Tak laa.. 'kurung' dlm tu jer .. Kata wife , dia dah tempah satu utk Qhaliff .. Esok dpt..
Kalau ada , ok la skit .. Takde la nak mengejar dia sangat .. hehehe..
Published with Blogger-droid v2.0.9
Tak laa.. 'kurung' dlm tu jer .. Kata wife , dia dah tempah satu utk Qhaliff .. Esok dpt..
Kalau ada , ok la skit .. Takde la nak mengejar dia sangat .. hehehe..
Infomasi kata bawah ni nanti aku amik dari web BabyCenter yang banyak membantu aku mengenali Qhaliff , secara tidak langsung .. hehe .. Bagus sebenarnya laman web BabyCenter ni ..
Ok , Qhaliff dah masuk 9 bulan .. Apakah yang patut aku tau sebelum aku berpura pura tahu apatah lagi Qhaliff dah kerap dok tergolek pastu nangis sblm kembali ketawa. Hurmm.. Apakah itu normal ?
Kena cari jawapan agar mak bapak tak bergaduh dok tuding jari sapa yang bersalah ! Hahahaha ..
Bayi anda semakin hampir untuk berjalansepenuhnya. Pada usia ini, dia mungkin akan boleh merangkak naik tangga dan berjalan-jalan (meronda-ronda dalam posisi tegak sambil memegang perabot). Sesetengah bayi yang berusia sembilan bulan mungkin sudah boleh mengambil beberapa langkah ke depan - dengan dibantu. Bayi anda juga belajar bagaimana untuk membengkokkan lututnya dan bagaimana untuk duduk selepas berdiri (satu perkara yang lebih sukar untuk dipelajari daripada apa yang dijangkakan!).
Anda boleh membantu bayi anda dengan berdiri atau melutut di hadapanya dan menghulurkan tangan anda sebagai galakan, sambil memegang kedua-dua tangannya dan membuatkannya berjalan ke arah anda atau dengan membeli mainan membantu bertatih atau alat yang serupa dengannya yang mana bayi anda boleh pegang dan tolak (cari alat bertatih yang stabil dan mempunyai tapak yang lebar.)
Menyediakan rumah anda supaya selamat untuk kanak-kanak adalah suatu kemestian sekarang. Anda boleh mulakan dengan meletakkan selak pada pintu almari yang dilarang untuk dibuka oleh bayi -- selalunya bayi suka bermain dengannya.
Apabila bayi-bayi mula berdiri dan berjalan, kebanyakan ibu bapa akan tertanya-tanya jika perlu memakaikannya kasut. Sehingga bayi anda sudah biasa berjalan di luar kawasan rumah, kebanyakan pakar-pakar merasakan ianya tidak perlu. Berkaki ayam/berjalan tanpa kasut bukan hanya menguatkan otot tapak kaki dan kaki tetapi juga memudahkan bayi anda menyeimbangkan diri apabila kakinya bebas merasakan semua tekstur permukaan jalannya.
Sekarang, bayi anda boleh meletakkan objek ke dalam bekas dan mengeluarkannya. Berikannya timba plastik dan beberapa bongkah berwarna-warni (pastikan ianya tidak terlalu kecil sebab dia boleh menelannya) supaya dia boleh berlatih kemahiran barunya ini. Dia juga suka alat mainan dengan bahagian yang bergerak, seperti roda, tuil atau pintu yang boleh dibuka dan ditutup. Kereta plastik besar yang boleh ditolak oleh bayi anda di atas lantai merupakan alat mainan kegemaran bayi lelaki dan juga perempuan.
Jika anda mengambil alat mainan daripadanya, selalunya bayi anda yang semakin mendesak akan membantah. Dia akan mula menunjukkan apa yang dia perlu dan mahukan.
Kira-kira separuh daripada bayi yang berusia sembilan bulan akan memulakan permainan hantaran, memberikan alat mainan dan mengambilnya kembali. Jadilah rakan sepermainannya. Cuba mengolekkan bola kepada bayi anda apabila anda bermain di atas lantai dan lihat jika dia menggolekkannya kembali kepada anda. Berikan dia alat mainan menyusun atau gegelung tetingkat dan lihat jika dia menyusunnya atau melonggokkannya atau memberikannya semula kepada anda.
