Utk isu Hari Bapa kali ni .. Tahun lepas di Nona TV3.
Majalah apa ?? Tungguuuu ..
Tumbuh lagi gigi diaaa ...huhu .. Yang jerit sakit tu , mak dia .. heee..
Adehhhh .. tangguh lagi sbb bilik OT di Hospital Putrajaya ada masalah dengan pendingin hawa !
Dah sampai hospital kul 7 pagi tuuuu baru tau ditangguhkan ! Kata mereka semalam ada call .. Memang ada satu call masuk tapi waktu tu dok wat keje kat dapur rasanya. Tak perasan . Tapi kalau yer pun ianya penting , call la dua tiga kali .. Ni sekali je ! Haihhh .. Kita nak call balik , tu nombor general ! Jenuh nak tanya sana sini dan tunggu ..
Tak kisah la .. Tak marah pon . Apa nak buat .. Menda ‘free’ .. Nasib baik la doktor check dan kata tak merbahaya pon .. Hurmmm .. Sabar je laa ..
Nak balik Penang sat .. Jumaat ni baru gi balik hospital .. Ulang alik je kat spital skang ni.. Nasib baik dah kawin .. kalau tak ??
-iklan-
Kenapa kita perlu kurus ?
Sebab, majoriti pesakit kronik adalah datangnya dari orang-orang yg berbadan besar atau “OVERWEIGHT”. Jadi kegemukan adalah punca penyakit!
Kajian daripada Harvard Medical School membuktikan bahawa program penurunan berat badan yg paling berkesan adalah dengan cara Protein Sparing Modified Fast (PSMF).
PSMF adalah program berdiet yang menekankan pemakanan protein yg cukup diselang-selikan dgn pemakanan rendah karbohidrat serta meminum air yg cukup semasa berdiet.
Alpha Lipdu SD2 merupakan makanan suplemen dengan campuran berkualiti tinggi yang komprehensif terdiri daripada protin soya bukan-GMO (75%) serat, ekstrak daun the hijau, Vitamin A,B,C,D,E dan Mineral.
Tidak mengandungi pemanis @ perisa tiruan dan memberi nutrisi yang secukupnya yang diperlukan oleh badan..
Program diet yang berdasarkan kepada penyimpanan protin dan diet ketogenik ini terbukti berkesan menurunkan berat badan secara CEPAT, SIHAT & SELAMAT.
Baru-baru ni ada aku terima satu jemputan ke satu majlis pelancaran produk terkini AXE.. Yup , menarik produk terbarunya .. Dipanggil AXE APOLLO deodorant bodyspray .. heee ..
Dalam majlis tu , ditampilkan beberapa maskot angkasawan yang cukup menarik untuk bergambar bersama .. hehe .. Dan beberapa gadis jelitawan sambil membawa AXE Apollo deodorant body spray ni untuk dicuba ..
Kenapa tema Axe kali ni lain pulak eh ? Ok , meh aku citer skit ..
AXE Malaysia melancarkan pencarian di seluruh negara untuk memberi peluang kepada individu yang ingin melangkaui kebolehan sendiri iaitu menjadi seorang wira negara.
Bakal pengembara angkasa ini akan berpeluang untuk merasai suasana angkasa yang luar biasa dan kembali sebagai wira kebanggaan seluruh negara lalu memberi insipirasi kepada seluruh warga Malaysia yang lain.
Kenapa mereka memilih angkasa lepas ? Tiada wira yang lebih unggul daripada seorang angkasawan dan AXE ingin memberi para peminatnya satu peluang untuk mengalaminya satu kembara yang tiada bandingannya melalui satu pertandingan..
Yup , sapa sapa boleh mencubanya. Caranya mudah saja ..
- Sila ke AXEAPOLLO.COM
- Beritahu kepada dunia mengapa anda layak ke angkasa lepas !!
- Kemudian anda perlu mendapatkan sokongan daripada warga Malaysia yang lain melalui undian di laman web sebelum disenarai pendekkan untuk menyertai cabaran di peringkat kebangsaan .
Di sini hanya yang terbaik akan dipilih untuk mewakili Malaysia di kem AXE APOLLO SPACE ACADEMY di Florida , Amerika Syarikat dan bersaing bagi merebut tempat mereka untuk perjalanan ke perbatasan terakhir dengan para peserta dari 60 buah negara di seluruh dunia !
