Walaupun bersifat kontrak jawatan aku tu , ada yang tak sanggup lepaskan kerana ada ura-ura untuk ditetapkan . Aku bukan tak pernah dapat tawaran jawatan tetap tapi tak berminat nak tetap sebenarnya. Tiada kebebasan ! Hahaha .. Bodoh kan ? Tapi itulah aku sebenarnya.. Tak suka terikat ..
Baru-baru ni , bonus untuk penjawat awam diumumkan . Sebulan setengah kan ? Walawei syioknyaaa .. Alhamdulillah .. Ada kawan tanya kat aku , apakah aku menyesal berenti kerja ?
Jawapan aku ? Seriussss .. aku sangat sangat sangat menyesal kalau tak berenti .. hehehe .. Tentulah tidak sama sekali ! Sebabnya , sejak aku jadi penulis blog amatur ni , rezeki aku mmg mencukupi hingga ke hujung bulan. Bukan riak tapi kena usaha keras ! Bukan goyang kaki wooo duit masuk ..
Aku tak la suruh korang berenti kerja kerajaan pon .. Ada yang suka kerja di pejabat dan ada yang tak suka terutamanya diperintah itu ini dan terpaksa angguk .. Haaa ..
Jika ada peluang untuk memeriahkan hidup kita , kenapa tak cuba kan ? Hidup ni sekali jer.. Kena bijak curi peluang yang ada depan mata . Aku tak mampu buat dua kerja sekali gus .. Antara blog atau kerja tetap ? Kena fikir gak keberkatan gaji kita tu , kan ?
Aku suka keadaan skang .. Qhaliff pon depan mata aku 24 jam ..
Rumah aku yang sedang diubahsuai tu sedang diduduki beberapa orang pekerja kontraktor tu .. Bukan tak percaya kat diorang .. Tengok muka pon , ok la .. Ramah bila bertegur sapa ..
Tapi… hurmmm .. risau gak kan ? Mana la tau kot ada yang mahir selok belok pasal kunci dikalangan mereka tu kan ?
Kalau nak tukar , perghhh .. Depan belakang , kena tambah selak lagi .. Solex bapak besar gajah kena taruk ! Dan aku rasa macam nak letak alarm ADT jer ..
Walaupun rumah aku tu yang mahal cuma tv lcd harga RM800 jer .. tapi penyangak bukan kisah pon. Sekali dapat masuk , mmg malapetaka la buat keluarga !
Hurm.. masalah gak kan bila buat ubahsuai rumah ni .. Tapi tu la .. Mana ada senang nak senang kan ?
Anda ada resdung ?
Kulit yang kusam?
Kulit yang tidak sekata?
Kulit yang berjerawat & berjeragat?
Dan pelbagai masalah kulit yang lain?
Dah puas gunakan pelbagai jenis produk skincare tapi masih kecewa dengan hasilnya?
Sudah Terbukti Keberkesanannya.. Saya sudah cuba.. Anda bila lagi ??
" Keberkesanan Terbukti Harus dikongsi Bersama... Jangan di simpan-simpan "
** FREE POSTAGE
** FREE GIFT
CEPAT!!! GRAB NOW !!
Klik SINI
Gambar PERTAMA KALI Qhaliff seusia 1 hari hingga ke 6 bulan .. Lahir , pertama kali naik kapal terbang , pertama kali ibunya mendodoikanya , pertama kali botak , pertama kali beli barang mahal untuk dia , pertama kali tidur hotel , pertama kali berendam di kolam , pertama kali makan dan pertama kali gunting rambut. Banyak lagi ada .. Tu nanti Qhaliff baca je la dalam blog eh ..
Selamat hari lahir yang ke Setengah Tahun yer sayang … Semoga terus membesar dengan jayanya yer.. hehehe .. Daddy pon dok membesar dengan jayanya gak ni ..
Perhatikan kaki kirinya .. Pasti akan berada di tempat yg lebih tinggi .. Itulah cara aku bila baring.. akan meletakkan di satu tempat yang tinggi sedikit dan aku sememangnya kidal ..
Qhaliff kidal jugakkah ? Kalau kidal .. ini bermakna.. bermaknaaa… hurmmm
Qhaliff belum tidur .. Tadi dalam kereta , dia dah tidur .. Semasa kat restoran tadi , dia dah tidur.. Di bahu aku ! Satu kenikmatan yang tak terhingga yang aku rasakan ..
