Sejak kehilangan dslr aku yang berjenama NIKON itu , aku malas dah nak berkamera. Hanya guna kamera hp jer.. Senang ! Upload terus ke Fb , Instagram mahupun blog ! Haaa ..
Tapi ada satu masalah ! Masalahnya ialah bateri .. Hurmm.. Aku malas nak guna power bank .. Biasanya aku akan recharge bila dalam kereta atau guna laptop jer .. heeheh ..
Tetapi sejak terpandang kamera Panasonic Lumix ni , aku tergoda ! Tergoda sungguh ni ! Nak beli ? Hurm.. kena kumpul duit terpijak dulu , baru leh plan nak beli ..
Apa yang menariknya tentang kamera ni ? Yang membuatkan aku berminat pada kamera ni ialah ada wi-fi , skrin dia leh condong 180, mampu dihidupkan dalam masa 0.5 saat , ada 19 jenis filter dan pastinya kerana kualitinya .. Aku pernah guna dulu .. mmg cantik gila la gambarnya ..
Malas dah nak guna dslr .. leceh nak usung beg besar besar .. ehehe ..