Hurm.. Dipisahkan ! Camana la agaknya kalau aku berpisah dengan Qhaliff..
Yelah , aku ngan dia dah macam belangkas ! Dia pon tak leh berenggang dengan aku .. Asal aku melangkah je , dia dah peluk kaki aku ! Hahahaha .. Adehh ..
2 orang sahabat aku , terpisah dengan isteri dan juga anaknya .. kerana kerjaya memasing ! Bukan nak sangat tapi dah kerana ‘arahan’. Apa boleh buat ?
Kesian sebenarnya tapi aku tak leh nak tunjuk kesian sangat sbb nanti kawan tu lagi rasa sedih. Aku kena selamba supaya dia lebih tabah..
Perit .. aku tahu.. Apatah lagi bila melihat wajah anak yang masih kecil. Nasib baik anak memasing masih seorang .. Kalau ramai ? Hurmmm.. Sebab tu Allah tak kasi lagi kan ? Kan cantik perancangan Allah tu.. DIA tau apa yang DIA buat.. Kita tak yah la nak pertikaikan ..
Berpisah dengan orang tercinta ni , perlukan kekuatan mental. Kena tunjukkan kita mampu .. Dalam hati Allah saja mengetahuinya.. Tak pe la wahai sahabat .. Yang penting di saat begini , rakan rakan ada di samping. Menasihati agar lebih menggunakan masa ini utk menghargai kenangan lalu dan juga masa mendatang ! Jangan persiakan nanti bila masa itu datang .. kan ?