Seperti biasa setiap pagi selepas solat Subuh , aku akan masuk ke page page yang berkaitan dengan Syria dan Mesir .. Terkejut aku ! Yelah , aku dah berhari tak tonton berita di tv .. Maklumlah , berita di tv ni .. banyak benar pusingnya .. Yang boleh tengok berita sukan jer .. Lain ? Kena fikir betul betul ..
Keadaan di Mesir sangat menyedihkan. Dari sumber page , katanya lebih 2 ribu rakyat Mesir mati dan lebih 10 ribu lagi cedera bila tentera melepaskan tembakan serta membakar khemah khemah mahupun hospital !
Lebih 2500 - Syahid.
Lebih 3000 - Ditangkap.
Lebih 10000 - Cedera.
Lebih 200 - Jurugambar dibunuh.
Dataran Raba'ah - Dikosongkan tentera.
Hospital Lapangan Raba'ah - Ditutup tentera.
Hospital Lapangan Nahdhah - Dibakar tentera.
Doktor2 bertugas - Ditangkap tentera.
- ( Jkkk Fan Club )
Astaghfirullah al a’zim. Ada juga video wanita berniqah ditembak ketika sedang amik video .. Bacul sungguh tentera Mesir ni ! Mayat pula dibiarkan terbakar !
Dari page Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM)
“ Hospital Medani tidak berhenti menghitung bilangan syuhada' dalam pembunuhan di Raba'ah, An-Nahdhah, Mustafa Mahmud dan lain-lain tempat. Demikian itu kepadatan terlalu banyak yang syahid tidak tiba ke hospital kerana disebabkan serangan ke atas bangunan hospital dan banyak jasad yang rentung.
Suasana di masjid Iman, Makram Abid berdekatan dengan Hadiqah Atfal. Hanya seblilangan kecil jenazah yang sempat dibawa lari dari Rabaah Adawiyyah. Manakala yang lain, tidak dapat diselamatkan dan dibiarkan oleh tentera terbakar di hospital Rabaah. “
Aku tertanya gak .. Apa tindakan pentadbiran negara kita ? Dan terkini apa yang aku cuma baca di akhbar ialah ..
“ Datuk Seri Najib Razak menggesa semua pihak yang terlibat dalam insiden pertumpahan darah di Kaherah, Mesir ,supaya menghentikan permusuhan dengan serta merta dan berusaha ke arah penyelesaian damai
Perdana Menteri dalam posting terbaru dalam akaun Twitter dan Facebook akaunnya
juga meminta pihak berkuasa negara itu supaya jangan bertindak melulu.
"Kami risau dengan laporan keganasan terhadap penunjuk perasaan di Mesir," katanya. “.
Tu je ? Hurmm .. Semoga Allah lindungi saudara kita di Mesir , Syira ..
Banyak sebenarnya .. haihh …