Sedang sedap layan CSI NY untuk pertama kalinya selepas 2 tahun , tiba-tiba aku terdengar Qhaliff menangis .. Dia punya nangis tu seolah olah .. hurm … camana nak kata eh .. Tapi tak la kuat mana pun .. Cuma kitorang ‘tak dibenarkan’ tinggalkan dia .. Bila aku bangun ke dapur , dia menangis nak ikut .. Bila mak dia bangun , dia menangis nak ikut .. Dah tu ? Dua dua dok atas tilam depan tv ni haaa ..
Dia selsema dan batuk . Tak sedap badan kot. Tapi tak demam .. Dah check suhu . Ok jer .. Bila aku pasang lampu , baru dia nampak dunia . Barulah memasing dibenarkan berpisah dengan dia ..
Dan dia , buat kerja dia sendiri .. Bagi remote tv dan astro , dia tamo .. Kasi Mifi Maxis aku , jadi bahan mainan dia !
Pastu dia boring .. Dia ke rak buku dan ‘pilih’ majalah Dapur ..
Sehelai terkorban untuk memuaskan nafsu Qhaliff !