"Dia sudah berubah... seperti anak derhaka," luah Hasliza Mohd, 48, ibu kepada pelakon baru Afiq Muiz yang benar-benar kecewa dan sedih dengan perubahan sikap anaknya itu sejak bergelar pelakon.
"Afiq sudah berubah. Dia sudah lupa bagaimana saya menjual burger untuk membantu dia berjaya dalam dunia seni.
"Ke hulu ke hilir saya bawa dia untuk di angkat menjadi artis berjaya dengan wang menjual burger. Hari ini apabila dia sudah berjaya, dia telah lupa semua itu," ujar Hasliza .
Ibunya itu terpaksa membuat pendedahan tersebut kerana hatinya sudah hancur selepas melihat perubahan anaknya yang disifatkan sudah lupa diri apatah lagi sejak dikatakan mempunyai hubungan dengan seorang pelakon wanita.
Cerita lanjut , leh baca di Mstar Online.
Kenapa aku berminat dengan cerita ni ? Hurmm .. Aku tak hairan dah dengan perkara begini sbb ramai manusia macam ni atas muka bumi ni. Puncanya ? Puncanya ialah mereka rasa mereka takkan mati . Seolah olah akan hidup selamanya dengan kehidupan begitu.
Pagi tadi , aku terbaca satu artikal di Facebook yang buat aku benar benar insaf dan mengigil ketakutan .. Tak silap aku tajuknya KEHIDUPAN DI AKHIRAT ..
Bayangkan , kita dengan jasad seperti ini , dengan punya rasa sakit seperti sekarang ini akan menerima balasan di akhirat kelak. Bayangkan , kita sekarang ini seorang diri ‘di sana’ dan yang meneman kita cumalah amalan kita ..
Apalah dunia ni sangat ?? Segalanya sementara jer .. Tersangatlah sementara !