Itulah yang tertulis di hebahan media yang aku dapat dan aku kongsikan dengan korang semua . Wow !! Menarik sungguh niii .. hehehe ..
Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan dan bergambar dengan angkasawan .. hehehe ..
Dan sememangnya deodoran semburan badan AXE Apollo ni diketahui umum , sangat menarik baunya.. Segar senantiasa .. Senantiasa dalam beg aku .. Senang, mudah dan ringan jer untuk di usung ke mana mana ..
Bila dpt email amaran begini , sila klik details .. Pastikan siapa pengirimnya. Jika dari pihak bank , sila call dulu mereka.. Jangan sesekali klik link yg diberi !!
Malaun siber makin bersepah ...
Kalau cam Qhaliff , setakat ni .. aku cuma risaukan dia yang cukup gemar makan ! Apa saja aku makan , cepat cepat dia datang dan terus amik port di celah kaki aku dan menarik tangan aku ke arah mulutnya ! Kiranya apa yang aku nak suap tadi tu , masuk ke mulutnya terlebih dahulu !
Tak da masalah untuk Qhaliff .. Sememangnya mak dia dah latih makan apa saja termasuk sayur dan buah. Yang garam , manis semua tu .. ditapis .. Makanan segera ? Tak boleh lagi !
Tapi ada beberapa orang kawan aku perasan , anak mereka ada masalah untuk makan. Mereka lebih gemar minum susu .. Kesannya , ada yang dapat sembelit ..
Bagaimana nak tangani masalah camni ? Aku google dan cari jawapan. Wow !!! Ramainya yang punya masalah begitu !
Macam macam jawapan ada.. Ok , ini yang wife buat pada Qhaliff .. Dia senantiasa tukar menu .. setiap hari ! Takde makan yang sama jer ..
Bila dengan aku , dia akan makanan yang lain lak ..contoh dia akan makan epal dan buah limau dengan aku . Kiranya aku gigit , pastu dia akan hisap air tu .. Lama kelamaan , dia akan start gigit .. Gitu gak ngan buah limau.
Selain dari tu , aku kasi roti dengan ada perisa. Sekadar untuk dia ‘menikmati’ rasa .. Dari situ , selera makan dia bertambah. Dia tau apa yg bapak dia makan tu sedappp !!
Bila time nak susu ..
“ Neee nennn . Neee neennnn .. “
Aku gi bancuh la susu untuk dia andai mak dia takde .. Heee.. Kena sabar hadapi karenah budak ni sbb satu hari nanti , mereka akan sabar pulak hadapi karenah mak ayah dia .. bila dah tua !
Esok , gi hospital Putrajaya. Lusa , balik Kelantan .. Start berpantang kat sana .. Aku lak , ada byk projek blog kat KL .. Ini bermakna aku kena turun balik KL ..
Persoalannya , aku tak leh berpisah dgn Qhaliff ni !!! Tiap malam , tidur ngan dia .. mandikan dia .. basuh berak dia .. berebut makanan dgn dia .. gaduh ngan dia ..
Qhaliff kena ikut aku balik gak !! Mak dia ?? Hurmm .. hurmmm ..
Aku perati je memula .. Tengok , tengok dan tengok .. Macam ada je tak kena .. Aku panggil wife .. Tanya dia.. Ada perasan apa apa tak ? Dia pon tak perasan ..
Aku senyum .. Aku snap gambar dan postkan di FB . Nak tengok sapa yang perasan .. Hahahahha ..
Dan akhirnya … Ada jugaaak ..
Hurmm.. Kelmarin ada jiran aku sms aku .. Dia bertanya pasal kereta adik ipar yang diletakkan di rumah aku.. Apakah adik ipar aku dah amik sbb kereta tu takde dah di dpn rumah aku tu ..
Yup .. mmg dah amik hari tu. Prihtin sungguh jiran aku. Aku balas dengan mengucapkan terima kasih padanya.
Hari ni .. wife jiran tu bagitau yg kasut serta selipar mereka yang diletakkan dalam rumah tu ( rumah teres satu tingkat berpagar ) , dicuri !
Bermakna si pencuri tu buka pagar dan masuk ke dalam untuk mencuri ! Gulp ! Bahaya tu kalau dibiarkan .. Mula mula , luar pastu bila penghuni tak amik tindakan , pastinya mereka akan mula pecah masuk ke rumah !
