Ok .. Aku rasa la , drama ni dah ‘over’ ! Aku rasa korang pon dah tau apa maksud aku kan ? Jalan cerita mmg best tapi bila nak terlalu hayati watak agar lebih menarik , rasanya tak perlu laaa..
Watak manja , romantik dan mengada tu tak semestinya nak kena peluk , cium tang dahi la dan sebagainya. Adoiyai… Sesuai ke drama gini ditonton oleh anak muda ? Iskhhh…
Tang lain , tak pulak dia titik beratkan cam watak Aryan yang pegawai polis tu. Ada ke pegawai polis simpan janggut ? Lain la dia tu mata mata ke , detektif ke.. Tapi tak ponnn.. Satu Malaysia tau dia pegang watak pegawai polis !
Aku rasa .. malam ni episod terakhir la aku nak layan drama Melayu ni .. Rasa bersalah pulak dok sokong drama gini .. Hurmmm.. Maaf la yer.. Bukan nak kata aku baik tapi anak muda remaja dok tengok tuuu dan ada yang follow dah pon..
Rasanya ada gambar tersebar murid sekolah rendah bertatu di lengan kantoi kan ? Salah sapa ? Yer , diorang kata salah mak bapak sebab tak pantau ! Mana kementerian atau jabatan yang patut pantau drama atau filem yang diterbitkan utk tontonan umat Islam di negara tercinta ni ? Apa dah jadi ni ?????
Bila bersepah bayi dibuang , nak salahkan remaja yang buat zina tu ? Huh …
Teringat dulu.. filem Hong Kong dulu pon nak cium mulut , segan segan.. Sekarang dah selamba.. Filem Hindustan pon dulu dok cium dahi je.. Sekarang dah ada cium mulut kan ? Tak mustahil satu hari nanti akan berlaku pada drama kita kalau takde yang amik kisah ..
Entah laa.. Aku malas dah nak tengok .. Tiada lagi BUKAN KERANA AKU TAK CINTA ! Maaf Jebat .. Nasib baik aku tak botak kepala ! Hahahahah ..