Kini dan pada beberapa bulan berikutnya merupakan kemuncak kebimbangan pemisahan. Walaupun ia adalah normal bagi bayi berusia sembilan bulan untuk menunjukkan hubungan yang sangat rapat dengan anda dan menjauhkan diri daripada orang lain, ia adalah sukar bagi datuk, nenek dan pengasuhnya. Anda boleh membantu memudahkan peralihan anak anda dengan memberitahu orang lain supaya mendekatkan diri secara perlahan-lahan dan membiarkan bayi anda memulakan langkah yang pertama.
Jika anak anda menghisap satu ibu jari atau puting untuk menenangkan dirinya atau tidur semasa dia cuba menangani kebimbangannya, itu adalah okey. Menghisap jari merupakan satu-satunya cara bayi anda menenangkan dirinya sendiri.
Ini merupakan usia yang sukar untuk membuat perjalanan dengan bayi anda. Bayi anda menyukai perkara yang boleh dijangka dan perjalanan akan menganggu rutinnya. Jika anda membuat perjalanan, bersiap sedialah untuk berhadapan dengan anak anda yang perengus dan suka berkepit dengan anda. Sediakan pelbagai barang untuk mengalih perhatiannya -- buku bergambar, alat mainan yang membuat bunyi bising dan lebih penting lagi, objek sekuritinya. Dan jika dia menggunakan puting, lebih baik jika anda membawanya bersama: selalunya ia tidak dapat dijumpai semasa anda amat memerlukannya.
Perkataan-perkataan yang didengari semenjak dia dilahirkan mula mencurah-curah daripada anak anda. Sekarang, pemahaman bayi anda mengenai perkataan adalah melangkaui kebolehannya menggunakannya dan agahan anak anda akan mula kedengaran seakan-akan perkataan sebenar, termasuklah "ma" dan "da." (Jangan berasa terlalu seronok lagi – mungkin ia bukanlah perkataan yang sebenar, hanya pelbagai bunyian yang selalu digunakannya.)
Pada usia ini, bayi anda masih lebih memahami tona suara anda daripada perkataan sebenar yang anda gunakan. Lebih banyak anda bercakap dengannya – semasa menyediakan makan malam, memandu atau bersiap – lebih banyak yang dipelajari oleh bayi anda mengenai komunikasi. Malah, satu kajian mendapati bahawa peramal paling baik mengenai kebijaksaannya di masa hadapan ialah jumlah perkataan yang didengarinya setiap hari. Sudah tentu, perbualan dan masa yang diluangkan semasa menonton TV tidak boleh diambil kira – untuk membantu pemahaman bayi anda, dia mesti mendengar perkataan dan bahasa yang digunakan secara interaktif.
Pada usia sembilan bulan, bayi mula memahami perkataan "tidak" tetapi dia mungkin tidak akan mematuhinya lagi. Walau bagaimanapun, dia akan bertindak balas kepada namanya dengan memandang sekelilingnya atau dengan menghentikan apa yang sedang dilakukannya untuk mengetahui siapa yang memanggilnya. Kukuhkan kelakuan mengecamnya dengan menyebut namanya dengan kerap.
Sumber : BabyCenter
Aku ingatkan menda menda gini hanya berlaku di luar negara .. Rupanya ada juga berlaku disekeliling kita .. Hurm.. Pengaruh tv atau filem ? Perghh.. cepat benar menuding jari eh ?
Bila difikir fikir .. hurmm .. penat gak nak fikir eh ? Tapi kena gak fikir sbb kita ada anak .. Yang takde anak tu , inshaAllah .. Anak anak ni , mudah benar ikut perasaan . Bila merajuk , ada saja menda yang dia nak buat .. Idea , byk datang dari tv .. atau pengaruh persekitaran . Yelah , kalau ada batu belah batu bertangkup , rasanya berapa ramai dah pelajar bunuh diri terutama gagal dapat keputusan cemerlang dalam ujian .. atau si ayah yang bunuh diri sbb tak dapat nikah lagi mahupn si ibu yang bunuh diri sbb bermadu .. hehe.. Nak gak selit bab madu tuuu ..
