Langkah , gaya jalan .. hahahaha … Amboiii … Anak beranak la katakan eh ?
Langkah , gaya jalan .. hahahaha … Amboiii … Anak beranak la katakan eh ?
Alhamdulillah .. Blogger Que Achmad (www.queachmad.com ) telah selamat menjadi suami kepada isterinya .. hehe.. Mesti la kan.. Pada sapa lagi kan ? Hehehe .. Tahniah bea !!
Terkilan aku tak dapat join majlis yang dah skit punya lama dia tunggu atas sebab sebab yang tak dapat dielakkan di saat akhir .. hurmm ..
Buat Que Achmad dan isterinya , Wani .. semoga berkekalan hingga ke akhir hayat .. Dan dapat banyak banyak baby eh .. hehehee..
Pastinya Que akan menjadi seorang suami yang sangat lembut , bertanggungjawab dan cool . Wani beruntung dapat suami sepertinya ..
Tahniah bea ! Happy gue .. huhu ..
Iklan
“ Tunggu la aku tua skit .. Tak puas enjoy lagi ! “.
Satu ketika dulu , aku pernah katakan begitu pada kawan aku . Pada waktu tu , aku terlalu jahil hinggakan terlalu cintakan dunia. Meriah sangat dunia ni ..
Syukur pada Allah , umur aku masih panjang hingga ke hari ini untuk aku perbetulkan satu demi satu dan niat aku di atas dunia ini ..
Timeline di FB , tweet rakan rakan dan juga entri sahabat sahabat blogger berkongsi mengenai betapa lalainya kita sering membuatkan aku berhati hati dalam tindak tanduk aku seharian.
Benar kita akan mati. Benar kita akan ditanam. Benar kita ditanya dan dihukum atas segala tindakan kita . Dan benar kita akan dibangkitkan kembali tapi aku ‘terlupa’ bagaimanakah keadaannya nanti ?
Satu entri yang aku terbaca membuatkan aku berkali kali up di Facebook untuk berkongsi rasa. Bukan niat nak riak tapi lebih pada ingin beritahu betapa janji ALLAH itu pasti !
“Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri. “.
Hurm… terlupa kita kan ? Asyik dengan hiburan, leka dengan harta .. lalai dengan cinta sesama manusia hinggakan terlupa bagaimanakah datangnya kiamat ?
Bagaimana keadaan kita bila dibangkitkan nanti ? Aku tertanya selalu dalam hati .. Maklumlah , pengetahuan agama aku ciput jer ..
“ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.”
Mengigil aku ketika ni .. Kita dibangkitkan dalam keadaan jasad yang seperti sekarang ni .. Punya rasa sakit seperti sekarang ni. Bayangkan , semua manusia dari dulu hingga hari kiamat dibangkitkan .. Bagaimana keadaannya ketika itu ?
“ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya , lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat “
Astagfirullah Al’azim .. apalah nasib aku nanti. Aku keseorangan di sana . Jika amal aku banyak , pastinya aku antara manusia yang beroleh keuntungan. Jika tak ??
Sekarang ni , aku kerap mengeluh dengan bahang kepanasan .Jika panas mentari sekarang ni pon dah buat kita berpeluh peluh, bagaimana nanti di sana ?? Di padang masyar nanti ??
“ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun “.
Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
Apakah yang akan aku lakukan di padang masyar tu nanti ? Apakah aku akan terus ditimbang segala perbuatan aku tu ?
“ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.”
1000 tahun !! Bukan 1 hari atau 1 minggu ! Apakah yang mampu menyelamatkan aku ??? Amalan yang ciput ? Dosa yang melimpah ?
Bacalah sendiri dan hayatilah sendiri kebenaran dan janji ALLAH itu di SINI .. Klik dan baca .. Kita dah tertipu dengan sandiwara dunia dan beruntunglah mereka yang telah lama mencintai Rasulullah s.a.w !
Asyik main dalam rumah je kan ? Kali ni test power kat padang lak .. Nak tengok camana gaya dia berjalan di tempat tak rata ..