Kejadian tu , aku dah kongsikan dengan penghuni taman yang lain melalui group whatsapp .. Tindakan susulan akan dilakukan nanti ..
Hurmm… Dah mula risau memasing .. Hurm..
Waaah ..aku beli bola ni sehari sblm final EURO 2013 ..heee .. Tak sangka lak jadi juara .. Tapi , aku tak tgk pon game ..
Lama dah aku tak follow bolasepak dunia termasuk la liga domestik .. heeheh .. Sejak bila ? Sejak Ronaldo dan Zidane bersara .. huwaaaaa ...
Pasni nak train Qhaliff lak jadi pemain bola .. heehe .. tak la tahap negara .. cukup utk pengalaman dia jer .. hehehe ..
Yang utamanya , penuhkan aktiviti sihat dalam kehidupan dia .. tamo dia dok abiskan masa dgn gadget dlm rumah je ..
Kehidupan perlu mencabar ..
Anak kecil tak nak tidur ? Ahaaa .. Mesti kelaparan ! Kasi susu sama dia !
Tak juga ? Hurmmm .. Lampin pakai buang , dah ditukarkan ke ? Ahaaa …
Tak jugak eh ? Nak bermain ? Cer check perut dia .. Kembung ? Cuba sapu dengan minyak angin yang sesuai untuk bayi.. Jangan letak minyak yg untuk orang tua lak .. Melecur kulit nanti ..
Tak jugak eh? Hurmm .. Biar je dia main. Mesti nak berak tu ! Kalau dia berak , tidurnya pasti nyenyak !
Tak nak tidur gak ? Hurmmm … hurmmm … Layan la Upin dan Ipin ngan dia .. Atau Fast and Furious pon ok gak .. hehehe .. Confirm boring dia ..
Tapi kalau dia mmg baru bangun tidur , sekurangnya 3-4 jam baru leh tidur ! Silalah layan anak tu ..
Jangan sesekali buat jalan singkat atau tension.. Ada pulak gi marah anak tu .. Jangan sesekali gitu .. Kang ALLAH amik balik , baru nak menyesal !
Sapa kata dunia maya ni susah buat duit secara halal ? Haaaa.. segalanya atas kemahuan sendiri ...
Yang penting , usaha , strategi , doa dan tawakal pastu usaha lagi dan lagi ..Walaupun dah sampai kemuncak ,teruskan berusaha tp ...jgn lupa akhirat !
Jangan anggap susah walhal ianya mudah. Yang susah tu sbb kita sendiri takde perancangan yang teliti. Baru tanam benih , esok dah harap berbuah ! Mana boleh gitu kan ?
Dalam kes aku ni , sahabat ni yang juga agen pengiklanan mintak tolong untuk RT dia punya Tweet ,, aku kata ok je tapi tak perlulah bayar sbb banyak job dah dia bagi aku. Bukan harga ciput pon kasi kat aku .. Jadi , free je la.. Heeee ..
Alhamdulillah ..
Di Tesco Nilai .. sewaktu aku beratur nak byr barangan yang aku amik , ada seorang lelaki Arab tercari cari kaunter yg kurang pelanggan di sebelah aku.
Turn aku cumalah seorang pelanggan dan dia pula cuma nak beli satu barang jer iaitu beg pakaian.
Aku pandang dia dan senyum. Tangan aku beri isyarat minta dia masuk dahulu.
"Bolehlah ?" . Dia cam tak percaya. Terkejut aku bila dia berckp melayu..
"Silakan .. ".Aku balas .
Dia celah depan aku dan tiba tiba ada satu kaunter bayaran bersebelahan dia dibuka. Dia pun cepat cepat ke sana . Dia pandang aku dan panggil utk beratur di belakang dia.
Aku pun pergi beratur belakang dia ..Tiba tiba dia bercakap dgn seorg lelaki di kaunter bayaran satu lagi dlm bahasa Arab yang aku percaya lelaki tu pun berbangsa Arah
Dia kerap melafazkan 'In Sha Allah' dan 'Alhamdulillah' sewaktu berbual dengan lelaki tu .. Jumlah dia lafazkan dua perkataan tu dlm sekelip mata jauh lebih byk dr aku lafazkan hari ni !!
Astagfirullah al'azim .. Malu aku pada diri sendiri..