Buat adik adik .. fikir panjang sebelum buat satu satu tindakan . Menyesal sekarang berguna .. Dah mati , baru nak menyesal .. tak guna dik oii.. Sapa kata mati tu senang .. PErghhh .. Dah sedia ke nak berdepan dengan azab kubur tu ?
Mak ayah .. pujuklah anak tu baik baik .. Jangan terlalu ajar bagi privasi sangat .. Selagi mereka dalam jagaan kita , takde istilah privasi cam omputih tu haaa.. Lindungi bukan mengongkong .. Kawal bukan tak percaya .. Sehingga benar terbukti mampu berdikari , baru mak ayah biar anaknya berlari sendiri ..
Pipi .. sama size walaupun umur berbeza dan hakcipta berlainan … Hehehe.. Tu laaa sepupu Qhaliff yang suka benar cakap ngan Qhaliff dalam bahasa itik ayam mereka ..
Penat kalau datang umah mak aku ni tp aku nak gak datang .. Penat nak layan karenah budak budak.. Yg ada sorang ni pon dah bikin aku tak cukup nafas haaa ..
Tapi tu la.. walaupun tak cukup nafas , diorng ni la penyeri hidup kita .. Kalau tak tengok muka sejam , dah rindu .. kan kan ? Tak kira la anak buah ke.. anak sendiri ke .. kalau dah rapat ngan kita .. hurmm .. mmg payah la nak berpisah ..
Hurm.. kena perati gak diorang gak ni bila bermain .. Maklumlah , yang sorang tu telan apa saja bila ada menda kat tangan .. huhu .. Tak cukup rehat wehh … Bila ada masa free , update blog lak ..
Mudah kan jadi suri rumah ni .. Mudah laaaaa sangat haaa ..
Maunya tak sedap sampai anak pontianak pon sanggup amik dadah padahal sebelum ni dok amik darah..
Oooo.. baru perasan.. DARAH tukar ke DADAH .. Kiranya takde la mangsa eh ? Adehhh .. Apa punya turrr daaa ..
Tertanya gak aku .. Apa yg best sgt dadah ni ? Rasanya kalau amik dadah ni , satu menda pon tak leh nak buat sbb dah khayal.. apatah lg solat kan?
Bawak bawak insaf laa..
Nasi lemak ? Roti canai ? Bihun goreng ? Nasi kerani ? Jangan mimpi ler .. hehe ..Oats .. bubur .. roti ...dan skang dah bagi kuning telur rebus ..
Makan ke dia semua tu ? Baka bapak dia.. Nganga jer.. Tak sedap ke ? Komplen je kat blog bila dah pandai menaip nanti yer .. huhu..
Dan lepas mkn , kerja aku ialah .. ikut dia merangkak .. Kegemaran dia , ketuk tv baru aku tuuuuuu..
9 bulan dah usia dia .. Genap 9 bulan .. Dan 9 bulan ni , dia dah tau macam macam .. Dia tau nama dia MUHAMMAD QHALIFF IMAN … Dia tau sapa ibu dia .. Dia kenal sapa ayah dia .. Banyak dah dia kenal .. Nak taip satu satu , tertidur korang .. huhu ..
Tapi yang tak bestnya , dia dah kenal bila daddy dia marah .. Hurm.. Secara automatik dia akan diam .. Dan terus merajuk.. Bukanlah daddy dia marah kat dia .. Budak apa tau kan ? Hehehe ..
Perkara begini , patut dielakkan berlaku depan anak kecik kita. Mereka belajar .. Mereka melihat .. Secara tidak langsung membentuk peribadi mereka sendiri ..
Yup .. kena ubah.. Tak kira sapa pun , elakkan sifat sifat negatif disekeliling bayi atau anak kecil .. Mereka sedang membesar bagai johan .. Tamo naib johan .. Kita pastikan mereka jadi johan !
Hurm.. Nampak mudah , tapi sukar .. Kena belajar mengawal diri ..
