“ Seorang juruprogram komputer mengupah seorang wanita untuk menamparnya setiap kali dia melayari Facebook ketika bekerja.
Maneesh Sethi membayar upah kira-kira RM25 sejam kepada wanita terbabit, dikenali sebagai Kara, bagi membantunya menumpukan perhatian kepada kerja, sekali gus meningkatkan produktiviti. Sebelum ini, Maneesh memaparkan iklan mencari seseorang yang mampu memerhatikannya bekerja di pejabat.” – Hmetro
“Ini seriussss” .. Hehe.. cakap ala ala Wonderpets .. Memang tak dinafikan majoriti manusia bekerja di pejabat akan online FACEBOOK pada waktu pejabat. FACEBOOK dah ibarat sarapan pagi , makan tengahari dan minum petang bagi mereka yang duduk atas kerusi empuk di pejabat. Takkan boleh lari punya. Yelah , bukan semuaa ..
Bukan apa .. FB ni macam macam ada .. Kadang kadang maklumat pun disalurkan kat sana . Kalau tak tengok , ketinggalan kita kan ? Eceh .. alasan baik punya ..
Dulu , aku pun gitu tapi tak la gila sangat ngan FB tapi lebih pada blog .. ehehe .. Bukan nak blogwalking tapi dok giler update . hehehe … Tu pasal aku tak keje dah .. Biar aku gila sorang sorang kat rumah . Bos pun tak sakit hati. Keberkatan gaji pun tak dipersoalkan .. kan kan ?