" Media online di negara Sigapura perlu memohon lesen di bawah Lembaga Pembangunan Media dan perlu membayar deposit sebanyak AS$ 39,500 (RM122,141).
Selain itu, media online turut tertakluk kepada undang-undang iaitu perlu menarik semula berita yang tidak menyenangkan dalam masa 24 jam. ". – Sinar Harian Online
Aku pernah up entri berkenaan ni.. Ramai benar membangkang ! Yelah , takkan blog cikai cikai cam aku ni pon nak kena ada lesen ? Senang nak kawal ke ? Mana boleh gitu .. Kalau segalanya nak dikawal , jadi apa kebebasan rakyat terutama dalam hak bersuara .
Kita ada SKMM dan pelbagai agensi utk pantau media online ni . Bila berlaku penyelewangan , maka tugas mereka untuk membanterasnya.
Memadailah dengan daftar di internet .. Tak perlulah dikenakan bayaran terutama pada blog blog kecil yang cari makan ni .. Yelah , nak meniaga burger depan rumah , dikatakan pencemaran , maka meniaga dalam internet je..
Macam aku kata tadi la .. kalau nak kawal juga , daftar je secara online .. Ada kebaikan juga terutama mereka yang gemar buat fitnah. Tapi tolonglah jujur , amanah dan telus .. Allah nampak ! Tak jujur kalu , letih nak nak usung beban amanah di akhirat nanti .. haaa .