Terdengar di berita television semalam .. Perghhhh .. Berasap jer !! Kenapa ? Sebab aku ada 3 saman AES ke ? Takde maknanya ! Yang PDRM pon aku bayar .. Yelah , kalau dah terang terang buat salah tu , byr je la ..
Menurut orang yang bercakap di dalam tv tu , selepas ni jumlah saman dikenakan antara RM150 – RM300 , berdasarkan kesalah yang dilakukan .. tapi kalau tak bayar dalam tempoh tertentu , jumlahnya akan meningkat .. cam RM150 ke RM200 dan RM300 dalam tempoh 60 hari ! Perghhhh .. gila dasat !! Banyak sungguh duit rakyat kan ? Sesenang je buat gitu.
Ok la tu kan ? Cuma yang aku tak puashatinya ialaahhh .. penggunaan kamera tuu .. Kalau ada orang yang jaga kamera tu cam polis trafik atau penguatkuasa , tak pe la.. ni sekadar kamera gitu jer .. Kalau kamera tu rosak atau ada masalah teknikal , camana ? Gambar dah diambil .. takkan diorang nak kensel lak gambar tu kan ? Haaa .. Pikir positif ? Mereka batalkan ? Hehehe.. Yolahhh tuu ..
Haa.. ada yang orang JPJ jaga .. tapi dia letak je kat situ pastu dia buat apa pon tak tau laa.. Tak macam polis trafik buat kerja ! Polis trafik , dia mengadap kamera tuuu dan tangkap bila ada kenderaan disyaki laju ! Cam tu , aku setuju la sangatt !
Satu lagi .. tempat yang diorang pacak kamera tu , sangatlah mengarut ! Janganlah kata diorang buat kajian .. Gi tengok kat Putrajaya tu je dah tauuu .. Ada ke letak kat selekoh ? Kat tempat kerap berlakunya kemalangan , takde la pulak ! Serius laaa aku pelik dan tak puashati !
Aku ada 3 saman sekitar Putrajaya jer !! Gila tak ? Bawak laju mana sangat dalam Putrajaya ?? Dan menariknya pemandu yang memandu ikut suka tekak ( kurang ajar ) , camana pulak ? Sapa pantau ? Aes cuma tangkap laju dan langgar lampu isyarat .. Yang suka potong queue , tak bagi signal bila celah dan sebagainya , camana pulak ? Bukankah itu semua punca kemalangan ???
Sebelum AES dikaji hari tu , rasanya lebih 500 ribu saman dikeluarkan ! Dan skang wajib kena bayar .. kalau tak , naik mahkamah .. Heee.. Kenapa eh tak sangkut dengan road tax seperti sebelum2 ini ?? Haaaa… tertanya gakk ek ?
“ Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Ismail Ahmad berkata, kadar baharu itu hanya berkuat kuasa bagi saman dikeluarkan selepas 18 Sept lalu manakala saman sebelum tarikh itu masih menggunakan kadar lama iaitu RM300.
Beliau berkata kadar baharu tersebut berasaskan 'Lagi Lewat Dibayar, Lagi Banyak Perlu Dibayar", sebagai contoh saman RM150 bagi kesalahan melebihi had laju dan tidak mematuhi lampu isyarat akan meningkat kepada RM200 jika tidak dibayar dalam tempoh 14 hari dan RM300 jika tidak dibayar dalam tempoh 60 hari.
Tempoh 14 hari itu bermula hari ini, katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Ismail menegaskan jika saman itu tidak dibayar dalam tempoh yang ditetapkan iaitu sekurang-kurangnya tiga bulan, akan dihadapkan ke mahkamah.
Selain itu, Ismail berkata, bermula Januari 2014, mereka yang dikenakan saman AES akan turut dikenakan mata demerit mengikut jenis kesalahan berdasarkan sistem Keselamatan Jalan Raya atau Kejara.” – Sinar Harian.
Entahlahh … Aku rasa , 10 peratus rakyat Malaysia yang alami masalah psikologi , adalah berpunca dari menda menda gini laa.. Dengan petrol naik , harga barang naik .. dan ramai naik gila !