Dok tidur tu kan ? Haaa .. Tidur dia nyenyak selepas makan dan minum serta bergurau senda ngan daddy ..
Bila dah tidur ni , aku nak wat kerja pun susah . Takut dia terjaga dan pasti akan terjaga bila ada menda bergerak dan berbunyi. Walaupun bunyi keyboard atau klik mouse .. Perghh .. Lintah sungguh telinganya itu.
Dan tadi , tiba-tiba pintu rumah aku diketuk dengan kuatnya.. Bapak macam nak kasi runtuh daun pintu tu haaa .. Aku pun ‘goyang’ dengar si penghantar Pos Laju tu ketuk pintu tu haa..
Aku berlari pantas .. Lebih pantas dari Flash untuk elakkan Qhaliff terjaga ..
Berpeluh ! Nasib baik tak jaga dia … Hurmmm.. Aku pandang dia .. Bunyi pintu sikit punya kuat , ko buat dek.. Tapi aku menaip , asik nak terjaga lakk ! Telinga super sonic ke apa?