Walaupun bersifat kontrak jawatan aku tu , ada yang tak sanggup lepaskan kerana ada ura-ura untuk ditetapkan . Aku bukan tak pernah dapat tawaran jawatan tetap tapi tak berminat nak tetap sebenarnya. Tiada kebebasan ! Hahaha .. Bodoh kan ? Tapi itulah aku sebenarnya.. Tak suka terikat ..
Baru-baru ni , bonus untuk penjawat awam diumumkan . Sebulan setengah kan ? Walawei syioknyaaa .. Alhamdulillah .. Ada kawan tanya kat aku , apakah aku menyesal berenti kerja ?
Jawapan aku ? Seriussss .. aku sangat sangat sangat menyesal kalau tak berenti .. hehehe .. Tentulah tidak sama sekali ! Sebabnya , sejak aku jadi penulis blog amatur ni , rezeki aku mmg mencukupi hingga ke hujung bulan. Bukan riak tapi kena usaha keras ! Bukan goyang kaki wooo duit masuk ..
Aku tak la suruh korang berenti kerja kerajaan pon .. Ada yang suka kerja di pejabat dan ada yang tak suka terutamanya diperintah itu ini dan terpaksa angguk .. Haaa ..
Jika ada peluang untuk memeriahkan hidup kita , kenapa tak cuba kan ? Hidup ni sekali jer.. Kena bijak curi peluang yang ada depan mata . Aku tak mampu buat dua kerja sekali gus .. Antara blog atau kerja tetap ? Kena fikir gak keberkatan gaji kita tu , kan ?
Aku suka keadaan skang .. Qhaliff pon depan mata aku 24 jam ..