Boleh mak dia gelakkan dia bila tgk dia berusaha nak merangkak .. Ok , aku pun gelak sbb lucu benar gayanya ..
Menariknya , dia pun join skali gelak .. Adeh ..
Qhaliff , ibu jaga .. Daddy , g gym .. Hehe .. Semangat sungguh daddy eh .. heheh ..
Seronok la ibu jaga kan .. Leh raging ibu lak .. hehe..
Dan pemenangnya ialah !! Pergh.. Aku depan tv dah kul 11 lebih .. Apa yang aku nampak , sekumpulan manusia dok merepek atas pentas . Berpakaian seperti bangsawan ala Kesultanan Melayu Melaka tapi sepatah haram aku tak faham menda.
Dan pemenangnya , aku tak nampak la sapa . Tapi yang aku nampak , selebriti yang atas pentas terutama perempuan , membuatkan aku menyesal tak tengok dari mula. Kalau aku tengok dari mula tweet aku mesti penuh dengan umpat umpat terhadap mereka dan pasti membuatkan dosa aku semakin bertambah bertan tan banyaknya ..
Wife aku yang beria nak tengok , aku rasa dia dah tidur setengah jam selepas bermulanya ASKc2012 tu haa . Aku , kat gym.. Lagi best peluhkan badan dari peluhkan jari dok bertweet mengumpat.
Dan akhir kata .. Aku harap kerajaan amik berat skit la bab bab pemakaian artis ni dari dok kecoh tak sudah pasal kata kata Nurul Izzah tu haa .. Apa bezanya kan ? Oh , ada beza eh ? Maaf la yer.. Aku cetek bab agama ni ..
Tahniah la TV3 kerana berjaya tidurkan wife aku lebih awal dari sepatutnya .. Qhaliff pon lena dok dengar diorang merapu meraban..
Sapa menang ? Aku tak tau pun ..
Terkejut .. Tak cukup tido punya hal .. Mak dia jaga yer .. Daddy dah gerak gi gym .. hehe ..
Pastu kasi segar skit diri dia .. Barulah nampak kecomelannya dia. Tapi daddy dia lagi comel ..
Cool Qhaliff .. Esok kita gi jalan jalan eh ? Boring je kan duk umah ? Hehehe ..
Yearghh .. Cukup seminggu walaupun smlm tak g .. Hehe .. Esok turun sekali lagi .. Ahad g Batu Pahat lak ..
Penat ...
Lama pulakkkk mama Qhaliff kuar opis .. Apa kata kita wat kije ngarut sat ..Hehe ..
Qhaliff punya keje ngarut , duk gigit stering .. Aku punya keje ngarut , dok halang dia gigit stering !!!
Adeh ..
Dah mula rajin angkat bontot .. Haaa.. Apakah itu tandanya nak merangkak dan kemudian berlari lari anak serta ayahnya kejar tercungap cungap ?
Belummmm… Dia buat gitu sbb nak kentut . Lepas kentut , dia pandang mula aku dan sambung baring .. Boleh ? Hahahah .. Nampak gayanya, tak de rakaman dia merangkak laaa .. Yang ada semua daddy yang merangkak .. huhu ..
Tak kisah laa.. Ni skang tengah ajar dia berjalan sambil kira 1-999 .. Haaaa.. Teror tak ? Takak ni dia dah hafal sampai 998. . Nak sambung , tak larat dah .. Haha.. Dengar boleh .. caya , jangan !
Aku rasa laaa kan .. Qhaliff tak merangkak .. Tapi terus nak berjalan .. Sapa rasa gitu gak ?
Aku rasa kalau aku tertinggal Qhaliff dalam kereta , bukan mak dia je marah .. Seluruh pembaca blog aku ni confirm sumpah seranah aku .. Tapi kalau aku tertinggal Qhaliff sekali pun , takkan aku nak cerita kat korang kan sbbnya aku tau aku akan disumpah seranah .. Hahaha ..
Takde la aku tertinggal pon.. Ni baru je sampai rumah.. G bukak pintu baru amik dia.. Tak sampai 10 saat pon. Aku kan pantas cam Superman .. Haha ..
Pelik gak bila ada parents sanggup tinggalkan kecilnya dalam kereta dan kemudian g uruskan hal peribadi untuk jangka masa sekejap. Bukan pe , dalam masa sekejap tu , mcam macam laaa boleh terjadi yang tak boleh terbayang punya punca.. kan kan ?
Qhaliff .. sekejap camana pon , mmg aku akan angkat dia .. Yang ni , depan mata je pon.. Saja nak ambik gambar dan buat entri .. hehe ..
