Sekarang ni pon , bil elektrik dah cecah beratus walaupun aku jarang di rumah . Alasan mereka kerana air cond yang sebijik tu dan juga home teater ! Hurmm.. Aku ada selalu pun , sama gak jumlahnya .. Tak de selalu pun gitu gak ! Lorrr .. Ok , aku malas nak pertikaikan ! Malas !!!
Tapi bila tarif elektrik terpaksa dinaikkan , utk lindungi kerugian .. aku jadi sangat sangat …. sangat !! Haihhh ..
Tapi dengar ceritanya , pekerja mereka dapat bonus berbulan bulan gaji !! Maklumlah.. untung besar wehh !
Tetiba jer nak rugi ???? Aiyooo..
Serius , aku malas nak buat entri ni tapi terpaksa sebab caj elektrik tiap bulan melampau tinggi ! Yelah , aku kena pakai pelita pasni .. Confirm ada suruh aku berjimat cermat ! Memang laaa.. pasni kena buat gitu dan harap semua pemimpin di negara kita pon gitu ! Sila bayar bil elektrik anda sendiri !! Baru la adil !!
Haihh.. aku tak tau la nak jadi apa dengan negara ni .. Dok dahulukan rakyat dalam segala segi terutama part bil !
Penat la nak keje teruk teruk pastu bayar bil yang mana patutnya tak perlu naik ! Tak cukup boroi ke ?