Kesimpulan ? Mainnya kejap jer pastu main rumput ! Adehhh .. Tapi dah boleh main bola ngan dia tak lama lagi ni .. hehehe ..
Sayangnya kat taman perumahan aku tu , padang bola takde .. Hurmm .. Teruk betul la ..
Redha .. Ikutkan hari ni ada dua projek penting tapi .. dua dua tak jadi .. Kena tunggu minggu dpn lak ..
Minggu depan , baru leh gi pusing lagi pantai timur .. Lama tak gi bercuti ..
Dalam entri aku yang lepas lepas , ada aku cerita pasal satu kes ni . Aku beli makanan , kasi duit note RM50 .. dia suh aku gi cari tukar ! Dengan muka masam , layanan yang macam aku ni mai mintak sedekah , pastu suruh aku buat gitu lak ! Jawabnya aku terus blah je.. Ko makan je la makanan tu ! Huh..
Dan tadi , aku beli 2 jenis air Cool Blog di Alamanda , Putrajaya. Aku takde duit kecik .. Kasi la kat dia .. Sebelum tu , masa amik order , dia layan bagus sekali la. Siap bagi penjelasan walaupun ada ketika aku tak memahaminya sbb aku kurang dengar . Silap sendiri la.. hehe . Dia ulang tanpa rasa marah pon .. hehe ..
Ok , sambung.. Bila aku hulur duit tu , dia mintak maaf kat aku . Dia kata takde duit kecik. Baru je bukak gerai tu .. Aku senyum. Aku kata kalau aku gi amik duit kecik , lama skit sbb nak kena tanya kat wife . Kat dia tadi ada la duit kecik .. Tapi aku kena jalan jauh la skit sbb wife tunggu aku kat satu tempat yang leh rileks. Dia penat nak berjalan dah .
Dia kata ok jer.. Aku pun gi la amik .. Pastu patah balik . Masa beri duit kat adik tu , sekali lagi dia mintak maaf dan beri penjelasan pada aku .. Aku ok jer.. Tak de rasa hati pon .. Cuma kawan dia yang perempuan tu je tak berapa nak mesra pelanggan ..
Kenapa ? Sbb bila aku tanya plastik untuk ‘takeaway’ , dia cuma tunjukkan plastik yang depan mata aku . Sekurangnya , tunjuk la ringan tangan. Amikkan dan tolong masukkan ke dalam plastik. Kan sejuk hati pelanggan yg dah berulang alik cari duit kecik .. kan kan ?
Kena fikir .. tanpa pelanggan , gaji tak leh bayar !
Dari usia beberapa hari dan terkini dah masuk 14 bulan .. Sama ke ngan muka aku ? Kalau gitu ,aku comey la kaaann ..
Wowwwww .. wowwwww .. Mesti ramai wanita menafikan ..Ini bermakna mereka mengaku mereka cantik la kan ? Hehehe..
Wanita cantik ni biasanya menjadi tarikan lelaki . Normal la kan ? Bila dah tertarik , syaitan pon goda laaa .. Tak kira dah apa jua statusnya .. janji hajat tercapai ..
Bayangkan jika perempuan menutup aurat seperti yang disuruh dalam Islam .. rasa rasanya ada tak lelaki nak gi ngorat ?
Bila menutup aurat , pastinya si perempuan tu akan malu pada ALLAH dan juga org lain. Jika berlaku juga , pastinya salah sendiri.Tak perlu menuding jari salah sapa .. Kan ?
Cantiknya wanita , kayanya lelaki adalah ujian dari ALLAH yang memerlukan keimanan yg tinggi utk mengatasinya.
Pernah berlaku pada aku dan Qhaliff baru-baru ni ..Waktu tu aku nak basuh berak dia haaa.. Sibuk laa dia nak tepuk air dalam baldi tu ..
Tangan kiri aku pegang badan dia dan tangan kanan cuba capai sabun yang berada agak jauh dari aku ..
Entah camana, Qhaliff tertonggeng masuk dalam baldi. Nasib baik air tak byk sangat dan tangan aku masih pegang dia ..
Kalau dia seorang diri ?? Hurmmm ..