Bukan tak nak bayar saman , aku bayar pon saman yang dikenakan terutama bila kena dengan PDRM sbb . Tapi kenapa AES aku ‘bising’ ? Ada sebabnya .. Cuba korang google apa masalah dengan kamera AES tu !! Haaa.. Jangan suka suka anggukkan kepala tu jer ! Tak pon risik risik skit pada kengkawan ..
Semalam , aku memandu seperti biasa di Putrajaya . Kali ni aku memandu ikut had laju yang dibenarkan. Korang tau camana rasa ? Pernah tak naik bas sekolah yang lama tu ? Bas sekolah zaman bas mini ? Perlahan je pergerakkannya.. Kita boleh menikmati permandangan kiri kanan sedangkan masa bergerak dengan pantas !
Ke memang tujuan suruh sapa masuk Putrajaya ni , menikmati keindahan panorama yang ada di sini ? Hehehe ..
Bayangkan jika memandu di belakang lori sampah atau lori balak ? Paling tidak pon lori yang ada muatan . Tak ke risau atau berbau kita ? Bukan ke itu akan menyebabkan pemandu cuai sbb dok perhatikan kenderaan di hadapan yang bergerak ikut kelajuan yang tak logik , semata mata tak nak di saman ..
Jalan lengang tapi pandu dibawah kelajuan yang tak masuk akal terutama di jalan lurus ! Ada yang kata diorang dah buat kajian mengenai jalan tu ! Huk alohhhh !! Buat kajian menda letak kamera di tempat lurus 3 lorong pastu di tempat yang selalu berlaku kemalangan , tak nak letak pulak amaran dan kamera ?
Di tempat yang mudah kena perangkap AES ni jalan yang confirm pemandu akan memandu laju sedikit sbb jalan lurus . Kita tekan minyak takkan perasan punya dah berapa meter speedo tu naik .. Nampak perlahan tapi dah laju. Kalau mata asyik nak pandang tang meter tu , masalah la weh !
Sambung .. Aku pandu ikut had laju. Kereta memotong dan menjeling kat aku. Kalau ikut petua bapak aku , biar je diorang pandang ! Masalahnya bila gitu , ada yang pangkah kita dengan cara merbahaya !
Bukan semua orang boleh memandu dengan ikut had laju sbb mereka mampu bayar saman ! Yang macam aku ni ? Kelajuan dibenarkan 80kmj tapi terlebih skit je .. Terus saman maksima ?? Kalau nak buat rayuan atau lawan , sila gi mahkamah ! Boleh gitu ? Prihatin kan kerajaan ?
Bukan tak nak ikut had laju tapi had laju tu ‘kurang waras’ . Jangan la kata buat kajian dah mengenai kelajuan kat jalan jalan terutama di Putrajaya tu . Kalau kata di kiri kanan tu ada bangunan kerajaan , tidak la pulak .. Atau ada perumahan , tidak la pulak !
Aku bukan nak pertikaikan undang undang.. Aku ok je.. Naik mahkamah atau tunggu duit BRIM utk bayar saman .. Apadahal kan ?
Cuma , kerajaan kena la bersikap dengan lebih jujur. Satu lagi ni , letak kamera time jalan clear ! Masa tu la JPJ parking kereta bawah jambatan dan pacak kamera. Kekadang tu , di bawah jambatan tu ada JPJ dan jambatan hujung sana lak ada PDRM siap dengan kameranya .. Mak aihhh .. penguatkuasa negara kita ni mmg mewah dengan kamera ke ?
Yang selalu kata ikut had je la .. Mungkin diorg bukan main di PUTRAJAYA yang punya banyak perangkap ‘offside’ .. hanya menunggu masa je penjaga garisan angkat bendera . Dan mangsanya adalah penduduk Putrajaya yang sememangnya ‘mewah’ . Maklumlah , keje kerajaan . Gaji besar. Duit baki , tiap bulan mmg byk ..
Waktu awal pagi , jarang nak ada kamera AES yang dipasang JPJ tapi selepas jam 9 , baru ada.. Tu pon jap ada jap takde .. Lawak gak kan ? Kira nak pasang ikut suka eh ?
Nak didik pemandu agar mematuhi undang-undang tu bagus. Tapi janganlah sampai aniaya pemandu . Bukan semua orang saja saja nak melanggar had laju yang mmg takleh nak ikut tu .. Cuba cari jalan lain cam , bagi amaran sekali dua sebelum saman dikeluarkan .. Ni kalau terus saman , letih laa.. PDRM kena .. AES lagi ..
Kali ni aku amik la BRIM .. Memang tak mampu dah ni ..
Satu soalan nak tanya , korang memandu ikut had lajukah ? Satu hari nanti , kalau kena camana ? Kalau satu ok la.. Kalau tetiba datang 2,3 tiket tanpa disedari korang memandu terlebih had camana ? Bayar je ? Ok la gitu .. hehehe ..
Ikut je la had laju .. Had laju kalau masuk akal , ok la skit .. Yang tak masuk akal ? Hurmm .. Diorg dah buat kajian .. Buktikan ! Mana kajian tu ? Kalau ada alasan logik , ok . aku terima ! Skang ni , semua kata kajian kajian kajian .. Macam dakwat kekal tu haaa !!
Dan kalau nak saman pon , ikut gak la kelajuan .. jenis kereta . Ni kalau terlebih skit , saman sama .. Kereta Myvi dengan kereta Ferrari sama je jumlah saman dikenakan .. Adil ke ? Cer pikiaq sat ..