Pandang betul betul .. Nampak melucahkan tak gambar tu ? Kan ? Haaa.. aku tau dah .. Kalau dipandang dari sudut otak kotor , lembu pakaikan skirt pon nampak menghairahkan .. kan ?
Kita ada akal .. Guna .. Jangan taruk kat kepala lutut pastu guna kepala lutut taruk kat otak untuk berfikir .. Mudah kan ? Akal yang ada di otak tu , gunakan semaksima yang boleh .. Dan hasilnya , walaahh .. Tapi perlu ingat , setiap analisa perlu seiring dengan ilmu. Jangan main ‘pikiaq ikut dan ‘ je kata mak aku ..
Itulah yang terjadi pada sahabat baik aku aka jiran aku awal tahun ni .. Mungkin ada yang mintak fikir secara positif dan ada yang suruh buka minda. Tapi kalau kena kat batang hidung kita sendiri , bolehkan kita terima ? Apatah lagi perbandingan tersebut amatlah tidak adil sama sekali ..
Dan kita sendiri , perlu bertindak dengan bijaksana .. Kematangan fikiran akan menentukan siapakah kita sebenarnya . Mungkin pengalaman sedikit sebanyak membantu kita dalam membuat keputusan.
Apa pun , tepuk dada sendiri tanya selera sendiri. Jangan gatal nak gi tepuk dada anak dara lak ! Kang tak pasal pasal , tanya selera warden penjara ..
Tujuan aku ke rumah mak aku adalah untuk Qhaliff bergaul dengan sepupu sepupu dia .. Kira nak kasi dia bersosial dengan cara selamat .. Tak la terkejut nanti .. Hehehe ..
Tapi , disebabkan sesi persekolah dan bermula … maka … maka .. Aku kena jaga kesemua budak budak kecik tu termasuk Qhaliff ! Ingatkan dapat la buat kerja dengan tenang bila letak sini tapi .. hahahaha..
Namun segalanya dah jadi ok bila ada wifi maxis ni haaa .. Bila mak aku balik , dia leh tengokkan budak budak tu jap dan aku pun leh update blog jap .. hehe ..
Hehe .. Dah leh bukak taska dah aku ni .. Tapi .. tapi .. tapi .. aku tak sanggup .. huhu .. Tak sanggup woooo .. Respek kat ibu yang berjaya membesarkan anak mereka yang ramai ramai tu … Dan berjaya menjadi ‘manusia’ ..
Menda alah kat atas ni lak , kalau digunakan disaat genting , mmg berbaloi .. Heheh .. Kalau tak , hp aku sendiri pon ok dah .. hehehe .. Apa pun setiap menda ada kelebihan dan kekurangan .. cam kita gak .. kan kan ?
Amboii .. Kalau mak aku ada rumah , senang benar Qhaliff tidur dalam buaian tuuu .. Aku try gak tidurkan dia dlm buaian tu tp tamo malah siap dia 'membebel' dlm tu Haaaa ..
Putus ada nak tidurkan dia .. Serah kat 'otai' .. Tak sampai 10 minit , lenaaaaa..'. Huwaaaa...
Skang , aku kat umah mak aku.. Bekalan air sini , terputus. Jadi , guna je mana mana bekalan yang ada .. Semua ni , mengimbas kembali zaman persekolahan aku.. Camni la jugak.. Air taraakk..
Dan Qhaliff .. air ada ke takde ,lena tetap lenaaaa ... nanti besar , baru dia tau kehidupan di dunia ini ..
Apa jadi pada anak anak bila kedua ibu bapa mereka bercerai ? Hurm.. Anak anak jadi mangsa ?
Mungkin ada yg fikir cukuplah dgn nafkah susu makan , pakaian mereka.. Lepas dah tanggungjawab bila dah bercerai..
Camana dengan pendidikan anak anak itu ? Tunggu cukup tahun , hantar je ke sekolah kerajaan.. Apakah yang terjadi ? Anak anak lain , dah disediakan dgn asas sblm sekolah bermula tp anak malang itu , terkontang kantinglah dia melainkan penjaganya mengambil berat ..
