Wowwwww… Apakah blog aku ‘hot’ kerana Qhaliff ? Hehehehe .. Apakah ?? Huh .. Cemburukah aku ??
Giler !
Takkan la dengan anak nak cemburu ? Apatah lagi , nak bercakap pon tak reti lagi .. Iskhh.. Lagi pon , kecomelannya tak bermakna tanpa ‘cerita’ dari aku.. Orang nak bercerita mengenai sesuatu pon kena pandai tauuu .. Bukan senang nak bercerita bagi mendapatkan reaksi pembaca .. Sengih , ketawa , sedih , geram .. haaa ..
Aku sebenarnya rindu nak update pasal isu semasa .. Hehehe .. Tapi disebabkan gaya aku berblog adalah berkenaan dengan apa yang berlaku di sekeliling aku , aku tak leh la nak main update untuk dapatkan trafik ! Yelah , aku tak ikuti perkembangan semasa , camana aku nak update kan ? Dah dok asyik bergaduh ngan Qhaliff jer .. Haaa ..
Nak baca suratkhabar pon tak sempat sebenarnya.. Kalau gi umah orang tua aku , baru la berkesempatan belek sana sini .. Rupanya , macam macam kes ada .. Huhuh..
Tapi , aku update gak pasal Qhaliff ! Hahahaha .. Yelah , bila aku tak update ..
“ Abg Ben , takde cerita pasal Qhaliff ke ? Kami rindu la nak baca pasal dia .. “ .
Huk alohhhh.. Berapi okkk !! Berapii nihhh !! Berapi ke ? Takde la .. Aku nak cerita camana kalau dah takde cerita .. Kang lebih lebih , ada pulak pembaca meluat walaupun ni blog aku .. kan ?
Tak lama lagi , perjalanan blog ni .. berubah .. Tak lama lagi.. InshaAllah .. Aku tengah dok pening kepala mana nak tanam uri je ni.. Kalau area rumah aku ni , penuh anjing . Haaaa .. Bahaya ..
Oh ya.. Jangan risau la.. aku tak pernah rasa tergugat pon . Bak kata orang , pelakon yg hebat , takkan hebat tanpa penulis skrip yang hebat ! Haaaa .. kan kan ?
Sapa kata ? aku la kata .. hehehe …
Makan malam di TGIF , Alamanda tadi ..
Kali pertama bawak wife dan Qhaliff makan di sini. Yelah , pasni semua kena pantang 100 hari dah ! Hahahahah .. 100 hari ??? Wowww …
Dah cari port baik punya .. Terserempak blogger Shakiddo lak .. Dia ngan wife dia .. Nak makan gak.. Amboi , hari blogger sedunia banyak duit nampak .. hahahah ..
Ok.. Duduk.. Dan order .. Masa ni , Qhaliff dah tunjuk hero dia .. Haih , berpeluh ketiak aku dok tahan dia .. Ke sana sini .. Panjat atas meja.. Pergh.. Terserlah usia 2 tahun dia ..
Arghhhh .. Sekeping gambar pon tak jadi ! Tak sempat nak setting .. Dia dah terkam nak amik kamera .. Haihhhhh ..
Bila makanan sampai .. korang pasti tau apa jadi punya ! Kenyang tengok dia manjat sana sini ! Huh …
Gi Taman Burung KL semalam .. Teruja benar laa dia kat situ ! Yelah , dia cukup suka tengok burung dan ikan.. Senyum meleret jer dia.. Cam nampak awek cun jee .. Hahahaa..
Tapi aku gerun part nampak ikan.. Dia , kalau boleh nak masuk terus dalam kolam tu. Aku gertak pon , dia tak takut langsung ! Bahaya aihhh…
Pastu dalam Taman Burung tu , ada beberapa buah kolam ikan.. Aiyokkk.. Puas laaa aku pegang dia.. Dan dia puas laaa nak lepaskan diri dari pegangan aku.. Aku tak kasi , ada la tiga pat tamparan wanita aku terima dari dia ! Pedih beb ! Nasib baik laa baru 2 tahun… Hahahaha ..
