Memalukan .. Rasulullah s.a.w dan para sahabat dah tunjuk contoh. Kenapa ada yang tak nak ikut ? Kalau ada yang nak ikut pun , masih ada yang berhati busuk untuk menidakkannya !
Di Uruguay , Presiden Jose Mujica, mendapat gelaran unik iaitu Presiden Termiskin apabila dia menyumbangkan 90 peratus daripada gajinya kepada rakyat negara itu !!
Menurut sebuah akhbar , dia menerima gaji AS$12,500 (RM38,132) sebulan tetapi dia hanya mengambil kira-kira 10 peratus atau AS$1,250 (RM4,575) untuk kegunaan sendiri !
Katanya gajinya itu mencukupi untuk dia dan keluarga dia saja. Apakah dia dan keluarganya tinggal di rumah mewah ? Jawapannya , pasangan suami isteri itu menetap di sebuah rumah petani di Montevideo dan memiliki seunit kereta Volkswagen Beetle bernilai kira-kira RM6,000.
Fakta : Uruguay menjadi satu daripada negara paling rendah kadar rasuah di Amerika Selatan dan presiden ke-31 negara itu, Herbert Hoover, tidak pernah menerima sebarang wang daripada dana awam bagi mengelakkan dia dikaitkan dengan rasuah.
Amacam ? Ada tak calon calon PRU untuk diundi macam mereka ni ? Kalau ada , aku nak kempen untuk mereka .. bleh ?
Sumber berita , Hmetro Online.