Gambar hiasan
Bayangkan pemandu kereta pakai headphone sebesar tu kemudian memandu kereta .. Kalau pandu kereta dalam rumah dia sendiri tak pe la .. Kalau kat luar ? Camana ?
Apa masalahnya pulak ? Lantak laa kan nak pakai headphone sebesar mana kan ?
Ceritanya begini .. Semalam , sewaktu aku memandu dari Bangi nak pulang ke rumah .. Sampai kat satu simpang ni , ada sebijik Myvi keluar dari simpang tanpa tengok pon kehadiran kereta lain .. Signal pun tak bagi nak masuk ! Aku hon sekali .. Toleh pun tidak .. Apatah lagi nak angkat tangan untuk mintak maaf ! Ego betul makhluk ni haa ..
Angn ? Tentu laa.. membahayakan aku dan keluarga aku .. Aku lajukan kereta untuk selisih dengan dia .. Dia lajukan lagi kereta dia. Dari belakang , nampak la dia guna headphone sebesar tu haaa ..
Aku follow dia dari belakang. Aku tau kat depan tu nanti dia akan berenti sebab ada traffic light . Jangkaan aku tepat ! Aku berenti betul betul sebelah dia dan aku angkat tangan tanda aku marah .. Bukan bagi jari tu tapi macam nak bagitau ..
“ Buta ke ?? “
Dia nampak dan gerakkan kereta dia dan langgar lampu merah tu .. Aku pun follow dari belakang .. Terus bagi lampu besar ! Lantak laa.. Berenti ? Aku mmg dah bersedia dah .. Angin beb !!
Tapi dia terus blah … huh ! Geram dan mengigil aku .. Hilang kawalan kerana menurut amarah aku … Satu kesilapan yang tak patut aku buat langsung ..
Hurmm .. Tujuan aku sebenarnya bukan untuk bergaduh tapi untuk sedarkan dia akan tindakan dia tu membahayaakan orang lain yakni memakai headphone tu haa.. Confirm leka dengar lagu sbb fikiran kita kan tumpu pada apa yang kita dengar tu haaa ..
Silap dia … dan juga silap aku .. hurm…