Persoalannya , sampai bila ? Bukan apa , hujung bulan ni aku pindah keluar dah dari Putrajaya .. Nak datang gym ni , tak la jauh tp perjalanannya evil dead skit .. hahaha ..
Published with Blogger-droid v2.0.9
Persoalannya , sampai bila ? Bukan apa , hujung bulan ni aku pindah keluar dah dari Putrajaya .. Nak datang gym ni , tak la jauh tp perjalanannya evil dead skit .. hahaha ..
Baru balik dari rumah baru aku . Pastu singgah restoran yg biasa aku singgah utk mkn malam ..
Pelik .. Tak ramai pelanggan kat restoran dia .. Biasanya nak parking kereta pon susah tp kali ni dua tiga bijik kereta jer !!
Aku turun g tgk .. Hurm... Tak semeriah dulu .. Tak tau la samada chef dia cuti raya lagi ke atau ? Pk positif ..
Tapi disebabkan nampak mcm tak meriah serta dipenuhi lalat ( lama dah ada byk lalat tp masa buka takde sangat ) , aku dan keluarga g makan kat tmpt lain ..
Hurm .. sayangnya .. dulu meriah tp kejap je .. Takkan nak kata kena buatan kot ? Huhu .. Pk positif .. Aku dtg tak kena masa kot ?
Kalau nampak kamera ni , maka sila ikut peraturan .. Kalau tak , duit anda melayang tanpa belas kasihan ..
Dan pastinya ..
Hehehe .. Tapi bila lalu je VVIP dengan escort polis , diorang main redah laju .. Oh , lupaa .. Rakyat didahulukan … Apa nak buat kan ? Terima je la. Duit rakyat untuk rakyat ..
Memang bagus AES ni tapi kalau sana sini ada kamera , baik sediakan je bonggol di lebuh raya .. Senang skit .. Takde sapa nak laju sbb tau ada bonggol dari dok saman saman saman !! Sapa suruh bawak laju ? Laju mana sangat boleh bawak kereta kat Malaysia ni oiii ??
“ Ya Allah… Ceti mana pulak bising pepagi buta nih ? “.
Macam macam dibebelnya sambil mata dia dok meliar mencari sesuatu .. Aku capai hp aku .. Tengok jam .. Mak aih , baru kul 4 lebih .. Jaga dah budak ni ??
Aku suruh dia tidur .. Lagi kuat dia bebel . Aku , sepatah haram tak faham . Aku angkat kepala .. Hurm .. patut laaa .. Sumber susu dia takde ..
Bila bebelan dia tak dapat sambutan , dia pun try karaoke .. Dan dan mak dia datang .. Kecikkk aku tengok mak diaa .. Grrr .. Dah la kang aku nak berjaga sepanjang hari !
Akhirnya , dia tidur dan aku jaga hingga kul 8 pagi ! Kang aku ngantuk , dia lak jaga .. Mau gak aku mental sepanjang hari !
Bukanlah doa tapi kalau dah dalam artikal tulis pun macam retak menanti belah je , apatah lagi mereka pon dikatakan g mahkamah untuk amik borang cerai .. nak kata apa dah kan ?
Dalam Mstar Online ada cerita lebih lanjut mengenai status hubungan mereka . Dan aku tak nak la nak ulas memandai mengenai tu cuma aku nak berkongsi pengalaman mengenai ni .. hurmm …
Perkahwinan bukan satu mainan . Bukan macam ‘asal jatuh cinta , jom nikah.. ‘ . Bila tersedar dari lamunan , ‘ kita tak serasi rupanya.. ‘ . Kalau duit berlambak dan mak ayah pon kaya raya , maka bolehlah amalkan ‘kerjaya’ begitu .. Apa nak kisah kan ? Janji tak buat kerja haram. Asal suka ,nikah.. Tak suka , cerai ..