Aku pasti semua parents mengiyakan apa yang aku katakan tadi. Bila anak tertidur di bahu kita, terasa satu aura kasih sayang yang tidak berbelah bagi antara si anak dan ibu bapanya ..
Dah senyap .. itu bermakna maknya berjaya menidurkan Qhaliff .. hehehe .. Tahniaahh.. biasanya aku yang bagi tidur time time gini tapi saja bagi Qhaliff manja ngan mak dia lebih skit .. Padahal malas ? Eh , tak laa.. Aku tak nak Qhaliff lebihkan aku sangat ..
Tapi cara nak tidurnya berbeza la.. Aku kena bergurau senda hingga dia benar benar mengantuk.. Dan ibunya , pasti dengan cara mereka yang lelaki takkan mampu buat .. hehehe ..
Selamat malam .. nak layan movie lak ..
“ Kau pakai beg LV cetak rompak je ke ?? “
“ Aa.. kenapa ? Salah ke ? “
“ Hahahaha .. kesiannnyaa .. “
Pelik kan ? Pasal beg atau pakaian pun boleh jadi isu untuk ketawakan orang atau jadi bahan mengumpat ..
Oh dunia …. Dalam kubur tu , muat kita seorang je pun ..
Kalau dia keturunan Goku , ini bermakna aku Goku la kan ? Ehehe ..
Ada yg tanya , mcm tk gunting rambut je Qhaliff ? Gunting je pun.. bukan kasi botak. Oter mana mana yg patutu jer .. hehe ..
Apakah tarian kuda kengkang ni jugak ke kita nak ikut ? Apakah kita tak boleh cipta tarian sendiri ? Bukankah kita ada banyak pakar ? Kan dana ada .. Buatlah pertandingan .. Mana yang juara mencipta tarian senamrobik yang baru , popularkan laa .. Kenapa perlu tiru ?
Satu per satu kita tiru pastu kata kita punya .. Paling tidak pun kata budaya nusantara .. Yang ni nusantara ke ? Kalau tarian kebudayaan Korea tu ok la jugak .. Bertukar budaya. Yang ni ???
Kalau anak anak tanya , mana asal usul tarian ni ? G tengok youtube.. Dengan perempuan yang tak .. hurmmm .. Fikir la baik buruk sikit bila nak meniru ..
Pelik .. makin bijak manusia makin malas berfikir .. Termasuk aku gak laa..
Perghhh ! Macam tak percaya jer apa yang aku tengok dalam filem ni ! Tak sangka mutu filem ni sebijik Hollywood .. Pada mulanya aku tengok filem ni , aku teringatkan filem THE ROCK lakonan Nicholas Cage dan Sean Connery yang best giler tu ..
Filem ni , mengisahkan skuad khas polis Indonesia yang terperangkap di dalam bangunan yang dimiliki oleh gengster paling ganas di bandar tu . Misi mereka mudah tapi menjadi sukar kerana salah seorang mereka adalah polis korup ! Tadaaa .. bermulalah episod Hollywood..
Aksi tembak menembak dan bergaduh , mmg mengujakan aku.. Real wehhh .. Tak sangka made in Indonesia ! Maaf , bukan menidakkan filem kita tapi bila aku tengok ada filem aksi yang box office giler babas punya kutipan serupa filem Hong Kong zaman Jacky Chan mula mula nak nak.. Bukan kutuk tapi sekadar pandangan ..
Psst… Polis kat bawah ni muka ala ala Khairul Fahmi Che Mat .. hehe .. Tapi aku rasa mamat bawah ni hensem lagi .. Nasib baik dia bukan kat Malaysia kalau tak, ramai awek confirm crush bom bang.. hahaha .. Jangan marah aa ..
Aksi ‘berdarah’ , mmg ala ala Rambo laaa .. Meletup letup darah aihh .. huhu ..
Tapi terlalu banyak sangat aksi gaduh menyebabkan aku jadi bosan skit .. Walaupun gaduh dia best tapi jadi boring ..
Apa pun , filem ni berbaloi untuk dijadikan koleksi .. Maklumlah , free .. hehehe ..