Gigih memanjat .. Aku turunkan dia , dia panjat semula ! Aihhhh .. Sambil pegang kamera , sambil pegang dia .. Huhuhuh.. Kalau tak , aku tak dapat rakam perbuatan dia ni..
Tujuan dia panjant tu , nak kasi ikan makan .. nak campak daunan yang ada kat situ.. Huhuh ..
Tak puas dia tengok ikan ikan tu.. Terpaksa aku dukung dia pergi dari situ sbb dia nampak macam dah naik syok sangat tengok.. Macam nak terjun pon ada dah tu ! Huh !! Sebelum aku mandi dalam kolam tu , baik beredar ! Heeee …
Meraung ? Tak pon.. Dia bukan jenis susah nak pujuk .. Kejap je ok .. Tengok je burung kat situ .. Terus ok .. hehehe ..
Potong sudah kek yang cantik itu oleh Qhaliff sendiri .. tanpa belas kasihan .. Hehehe .. Dan bagi pada anak anak jiran yang nampak aku bawak masuk kek ni .. Heeee ..
Baki , untuk sepupu sepupu dia nun di Sungai Buloh dan juga rakan yang dah antar mesej nak rasa kek tu ! Hahaha .. Adeh.. Yelah , nanti aku cuba bawakkan masa di futsal nanti.. InshaAllah yer.. Kalau ada baki .. Tak janji tauuu ..
Setelah menjengah 2 tahun , Qhaliff semakin boleh disuruh. Mintak amikkan itu ini , dia buat.. Suruh tutup peti ais , dia tutup.. Faham dia.. Cepat tangkap..
Dan dia cepat belajar perbuatan aku. Apa yang aku buat , dia akan buat pastu .. contoh bila minum air botol.. Dia pon nak buat gitu gakkk .. Haaaa .. Bahaya benar aih ..
Nasib baik aku tak merokok .. Hurmm..
Begitulah adanya ..
Cantik , cantik dah ... tapi sedap ke ?? Hahahahha .. Tentu laaa .. tgk sapa yg bikin ini kek .. Sebut je namanya , pasti akan kata .. ' Oooooooo' ...
Sedap laaa..
Dah masuk tahun ke 2 .. Genap 24 bulan usianya .. Alhamdulillah , membesar dengan bijak dia .. Dah mula selongkar peti ais , mintak makanan daddy dia .. Pandai pilih mainan apa dia nak .. Melarikan diri bila ajak membaca ABC tapi dalam diam , dia baca sendiri sendiri je.. Hahahah.. Pemalu !
Kehadiran dia , menambahkan lagi seri buat aku , wife , keluarga kami , rakan rakan yang mengenali kami terutama di dunia maya ini .. Berkat doa rakan rakan serta tunjuk ajar mahupun teguran yang membina , aku amat amat menghargainya ..
Gambar kat atas ni , adalah gambar kek harijadi yang dibuat khas untuk Qhaliff oleh kak Nina CyberCake. Memang handal la bab bab buat kek gini .. Aku pacak je gambar ni , orang dah kenal air tangannya ! Hehehehe .. Terima kasih kak Nina ..
Buat isteri tercinta , terima kasih kerana melahirkan bayi yang membawa keindahan dalam hidup kita ..
Selamat Hari Lahir Qhaliff .. Semoga Allah berkati Qhaliff dan kita semua .. Terima kasih juga buat rakan rakan yang ucapkan selamat dan buatkan ucapkan khas untuk Qhaliff .. ..
PS : Ikutkan gambar ni nak keluarkan esok bila dah dapat kek tapi tak tahan … Comel giler ! Hahahaha .. Sori kak Nina.. Hahahaha ..
Hurmm .. Cari dan beli .. Main 5 minit jer !! Dan kembali mintak tab daddy dan laptop daddy haaa.. huhu..
Sebenarnya , apa pon dia tamo.. Dia nak main ngan daddy dia jer .. hurmm .. Tak pe laa.. besday boy esok ..
Gi Taman Burung atau Sunway Lagoon ?
