Saman Trafik Diberi Diskaun

by - Selasa, November 30, 2010

 

Berkuatkuasa esok, semua saman trafik yang diselesaikan dalam tempoh 15 hari akan diberi insentif 50 peratus dari kadar kompaun sebenar.

Insentif berkenaan bagaimanapun hanya untuk saman yang dikeluarkan selepas 30 November 2010.

Trafik PDRM dalam satu kenyataan memaklumkan pihaknya menawarkan satu kadar kompaun munasabah bagi semua saman trafik mengikut ketetapan.

Bagi saman yang dikeluarkan pada atau sebelum 30 November 2010, kadar munasabah akan diberikan secara automatik bagi semua kaedah pembayaran sama ada di kaunter trafik, pejabat pos atau internet.

Namun kenyataan tersebut tidak menyatakan kadarnya.

Manakala bagi saman yang dikeluarkan selepas 30 November, insentif akan diberikan secara automatik.

Jika diselesaikan dalam tempoh 15 hari, insentif 50 peratus dari kadar kompaun sebenar diberi.

Selepas tempoh itu sehingga hari ke-30, insentif 30 peratus.
Bagi yang gagal menjelaskan saman dalam tempoh berkenaan, bukan sahaja tidak akan mendapat sebarang insentif, malah berdepan tindakan disenarai hitam.

Orang ramai yang mempunyai sebarang kemusykilan boleh berhubung dengan mana-mana pegawai trafik daerah, kontigen atau Bukit Aman.

-TV3-

You May Also Like

9 comments

  1. hahaha..org tak byr2 saman akhirnya bg diskaun la pulak..bagus2.

    BalasPadam
  2. bermakna sape2 dapat saman mulai esok & bayar dlm tempoh 15 hari dapat diskaun? hehehehe, ingatkan saman2 yang lepas dapat diskaun kalau di bayar dalam tempoh 15hari mulai esok. pelik...diskaun pe kejadahnya tuh?

    BalasPadam
  3. saya ada 3 saman nk kena bayar ni..tolong...saper ada kenal2 leh kasi diskaun byk sikit...bayangkan had laju 80km/j kat jln 2 line...huhu..maner leh tahan..mesti nk duk belah kiri pny...huhu

    BalasPadam
  4. Ni kena cpt2 check saman yang ada ni and harus mintak tolong Hubby byr cpt2...Hehhe

    BalasPadam
  5. pada saya ini inisiatif positif bagi membantu pembayar saman, juga sebagai pengajaran kepada mereka supaya ikut peraturan di lain kali.

    BalasPadam
  6. dh sedekah 600 kt pdrm last 3 months utk saman ekor tahun 2008 :(

    BalasPadam
  7. nak bantu rakyat, apa salahnya, kalau dah salahn kita nak buat macam mana bayar la..

    BalasPadam
  8. saper ada masalah saman, saya boleh cuba selesaikan,Insyallah

    BalasPadam
  9. @Shahazrin

    bolehkah anda tolong? actually ad saman ekor kat alor star..kete kat johor,tp kena kat alor star..ay.buntu sgt ni..mcm mana nk hubungi anda?

    BalasPadam