Tengah sedap sedap dia tidur , tetiba dia menangis .. Kalau dia menangis masa ni , mmg kelam kabut la skit.. Sebabnya, takde intro.. Terus ke korus ! Apa yang dia mimpi eh ?
Menurut babycenter.com.my , bayi muda mempunyai lebih banyak tidur mimpi daripada orang dewasa. Mengikut pakar tidur AS, Dr Richard Ferber, bayi pramatang menghabiskan sekitar 80 peratus masa dalam tidur mimpi REM (rapid eye movement) dan 50 peratus menjelang cukup bulan. Ini jatuh ke 33 peratus menjelang usia tiga tahun dan mencapai peringkat orang dewasa, iaitu 25 peratus menjelang 10 hingga 14 tahun.
Tidur mimpi dianggap satu masa penting untuk membolehkan semua pengalaman kita difailkan, oleh itu, memang penting untuk bayi yang sedang membesar dan berkembang cepat.
Jadi , jangan pelik la yer kalau baby kita tu tersenyum sewaktu tidur. Tu bukan dia mimpi basah tau !! Jangan mengatal lak suruh mandi wajib .. haaa ..