Baru pulang dari rumah baru .. Tadi , seorang sahabat baik aku singgah sekejap kat rumah tu untuk bersuka ria .. Hehe .. Takde la… Kebetulan dia ada keje kat situ , jadi singgah la jap ..
Sambil tu , dia saja periksa keselamatan yang ada dalam rumah tu berdasarkan pengalaman dia menjadi ketua kampung kat taman perumahan dia..
Hurmm .. Ada beberapa petua yang dia kongsikan bersama dengan aku .. Bila dia kata begitu begini dan tunjukkan beberapa kelemahan yang ada dlm rumah tu , aku jadi takut sedikit kerana ada kebenarannya apatah lagi kawasan rumah aku tu , masih belum beberapa terang ditambahkan lagi dengan kewujudan banyak kawasan perumahan yang sedang dibina.. Jadi , paham paham je laa ..
Sebaiknya , amik je penggera keselamatan cam jiran sebelah aku buat .. Lantik ADT untuk pasang penggera keselamatan .. Katanya pemasangan pun tak la mahal mana .. Bulanan , tak sampai pun RM100 .. Jika nak dibandingkan dengan keselamatan keluarga kita kan ?
Hurmm .. Ada kebenarannya .. Akan dipertimbangkan kesemua langkah langkah keselamatan .. Dan , aku baru diberitahu oleh seorang lagi sahabat baik yang mana maknya baru saja dirompak .. Masih menunggu berita penuh. Semoga Allah melindungi mereka ..