-iklan-
"Slm..akakkk..Perut ku suda mengecik lagi..kalo kuar tak pakai girdle pun ok..mmg tk nampak buncit pun. dh nk abis botol ke-3.. Nnt mau restock lagi.hihi syiok..suami pun senyum je tgk perubahan ni..Thanks akak.
Brg nawal mmg membantu proses kecikkan bdn. hihi suke3. Dlm proses nk kecikkan lengan pulak niLain dah ok dh. Tggl lengan je..hihi..pipi tu mmg tak kecik dh kot.
Pic kiri..ms tu umur ank sulung sama dgn ank no. 2 ni pic kanan. dulu pantang guna set bsalin xx. Beza dgn guna set bersalin nawal yg lepas pntg pn boleh pakai lg..bnyk beza dr dulu kn kak :) "
Aiza, agen kuantan 0199848254
Muhammad Anas, mamanya Pn Noraini stokis Kota Bharu, Kelantan. baby comel ni baru je lahir lbh kurang 2 minggu lepas..ni saja je kami nak share berita gembira ni dgn semua org diluar sana...:)
Pn Noraini , 0133932004
Pn Noraini nampaknya seronok sgt dpt berpantang dgn set bersalin #nawalherbalbeauty. utk sihat, cantik dan slim dalam masa singkat, anda mesti mencuba #setbersalin kami!
Susahnya skrg kan...ibu2 hamil mempunyai terlalu banyak pilihan set bersalin yg wujud di pasaran. Sampaikan ibu2 hamil menjadi keliru tak tau mana yg paling berkesan, berkualiti dan berfungsi sepenuhnya utk pemulihan kesihatan, mengembalikan kecantikan dan menguruskan badan seperti sediakala...
Takpe, kami di Nawal Herbal Beauty membantu anda....
Nak tak kami bantu ibu2 hamil sediakan kelengkapan berpantang yg sgt bermutu tinggi dan bgt berkesan?
Nak tak ibu2 bersalin berpantang dlm suasana moden, tp mengikut kaedah tradisional yg terbukti amat berkesan utk kesihatan dalaman dan luaran?
Set bersalin Nawal pakej A KINI MENDAPAT PERHATIAN RAMAI!
Item2 dlm set bersalin pakej A:
1. Tungku besi
2. Sarung tungku herba
3. Herba mandian azzahra
4. Bengkung ibu
5. Bedak panas syifa
6. Pati minyak serai wangi
7. Feminine wash manjakani
8. Intensive toning lotion
Ciri-Ciri :
- Utk kecutkan rahim dgn amalan berbengkung dan bertungku
- Utk kempiskan perut dgn amalan berbengkung
- Utk bakar lemak di perut, peha dan pinggul dgn amalan berbengkung. Berbemgkung setiap hari selama 40 hari berurut-turut berkesan mengembalikan bentuk badan asal kepada ibu dengan lebih cepat.
- Utk tuam badan dgn bertungku
- Utk buang angin dgn mandi herba
- Utk lancarkan pengaliran darah dgn bertungku
- Utk naikkan seri wajah dgn mandian herba dgn aromaterapi serai wangi
- Utk hilangkan bau hanyir darah nifas dgn mandian herba
- Utk mengurut badan, menghangatkan badan dan membuang angin dgn pati minyak serai wangi
- Utk berlulur kulit khas bagi mengelakkan rongga dimasuki angin dgn bedak panas syifa
- Utk mengatasi sakit rengat dgn amalan bertungku
- Utk mengatasi bengkak susu dgn amalan bertungku secara lembut dan perlahan-lahan
- Utk berparam dan berpilis dgn bedak panas syifa dan pati minyak serai wangi
- Utk mengelakkan masalah sakit kepala dan pening dan mencerahkan pandangan dgn amalan berpilis dgn bedak panas syifa
- Utk mencuci faraj dari masalah gatal, keputihan dan bau dgn feminine wash manjakani. Selamat digunakan semasa hamil dan dalam pantang (selepas darah nifas kering).
- Utk mempercepatkan pengeringan kesan jahitan episiotomi dengan feminine wash manjakani
- Utk bakar lemak secara lebih intensif dgn intensive toning lotion. Sesuai dipakai bersama brngkung ibu, atau pada waktu malam. Sapu di perut, pinggul dan peha. Aroma lemon citrus sangat wangi dan menaikkan aura positif.
