Waah… Kecemerlangan KSN baru diteruskan lagi ! Baguslaahh .. Nampaknya khabar angin yang mengatakan Ketua Setiausaha Negara , Datuk Sri Dr Ali Hamsa jauh lebih bagus dari yang lama tu haa , ternyata benar sama sekali ! Tahniaahh !!
Menurut Berita Harian Online , kira-kira 1.4 juta kakitangan perkhidmatan awam dijangka menerima kenaikan gaji tahunan sehingga lima peratus mulai tahun depan.
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata skim gaji kakitangan awam yang masih dalam kajian itu bakal merentasi semua peringkat. Proses penilaian semula skim gaji itu sudah bermula, namun penelitian secara mendalam hanya akan dilakukan tahun depan.
InsyaAllah .. Kalau ada rezeki , ada la kan .. Harapnya , blogger pasni pon leh naikkan gajinya .. hahahah .. Gaji blogger , ada la caranya ..
Pasni , penjawat awam yang tetap tu , terutama yang dok bagi alasan gaji kecik , maka keje pon kecik je harap lebih bersungguh-sungguh la yer .. Jangan datang , lepak .. main game .. layan internet sampai ke petang .. Bila suh buat kerja , muka cam dapat notis berenti kerja jer ! Berubahlah yer.. Tak nak , ramai lagi nak kerja. Berenti je kerja .. Balik kampung , jadi pengusaha taik mata ..