Kalau ibu yang jaga , maka seronolah bekas suaminya.Sesekali je amik utk lepaskan rindu pastu serah semula.. Bab lain, cukup bulan bagi duit.. Tu je ??
Bercinta , mmg best .. apatah lagi tak kira dah status atau pangkat .. Bab duit semua , tolak tepi.. Yang penting hati !! Yang penting , hati jangan dicalari !!
Hurmmm .. Manusia dan hati ... Pernah dgr org kata .. Ikut hati , mati .. Fikirkan sebelum buat keputusan utk masa depan..
Ada yang tanya kat aku bila aku dok sebut pasal madu .. “ Camana rasa suami bila isteri boleh madukan mereka ?? “ ..
Rasa apa ? Rasa apa ehh .. Rasa nak gelak , boleh ??
Hehehe .. Pelik ? Tak aihhh .. Ramai dah teringin nak memadukan suami mereka .. Cuma tak jumpa jalan lagi.. Jalan yang ada sekarang ni pon , cuma jalan ke neraka jer ..
Hehehe.. Laki madukan isteri mereka ? Boleh ? Halaall .. lallaala..
Waahhh .. rindu giler dengan ucapan tuu.. Masuk tahun ni dah , er… bertahun tahun lamanya aku tinggalkan profesion perguruan .. Eceh .. Profesion la sangat .. Hahahaha ..
Walaupun sekadar guru sandaran , bakti mereka ni janganlah diperkecilkan . Kalau takde guru sandaran , guru tetap ni merana wooo .. Nak cuti pon susah .. Nak mc pon perit .. Yelah , sapa nak jaga kelas mereka. Guru tetap yang sedia ada pun dah penuh jadual harian mereka .. Nak suruh guru besar ? Mimpi laaa.. Zaman aku dulu je guru besar rajin nak ganti guru kecik ni haaa.. Zaman ni , susah dahh nk jumpaa..
Guru , adalah antara pekerjaan yang mulia.Sapa sapa saja leh apply jadi guru.. Sapa saja layak jadi guru tapi berapa ramai yg benar benar bergelar guru ? Tak ramai ok !! Hanya mereka yang bergelar guru saja tau akan hakikat itu ..
Apa pun , hari ini hari pertama persekolah sesi 2013 .. Buat guru guru yang baru mula mengajar , selamat bertugas . Buat guru guru yang dah lama , sila beri tunjuk ajar pada junior dan buat pelajar pelajar , sila ambil kesempatan ini untuk membalas jasa kedua ibu bapa anda dengan menjadi anak yang cemerlang dan juga buat diri sendiri agar punya masa depan yang gemilang ..
Perghh.. aku macam bagi ucapan kat perhimpunan lak .. Hahahah ..
Akhirnya . bas mak aku dapat juga permit untuk setahun lagi .. Ok la tu dari tersadai begitu saja .. Nak dapat tu pun bukan senang .. Berkali gak la keluar masuk tempat tu haaa .. Alhamdulillah ..
Isu terdahulu .. baca kat SINI ..
Penuh nostalgia bas ni , ok !! Aku membesar dengan rezeki dari bas ni .. Bas ni laaa bas pertama yang telah dibeli oleh bapak aku ! Haaa.. Dari bas ni laa dapat beli bas bas yang lain .. Eceh , macam banyak sangat je bas .. hehe.. Dan bas ni laaa banyak awek cun aku cuci mata setiap pagi .. Ramai wooo .. hahaha ..
Alhamdulillah .. esok beroperasi dan berkhidmat lagi bas ni untuk antar pelajar pelajar sekolah terutama yang sekolah rendah , awal pagi esok .. hehe ..
Teringat zaman sekolah dulu .. huhu .. Sedar sedar , dah nak masuk 40 dah umur aku .. Huwaaaaa.. tua dah aku walaupun kacak tetap ada !!
Sekali lagi , terima kasih pada SPAD dan anda juga ..
Nak letak gambar dia .. tamo kasi .. huhu.. Letak , je la gambar Qhaliff .. Hehe..
Belanja kek je la noo .. Mama Qhaliff tamo menda lain .. Er , tudung Ariani dia mau .. hehehe ..
Nak belikan hp, tamo diaa .. huhu ..