Aidilfitri menjelma lagi ! Selang beberapa hari sebelum Aidilfitri , pastinya kita tau warga kota akan pulang ke kampung masing masing untuk berhari raya dan pastinya jalanraya akan menjadi tumpuan ! Heheheh .. Jammed laa wooiii !!
Satu sikap yang sering kita lihat bila memandu dalam keadaan kesesakan begini ialah sikap tidak sabar ! Memalukan ! Tak kira berkereta besar atau kecil .. Kenapa semua ini terjadi ? Sampai bila kita nak bersikap begini ? Tidakkah sedar semua ini punca kepada berlakunya kemalangan ?
Ok , apa yang patut kita lakukan ? Kita mulakan dengan diri sendiri ! Contohnya aku laa.. hehe.. sapa lagi kan ? Dah sendiri buat , sendiri cerita laa ..
Berlaku pada aku pada raya ke tiga sewaktu nak pergi ke Pengkhalan Chepa , Kelantan. Aku yang tak mahir dengan kawasan tu terpaksa gunakan GPS sebagai bantuan perjalanan.
GPS ni , faham faham la.. Jap ok jap tak .. Bergantung pada internet la katakan .. Nak dijadikan cerita , sedang dalam kesesakan lalu lintas tu , tiba tiba sebuah kereta mpv cuba memotong lalu yang mana , banyak kereta sedang queue ! Dia entah dari mana , tetiba main celah nak masuk je !
Apa yang patut dibuat ? Jangan bagi laluan ? Bagi dia laluan ? Kenapa pulak nak bagi dia lalu ? Bukankah dia potong queue ? Kereta depan aku mmg tak kasi dia masuk tetapi aku , benarkan dia lalu dengan berfikiran positif.. Mungkin dia tersalah lorong kot ?
Tidak lama kemudian , kejadian serupa berlaku pada aku . Aku tersalah lorong ! Aku ‘terpaksa’ mencelah untuk masuk ke lorong yang sepatutnya . Ni semua GPS punya salah ! huhu…
Aku tebalkan muka untuk mencelah . Menagih simpati dari kereta sebelah untuk benarkan aku lalu. Kedudukan aku tu perlu berubah untuk elakkan kesesakkan lalu lintas .. Laluan kereta terhalang gitu !
Nasib baik laaaaaa pemandu kereta tu benarkan aku pergi dulu. Aku angkat tangan sebagai tanda terima kasih ..hehehehe .. Orang berbudi , kita berbahasa .
Selepas itu , bila ada kereta nak celah masuk atau pejalan kaki nak lintas , mmg aku kasi mereka ‘jalan’ dulu .. Aku rasa cam seronok bila dapat buat begitu. Yelah , nampak muka mereka terpamer rasa lega gitu .. hehehe ..
Sikap begini patut ada pada diri kita tak kira la kita ni pemandu , penumpang atau pun sekadar guna perkhidmatan awam . Perlu ada sifat bertolak ansur dalam kehidupan kita sehari hari ..
Bila kita amalkan sikap begini , kehidupan kita seharian pasti akan berjalan dengan lancar ! Kalau masing masing dengan sikap ego , keras kepala dan sombong maka setiap hari perjalanan hidup kita akan sentiasa ‘sesak’ dengan ‘kemalangan’ ! Takkan nak begitu kan ?
Jom kita ajak rakan rakan untuk melakukan sesuatu yang berpositif yang mana ianya mampu mengubah sikap kita yang kurang enak dilihat itu. Bila lagi nak berubah kan ?
Tweetkan kemudian letakkan tanda hashtag #PositivelyMalaysia serta lokasi anda seperti #Selangor atau #kualalumpur agar rakan rakan lain dapat semangat untuk melakukan sesuatu yang positf seterusnya berjaya membina masyarakat yang lebih bersifat penyayang dan bersemangat positif !
Setiap perkongsian anda perlu ada ( #PositivelyMalaysia + #(lokasi anda)) untuk memastikan tweet anda akan dimuatnaikkan di http://www.malaysia.my/positivelymalaysia .