Seawal pagi dia jaga .. Turut sama ikut mak dia jaga .. Dan aku yang tidur lewat malam tadi akibat tengok movie yang menarik ( nanti aku bagitau eh ) , pastinya satu penyiksaan buat aku.
Tapi bila tengok muka dia.. dia senyum .. Ilang kejap ngantuk aku. Ilang 1 minit jer .. huhu ..
Satu pose selepas kenyang makan dan minum susu .. ke hisap susu ? Ke ? Apa apa je la.. Janji korang faham ..
Haaa.. nampak cam keras kan ? Rileksss .. aku tak campurkan lagi dengan susu ibu dalam makanan tu agar cari .. saja je wat gempak petang petang ni ..
Zasss .. lepas siap segalanya.. Mandi pun sudah .. Maka masa untuk tidurkan dia balik .. Malangnya , dia tak nak ! Dari dia bangun kul 10 pagi tadi hinggalah kul 1230.. baru dia nak lenaaaaa.. Puas gak la aku dok main ngan dia ..
Bila dia dah tidur , barulah aku berpeluang nak tangkap lelap jap … huhu.. Sementara tunggu bantuan susu tiba pada waktu lunch .. hehe.. Daddy lapar tak pe.. anak jangan lapar .. kan kan ?
Taaaapppiii…. 10 minit kemudian , dia jaga dengan mata yang cerah dan kembali menjerit suruh dukung !! Heeelllppp !!!!
Gambar semalam … Qhaliff dengan blogger , Broframestone di Alamanda ..
Gambar yang tidak berwatermark ni aku jumpa di Facebook. Maaf la yer kalau tak bagi kredit sbb aku pun tak tau empunya dan gambar dalam tu pun seperti perempuan omputer yang telah diedit supaya nampak gitu .. Tak baik edit gitu.. Jadi fitnah kooo ..
Pada mulanya aku terkejut gak .. teror giler dia lambung setinggi tu tapi bak kata orang , jangan mudah percaya pada gambar .. Baca komen tu dulu .. Menurut salah satu komen , katanya diedit. Aku percaya la sbb mana ada mak giler nak lambung anak setinggi tu kann .. huhu ..
Aku ngan Qhaliff lak .. setiap kali aku angkat dia tinggi tinggi ( bukan lambung ) , wife menjeling geram ! Haahaha .. Teringat satu isu dulu yang mengemparkan sesetengah blog. Al maklumlah , waktu tu baru sangat dalam dunia blog. Dah berlalu pun isu tu .. Rasa cam artis lak blogger ni kan ? Banyak benar kontroversi ..
OOk .. tolak tepi part cerita lama.. Tutup buku.. Boleh ke tidak lambung bayi ni ? Macam macam pendapat , informasi ada mengenainya. Baguskah ?
Carilah sendiri eh .. hehehe .. Kang aku tulis dalam ni , macam macam pendapat ada .. Kang ada yang terasa lak.. Jadi , korang la kongsi sendiri apa yang korang tau .. Aku , okeh kan aja ..
Inna lillahi wa inna ILAYHI raji'un
"(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh suatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."
Dari keratan akhbar Hmetro Online hari ni .. Takziah buat mereka dan Al-Fatihah dari kami ( saya dan rakan pembaca blog ).
Dalam kita dok termenung mengenang nasib diri , dalam kita tak sangka, ramai lagi yang lebih tidak bernasib baik berbanding kita . Apakah kita perlu tewas dalam perjuangan hidup ini ?
Apa yang berlaku , ada hikmahnya. Adakalanya kita terlalu leka dan lena dibuai mimpi hingga ALLAH menurunkan satu kejadian yang kita tak sangka membuatkan kita tersedar yang kita cuma sementara di bumi-NYA.
Hurm .. terlalu leka dan lalai kita ..
Yup .. tu gambar aku tapi akaun ni bukan milik aku. Dengan menggunakan nama HARITH ISKANDAR , dipercayai orang ni membuat fitnah terhadap orang lain antaranya Menteri Besar Kelantan , Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat ..
Aku malas nak ulas lebih panjang sbb ni bukan pertama kali salah guna gambar berlaku dalam internet . Buat mereka yang dah tau , terima kasih kerana beritahu kat aku . InsyaAllah , dalam masa terdekat , aku akan buat laporan polis .
Terima kasih ..