Hurm ..
Camana eh ? Sebenarnya , mudah jer nak tingkatkan trafik ni haaa .. Segalanya dah terpampang di depan mata terutamanya di dalam dunia maya ni ..
Cuma antara kita nak atau tak nak je guna .. Yang pastinya , ada yang nak dengan cara mudah .. Trafik yang datang , dia nak berkekalan .. Usaha ? Hehehe ..
Fikir .. camana nak dapatkan trafik terutamanya untuk blog . Kebelakangan ini , cara mudah utk mendapatkan trafik adalah melalui fan page atau group di Facebook sangatlah . Tu cara paling mudah .
Cuma trafik begini memang merugikan blogger kerana mereka terpaksa mencari isu isu panas atau isu yang mampu membuatkan members di dalam page tu untuk ke blog kita .. Persoalannya , berapa ramai yang akan terus membaca entri yang sebelum sebelum itu memandangkan mereka masuk hanya kerana tertarik dengan entri panas tersebut ?
Mendapatkan trafik yang besar mmg mudah tapi untuk mendapatkan trafik yang sejati tu yang sukar .. Blogger terpaksa mencari isu panas atau bermain entri bersifat SEO untuk mendapatkan trafik setiap hari !
Kalau sekadar cerita biasa , apakah members di page akan tertarik ? Bagi aku , pendapat aku .. tak perlu trafik yang beribu ribu tapi tiada memberi kepuasan pada penulisan kita ..
Cara terbaik untuk mendapatkan trafik sejati ialah , perkenalkan blog anda pada dunia maya sebelum membawanya keluar dari dunia maya itu ..