Dok tidur tu kan ? Haaa .. Tidur dia nyenyak selepas makan dan minum serta bergurau senda ngan daddy ..
Bila dah tidur ni , aku nak wat kerja pun susah . Takut dia terjaga dan pasti akan terjaga bila ada menda bergerak dan berbunyi. Walaupun bunyi keyboard atau klik mouse .. Perghh .. Lintah sungguh telinganya itu.
Dan tadi , tiba-tiba pintu rumah aku diketuk dengan kuatnya.. Bapak macam nak kasi runtuh daun pintu tu haaa .. Aku pun ‘goyang’ dengar si penghantar Pos Laju tu ketuk pintu tu haa..
Aku berlari pantas .. Lebih pantas dari Flash untuk elakkan Qhaliff terjaga ..
Berpeluh ! Nasib baik tak jaga dia … Hurmmm.. Aku pandang dia .. Bunyi pintu sikit punya kuat , ko buat dek.. Tapi aku menaip , asik nak terjaga lakk ! Telinga super sonic ke apa?
Qhaliff dah mula makan makanan pejal tapi tak la pejal macam makan KFC tu haa .. Makanan yang dikisar .. hand made punya plus kasih sayang dari seorang ibu dan hasil suapan ayah tercinta .. Ai la tuu .. hehe..
Bila dah mula makan , masalah sembelit pasti akan menyerang bayi. Ini kerana sistem penghadaman masih lagi dalam tahap RnD .. Jadi jangan kelam kabut.
Apakah cara untuk elakkan bayi dari sembelit ? Apakah perlu si ibu yang sembelit ? Ayah tak perlu nak sembelit kerana dikuatiri akan terkena buasir. Ibu tak pe.. biasa dah .. lalala. ..
Ada byk cara untuk membuatkan bayi buang air besar dengan tenang seperti menyanyi sambil menari Oppa Ganyang Style .. cer tiru cara PSYKO tu .. hehe..
Gila ! Takde la.. wife aku kasi betik dan pisang.. air suam pun kasi gak selain taruk minyak yuyi cap limau ( kalau cap epal tu palsu ) .. Atau pun guna daun kunyit.
Kalau tak menjadi gak , g jumpa doktor .. Jangan biarkan sembelit menyelubungi kita ..
Perghh .. ngantuk aihh .. Ngantuk layan pontianak ngan orang minyak semalam.. hehehe .. Apa nak buat , ‘kerja’ punya hal ..
Mood awal pagi Qhaliff , mmg berbeza dengan sebelah petang .. Pagi , dia cool dan leh layan diri .. Bapak dia tidur pun ok lagi .. hehehe ..
Cer petang tengok .. Haaa .. Mau menjerit kebosanan diaaa .. huhu.. Jangan kata anak , bapak dia sendiri pon menjerit kebosanan duk dalam umah .. hehe ..
Sat eh Qhaliff.. daddy siapkan makanan ..
Sekali lagi aku hampa .. Bukan aku saja tetapi rakan-rakan yang ikut sama pun begitu juga .Malah ada pengarah filem terkenal yang ikut tonton sama pun berharap pelakon yang melakonkan watak dalam filem yang aku tonton semalam , tidak lakukan sedemikian rupa pada filemnya ! Aku tak pasti la samada dia bergurau atau serius kerana yang dengar kata-kata tu , rakan yang ikut join screening filem tersebut.
Kecewa .. Pengarahnya , mmg aku sanjung tinggi . Memang sangat berbakat , lucu serta tidak membosankan bila dia berlakon. Sayangnya dia dalam filem ni , seolah kehabisan idea .. Apa dah jadi ?
Manakala filem tu pulak , diselamatkan oleh dua pelawak terkenal . Tu pun bukan dua dua ‘hidup’. Nasib baik la ada sorang tu .. Kalau tak , mmg hambar ..
Ngantuk .. Yup , aku dah nak terlelap menonton filem lucu tu. Nasib baik bila ada dialog separa lucah .. Kira ketawa gak la aku .. Nak harap dialog lain , aku pakat tengok handphone aku jer ..
Menariknya .. tau tau dah abis ! Takkan tu je cerita dia ?? Takkan nak buat The Series lak ? Jangan der !
Lakonan Nabil dan Johan .. Ada ramai pelakon turun ke majlis ni .. Aku , ditemani Que Achmad , Kaki Sembang dan Wan Panjang ..
Best tak , best tak ? Pas tengok nanti , aku habaq noooo .. hehe .. Makan free sat ..
Tak g gym sbb ada projek lain malam ni .. Tapi aku tetap buat senaman gak .. hehe .. Alang alang dah mula ..