Alhamdulillah .. sampai dah umah .. 12 jam perjalanan .. Pelik tul laaa .. Orang lain buat 6-8 jam tapi aku senantiasa 12 jam walaupun takde jammed !!! Adehh .. byk sangat ‘ makan angin ‘.. Aku bawak pelan je tu.. Tu pun leh kena 3 AES !! Mangkuk tul kamera tu .. Aku kata kamera yer .. Bukan orang yang meluluskan penggunaan AES tu yer .. Orang tak bersalah .. Kamera yang bersalah !
Ok , sambung .. Aku tak ingat belah mana tapi rasanya kat Benta .. Lori yang dipenuhi kepala sawit tu dari simpang sebelah kanan tiba tiba dengan pantas memotong kereta aku untuk berada di hadapan !
Tiba-tiba muatan beberapa bijik kelapa sawitn yang bersaiz besar terlepas dari jaringan yang menutup muatan tu , lalu berderai di atas jalan raya .
Nasib baik la aku pandu perlahan selepas melihat ‘kelakuan ‘ lori tu dari jauh . Aku sempat brek untuk elak sebijik berguling ke arah bumper aku ! Hahahah .. Oh noooo .. Nasib baik kereta di hadapan memberi laluan kepada kereta yang dipandu aku untuk menyelamatkan diri ! Aku angkat tangan sebagai tanda terima kasih. Baguskan aku ?
Bayangkan jika aku berada rapat dengan lori tadi ? Aku rasa kereta baru aku confirm dah serupa kereta Upin Ipin !
Moralnya , jarakkan kereta anda .. InshaAllah selamat. Kamera Aes takkan selamatkan anda tapi kesedaran diri sendiri tu penting..