Aku tak pernah kenal Bocey.. Tak pernah tau pun kewujudannya. Tapi sejak kumpulan ni melangkah ke pusingan suku akhir , aku dapat rasa mereka bakal memeriahkan lagi dunia komedi negara kita ..
Sungguhpun mereka tak menjuarai MLM 2013 , mereka telah berjaya mengumpul peminat peminat terendiri termasuk aku. Heheheh .. Komedi mereka menjadi malam ni .. Cuma sayangnya , ramai tak nak mengundi mereka termasuk aku juga.. Kena jimat duit wehh !! Nak bayar duit Astro lagi haa ..
Buat juara , SepahTu .. mereka beruntung sbb mereka dah dikenali terutama di Astro. Jadi tak sukar nak mengutip undian sms. Juri punya bintang , mmg tak leh pakai sangat.. Yang tak lawak pon dapat 4 bintang.. hehehe .. Jangan kata lak , “ Ben , apa kata ko jadi juri jer ! “. Ini cuma pendapat penonton yang bayar Astro tepat pada masanya setiap bulan ! Hak aku untuk mengeluarkan pendapat..
Buat Nabil dan Jambu , walaupun anda tak lawak untuk MLM 2013 tapi di Karoot Komedia , anda tetap menjadi pilihan aku selain Yus.. Hehehe .. Jangan putus asa yer.. Sekurangnya , anda telah belajar bahawa tak semua mimpi bergelar artis itu indah belaka ..
Shiro , anda telah buat yang terbaik cuma bukan rezeki anda… Rahim paling untung malam ni .. Kereta dapat .. 500,000 pon dapat ! Hahahha.. Memang rezeki dia .. hahaha ..
Ok , nak buang Mustika pasni dah .. Skool Of Lawak ? Tak pe laaa .. Buang duit jer ..