Bagi yang tak berkemampuan sangat seperti terpaksa bergolok gadai semata nak menikah ni , fikir masak masak .. Kenapa nak nikah ? Setakat mana perasaan suka , cinta , sayang mahupun pengorbanan antara satu sama lain ..
Nikah ni , mudah .. Tak sukar mana pun cuma bila berlaku pergolakkan dalam rumahtangga ni , sejauh mana mampu nak galas segala masalah . Bukan pe , kang bercerai .. ada kes gila talak la .. Kes tak leh lupa bekas bini laa.. bekas suami wat kacau laa.. Haa.. atau kalau ada anak , pon kesian kat mereka.
Ni haa , anak muda yang masih sekolah .. Teringin benar nak ikut style drama tv tu haa.. Fikir betul betul… Nikah je , kita suami isteri jadi satu. Tiada lagi istilah nak menyendiri , nak enjoy dengan kawan kawan siang malam atau nak tidur dari malam sampai ke malam !
Fikir masak masak .. kalau boleh sampai rentung fikir .. Buat Riz dan Ana , jika dah jumpa jalan penyelesaian , selesaikan dengan baik. Tak perlu nak tensen tensen .. Hidup hanya sekali. Nikmati.. Jadikan segalanya , satu pengalaman …
Dah kira otai la konon ? Pegang skill gitu haaa … Sebenarnya , aku tak ajar pon dia pegang botol. Aku sumbat dalam mulut dia , letakkan tangan dia dan biarkan .. Pastu perati je tingkahlaku dia hingga abis susu.
Kena tengok gak kan ? Bahaya kot tersedak ke apa .. Tapi alhamdulillah .. sepanjang 7 bulan ni , dia cepat belajar .. Mata pantas tangkap apa saja ada disisi dia dan paling tak tahan , kalau masuk dalam kereta , dia confirm terus capai ruang tempat simpan barang .. Dia dah tau apa ada dalam tu dan dia cari benda tu .. Hurmm..
Masa ni la sesuai untuk isi otak dia dengan ilmu walaupun dia tak reti nak bercakap tapi dia belajar melalui perbuatan dan pandangan .. Hurmm..
Dan jangan gaduh depan dia .. Dia tau apa yang sedang berlaku .. Huhu..
Nak salahkan sapa ? Daddy nak ajar aja aja fighting jee ..
Korang tau apa respon dia bila aku buat gitu ? Dia pusingkan badan dia dan tgk tv ! Bila aku tolak dekat cepat cepat dia pusing !
Adeh ..
Akhirnya .. kembali ke gym setelah mengandungi lemak .. Dengan blogger Kakisembang.com .
Waduh.. tetiba berlambak lambak keluar kat ‘pasaran’ gelap .. Nak download ke filem filem berbahasa Melayu yang keluar tahun ni ? Hurm.. hurm ..
Ada Ngorat , Aku terima nikahnya , Gengster2 , Hantu hantu .. Haa.. Macam macam ada laaa .. Cuma klik download je , segalanya jadi milik anda. Tak payah susah susah nak gegar cetak rompak punya disc… huhu ..
Tapi kan , aku takde selera nak download. Bukanlah poyo atau berlagak . Cuma nak layan dalam hp aku , aku rasa aku akan tertidur sewaktu dok ‘play’ .. Huhu ..
Yelah , muka tu main kat drama .. Muka tu main kat filem .. Adehh .. Camana ? Cer habaq mai .. Cerita tu main kat tv.. Cerita tu gak main kat filem .. Lebih kurang jalan ceritanya .. Baik download je kan ?
Maka , aku download je la citer omputih. Tak la rasa bersalah sangat kan ? Support filem buatan tempatan gak la kan ? Walaupun ada pelakon yang poyo di luar studio , tapi mintak kita support mereka .. Camana tu ? Heh ..
Tak pe la.. hak memasing .. Hak aku , aku download ajaa.. Wat pe pasang UNIFI kan ?