinho dh tercalar dh...

    BalasPadam
  9. agreed. da lip lap lip lap da dorang~

    BalasPadam
  10. haha..sape peminat cristiano ronaldo sini...haha...nanges ko..5-0 tu...hahaha...abg ben..hepi besday!!!..smoga murah rezeki..pnjg umur..slmt dunia & akhirat.Amin

    BalasPadam
  11. kat blog gue pun ada highlight...keh3...memang heaven lah barca..huhaa

    BalasPadam
  12. nak tengok hightlight antara real madrid vs barcelona, terjah blog nazterjah...nazterjah ada sediakan..abg ben nak tgk pon le...

    BalasPadam
  13. real madrid mmg real ayam...
    tu la..belagak gile lg..
    lalala

    BalasPadam
  14. ahahaha. dulu pun minat real madrid masa star2 yang veteran2 ramai kat sana. skrg dh tak minat. here we go barca! :P

    *yg penting davidvilla. ngahhahaa

    BalasPadam
  15. Real kalah tak kesah pun....yg pntg MU mng beso ngan Blacburn 7-1

    BalasPadam