Stok susu ibu Qhaliff dah abis ..

by - Khamis, Ogos 16, 2012

 

Suh berlakon skit untuk menagih simpati .. Olololoooo …

 

IMAG3026-1-1

Stok susu ibu ( SI ) dah ibarat kais pagi makan pagi .. kasi petang , aku je makan sengsorang .. haaa .. gitu la gamaknya .. Dimanakah puncanya ? Segala petua , dah ikut . Ubat dah telan .. Namun pengeluaran SI ibarat bekalan air terawat di Selangor . Orang ni salahkan orang ni.. orang tu salahkan orang tu. Yang garu kepala , mamat kat atas tu haa .. Nasib baik masih ok lagi.. Kira tak perlu la aku g jual tisu kat tepi jalan untuk dapatkan SI ni .. hehe ..

Apakah puncanya ? Aku rasa satu jer .. STRESS .. Ibu yang bekerja pasti mengalami masalah ini . Masalah ini turut sama berlaku pada kawan aku yang mana terpaksa bawa babynya ke pejabat bila stok abis. .. Apakah perlu Qhaliff pon begitu juga ? Nyaris gak .. Aku ada cadangkan gitu .. Dah tak nak bagi susu tepung , jadi nak wat camana kan ? Aku kalau ada susu , aku kasi dah.. Aku sendiri pon tak cukup susu .. haaa ..

Aku tak salahkan mana mana pihak pon .. Ada rezeki , ada laa .. Setakat ni , Qhaliff masih ok la.. Masih kenyang dengan SI .. Aku tak curik pon walau setitik ok ! Haaa.. Jangan pk gituuu .. Yer , aku tauu .. korang tak pk pon gitu ..

Nasib baik nak cuti panjang .. Pasni , harap boleh mula tingkatkan produksi selepas berehat lama ..

You May Also Like

15 comments

  1. banyakkan minum sup..dlu sya buat sup ayam + betik muda...

    BalasPadam
  2. lobak putih pon bagus...tuk banyakkan susu badan

    Boleh pelbagaikan dalam masakan:)

    BalasPadam
  3. Pasni cuti panjang wife kena banyak menyusu qhaliff..Dari situ, qhaliff boleh membantu stimulate balik susu tu...Sucking baby adalah stimulate yg plg brkesan bila kurang susu..Lagi lama baby nyusu,lagi byk susu akan keluar.

    BalasPadam
  4. Mudah2an banyak balik le SI tu ye.Petua akak tak tau tapi mmg betullah kata Ben.Tak boleh stress.

    BalasPadam
  5. betul tu ben... kadang2 semangat ibu nak bagi anak dia susu ibu sepenuhnya tu yang boleh jadikan ibu tu stress.. bukan kerja saja.. saya alami masa 1st dan 2nd baby.. now 3rd dah ok.. kadang2 ibu feel down bila susu diperah tak dapat mencukupi keperluan anak sehari.. itu jadikan ibu stress..(walau ada org lain bagi peransang, ini tak akan membantu ok).. walau guna alatan mahal pun..yg penting si ibu kena tenang dan tenang dan tenang... insyallah hasilnya akan berjaya.. cuma cakap dgn wife, baby lelaki memang kuat menyusu lebih2 lagi bila melalui botol susu yg lagi laju lagi direct..jangan rasa down sangat bila terpaksa campur susu ibu dgn formula..setiap org ada masalah dan ada yg kdg2 hanya jumpa penyelesaiannya selepas beberapa tahun..eh sory terpanjang pulak komen..

    BalasPadam
  6. bnyakkan menyusu bila time cuti nnt...cik sue pun mengalami mslh yg sama tpi dah boleh recover balik..

    mmg tak boleh stress, lagi satu amalkan makan kurma dan minum soya insyaAllah susu akan banyak..

    lagi satu paling penting walaupun susu tak bnyk teruskan pam susu tanpa putus asa.. =))

    BalasPadam
  7. try mkn kurma byk2..dan kene kerap pump..mudah2an berhasil..

    BalasPadam
  8. Insya Allah nanti baby depan mata ..dengan lajunya susu keluar bila direct feeding. Bulan puasa ni memang bekalan susu merudum tapi Insya Allah boleh bertahan lagi tu.

    Nak dekat pilihanraya memang banyak masalah ... biasa la tu

    BalasPadam
  9. kayrul pun alami masalah yang sama macam wife abg ben...dah macam petua cuba tak berjaya...anak kayrul campur, SI dan FM...dah abis usaha tapi susah makin berkurang dari hari ke hair..kita plak yang jadi stress bila pikir pasal susu

    BalasPadam
  10. suh wife makan minyak kelapa dara

    BalasPadam
  11. banyakkan makan sup dan buah betik...
    garu2 kepala la nampaknya yer Qhaliff kalau macam ni.. hahahahaha..

    BalasPadam
  12. abg ben oi..sy ni ari2 hubby bwk bby g opis sy utk susukan die.time lunch plk sy runner blk umah.sy tpaksa amek WP1 so bleh blk awal susukan anak.sy keje Jab.Perangkaan,tp opis kt Minlon, Serdang sbb bgnn kt Pjaya tu x mampu nk tggung staff reramai. Bygkanlah ari2 sy berulang bape kali dr Presint8 ke Serdang semata-mata demi SI.Tp nikmat je ble tgk anak kekenyangan!!abg ben g la bwk bby g opis kalo perlu. abg ben kt surarumah,senang.

    BalasPadam
  13. da nak start cuti raya ni.. sepanjang cuti ni banyakkan direct feeding. Buat power pumping sekerap mungkin.. paling bagus buat power pumping sebaik bangun tido nak solat subuh dan sebelum tidur..kalau rajin lebih sikit tiap kali lepas direct feeding tu pam kejap..tak kisah dapat banyak mana sbb yg penting stimulation..

    product cuma booster je. yg paling penting stimulation.

    good luck!

    BalasPadam
  14. bro ben, sy suggest wife bro buat power pumping, direct feeding sebelah smbil pam sebelah, mkn fenugreek (halba). anak sy pun br 5 bln.

    BalasPadam
  15. teruskan menyusu, rugi qhalif kecik lagi..iallah ada susu tu, suruh qhalif hisap je, iallah boleh produce susu tu semula..jangan putus asa dan down, dan jangan stress..

    BalasPadam