Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un .. Bayi yang baru berusia 8 bulan ini bernama Nur Irisyafida Balkis meninggal dunia setelah enam hari tidak sedarkan diri dipercayai didera oleh teman lelaki ibunya.
Bayi itu mengalami tiga keretakan di tempurung kepala, patah tangan kanan dan kaki kiri dan dimasukkan ke hospital pada Khamis lalu dan disahkan meninggal dunia pada 2.30 petang semalam di Hospital Sultanah Nora Ismail , Batu Pahat , Johor.
Bagaimana dia didera masih belum diketahui. Apa pun g cari suratkhabar esok. Jangan tengok online sbb dia suruh baca kat akhbar yang dibeli punya .. Hehe .. Tak tau la kot kat gerai roti canai mamak ada ke tak ..
Takziah buat keluarga bayi tersebut. Dan harapnya yang bersalah tu , dapatlah hukuman setimpal. ..
Macam aku selalu cerita dalam blog .. Bukan semua orang mampu sabar dengan bayi kecil kecualilah dia ada pertalian. Tu pun bukan semua .. Hurmm ..
Bila aku cerita , ada yang kata bosan … Hehe.. Apa kesss ..
Al-Fatihah .