Apa lagi yg ibu2 akan dapat ??? Beg set bersalin, percuma !!!
Testimoni:
“ Tiana dr kl tak sangka produk nawal sangat berkesan. Walaupun masih baru, tp beliau berani mencuba. Harga pun murah je..mmg puas hati. Rahim sekejap je dah kecut, mak pun terkejut sgt, habis hilang sakit2 badan :) “
Nak lihat testimoni banyak lagi? Jom lihat album testimoni ♥♥♥
APA TUNGGU LAGI IBU? DAPATKAN YG TERBAIK UTK PENJAGAAN KESIHATAN DAN KECANTIKAN ANDA..SEMASA DALAM TEMPOH BERPANTANG....♡♡♡
Terdapat 3 pakej set bersalin yang kami tawarkan untuk anda. Harga setiap pakej adalah selepas diskaun ya. Harga asal adalah lebih tinggi. Kalau mama2 conel diluar sana tak mahu beli set, boleh juga beli loose...haaa baguskan?
Harga semua berpatutan. Pakej B dan C juga bagus. Lebih lengkap lagi berbanding Pakej A. Kalau mahu info lanjut, layarilah facebook Nawal Herbal Beauty official ya. Nak beli secara pos atau cod? Boleh saja...hubungi kami segera tau di SINI !
Eh , di Facebook .. aku typo.. 2.8 kg tu berat aku skang ni.. Hehehe..
Alhamdulillah .. Wife tadi gi buat pemeriksaan rutin di Hospital Putrajaya .. Er , kena gi sana sebab ada isu skit.. hee.. Dan dia kata segalanya dah kembali normal..
Hurmm.. Doktor kata akan naik lagi hingga ke 3.x kg dalam beberapa minggu ni sebelum dia bersalin.. Sama cam Qhaliff.. Tapi Qhaliff , saat akhir dia membesar hingga 4kg lebih ! Menurut wife sebab mungkin sebab dia ada minum susu untuk ibu mengandung .. kot ! Kot laaa .. Dan yang ni , dia tak berani nak minum sebab takut jadi cam tu gak .. Hurmm.. Wallahualam ..
Masalah sekarang ialah .. Perlu ke aku amik FPP di Hospital Putrajaya. FPP ( Full Payment Patient ) menurut rakan blogger aku yang tak hensem tu , Ujang .. bayaran antara RM1,500 hingga RM3,000 jer.. Ok la tu.. Tak la mahal sangat.. Dapat wad sendiri dan suami pon leh teman dalam tu .. Hurmm…
Bukan apa .. risau jadi kes ‘tendang menendang’ hospital nanti ! Bukan nak salahkan hospital pon.. Yelah , dah tiba musim orang bersalin skang ni haa.. Jadi wad penuh laa ..
Teringat kes kawan kawan aku yang punya pengalaman gitu ! Aku ni pulak , bila tiba masa kecemasan gitu , cepat panik ! Kang dia suruh gi Hospital Kajang , sampai ke restoran Satay Kajang ! Haaaa ..
Wife tamo katanya .. Duit tu boleh guna untuk aku menikah lagi , katanya .. Eh , silap .. Beli katil baby .. Haaa .. dan macam macam lagi .. Hurmmm ..
Pening pikir ni.. Dok try mainkan babak emergency dalam kepala ..
“ Bangg… air ketuban dah pecah ni ! Jom gi hosital ! “ .
Kalau berlaku time dia kat pejabat ? Kalau berlaku time aku baru nak letak kepala ( tidur ) ? Atau time nak buang air besar .. hujung hujung dah tuu ! Haaa , camana ?
“ Jap yer sayang . Abang nak tunaikan hajat .. Kasi buka beberapa cm dulu .. “.
“ Abanggggggg !! Cepat laaa .. “.
Ambik kaauuu .. Terkejut punya pasal , sampai hospital rupanya aku berboxer !
Perghh.. gila punya imaginasi ! Tak leh tak leh.. Kena belajar tenangkan diri neh !!